Tuesday, May 26, 2009

National Ahievers Congress 2009 : How The Rich Get Richer

Pada 22-23 Jun 2009 saya telah menghadiri seminar berkaitan pendidikan kewangan (financial education) yg telah diadakan di MIECC (Mines International Exhibition & Convention Centre) dekat Sri Kembangan. Objektif utama seminar ini adalah untuk pendidikan kewangan serta mengenal pasti peluang2 pelaburan yg ada di masa krisis ekonomi global. Selari dengan tema yg digunakan iaitu "bagaimana org kaya jadi semakin kaya dan anda pun blh jadi kaya juga" ramai speaker2 terkenal bertaraf antarabangsa hadir berkongsi ilmu dan pengetahuan berkaitan perniagaan, kewangan dan pelaburan. Antaranya ialah Robert Kiyosaki dan isterinya Kim Kiyosaki, Blair Singer, Kelly Ritchie, Andy Tunner dan ramai lagi. Robert Kiyosaki menjadi speaker utama mengetengahkan konsep2 asas kewangan dan pelaburan seperti yang ditulisnya dalam buku Rich Dad Poor Dad, Rich Dad Guide To Investing dan Rich Dad Prophecy. Anggaran kehadiran peserta seramai lebih 2000 orang yg kebanyakannya rakyat Malaysia pelbagai lapisan umur dan bangsa. Ada pelajar IPT, usahawan, pesara , keja sendiri, kerja makan gai, si kaya, si miskin, si pokai dan lain2. Akan tetapi semuanya mempunyai 1 impian yg sama iaitu untuk menjadi kaya raya. Bayaran masuk ke seminar ini sebanyak rm 2000 untuk tiket biasa dan rm 5000 untuk tiket VIP.
Sebagai speaker utama di majlis ini, Robert Toru Kiyosaki menjadi perhatian ramai memulakan majlis pada pkl 930 pagi. Untuk maklumat umum Robert Kiyosaki adalah seorang penulis, pelabur, speaker, pakar motivasi yg agak terkenal di seluruh dunia. Beliau di lahirkan di India dan dibesarkan di Hawai adalah keturunan Jepun-Amerika generasi ke-4. Bukunya yg amat terkenal Rich Dad Poor Dad telah terjual lebih 27 salinan diseluruh dunia. Selepas tamat sekolah tinggi di Hilo High School, beliau menyambung pelajaran ke U.S Merchant Marine Academy, selepas itu berkhidmat dgn Marines Corp sebagai juruterbang Helikopter bersenjata semasa perang Vietnam. Secara amnya beliau tidak mempunyai tahap pendidikan yang tinggi namun mampu mencapai kekayaan hebat hasil usaha dan kesungguhan serta pemikiran yang diluar kebiasaan ramai. Telah berkahwin dengan Kim Kiyosaki lebih 22 tahun, pasangan suami isteri ini adalah merupakan pasukan yg mantap dari segi pelaburan dan pendidikan kewangan. Robert Kiyosaki mempunyai seorang kakak iaitu Emi Kiyosaki yang merupakan seorang sami buddha.
Dipermulaan seminar Robert Kiyosaki memperkenalkan senarai speaker2 seorang demi seorang, kemudian beliau menerangkan keadaan ekonomi semasa di Amerika Syarikat khasnya dan di seluruh dunia amnya. Beliau mengkritik cara Presiden Obama menguruskan ekonomi walaupun pada mata kasar nampak menyakinkan, namun tahap ekonomi Amerika Syarikat masih membimbangkan, tambahan pula nilai Dollar Amerika yang semakin menyusut akibat cetakan yg terlampau banyak. Semua ini adalah satu krisis yg amat besar semenjak Great Depression pada tahun 30an namun inilah juga peluang yang hebat untuk orang yg tahu untuk mengambil peluang ini membina kekayaan yg banyak pada masa yang singkat. Jadi Robert Kiyosaki mengajak pada peserta mengubah cara pemikiran, berfikir dari perspektif seorang usahawan dan pelabur untuk melihat dan mengambil peluang yg ada di masa kini.
Beliau yang menekankan pelaburan hartanah (real estate) menerangkan mengapa beliau minat dgn pelaburan jenis ini, antaranya ialah pasaran hartanah agak mantap, tangible (blh dilihat), ada insurance, ada pinjaman bank serta kalis inflasi (inflasion proof). Beliau juga menceritakan bagaimana kisah mula2 dia terlibat dgn bidang jualan semasa bekerja dgn Xerox Corporation sebagai seorang jurujual mesin photostat yg hampir dibuang kerja, memulakan perniagaan sendiri secara kecil-kecilan serta memulakan pelaburan hartanah secara kecil-kecilan. Konsep pelaburan yg beliau tekankan lebih kepada aliran tunai (cash flow) berbanding untung modal (capital gain) kerana pelaburan jenis ini lebih mantap, pantas dan berisiko rendah. Kini beliau mempunyai portfolio pelaburan yg hebat seperti telaga minyak, logam berharga, syarikat2, hartanah2 dan lain2. Katanya nilai pelaburannya semakain berkembang tak kira sama ada ekonomi bagus ataupun ekonomi meleset.
Speaker ke-2 yang menyampaikan ceramah ialah kakak kandung Robert Kiyosaki sendiri iaitu Emi Kiyosaki. Ternyata Emi Kiyosaki mempunyai personaliti yg amat berbeza dari Robert Kiyosaki, beliau memilih untuk menjadi seorang sami buddha yg taksub dengan Dalai Lama. Beliau menekankan konsep kekayaan spiritual yg mempunya hubungan dengan kekayaan meterial. Berpakaian seperti seorang sami Buddha beliau menceritakan kisah2 hidup beliau dan bagaimana dia blh menjadi seorang sami Buddha. Pemikiran beliau sewaktu mula2 menjadi seorang sami dan pada masa kini telah byk berubah sejak beliau blajar pendidikan kewangan dgn adiknya Robert Kiyosaki. Walaupun masih menjadi seorang sami, beliau mula memikirkan tentang kewangan, kekayaan dan pelaburan. Tindakannya itu telah mendapat kritikan dari sami2 buddha yang lain. Semua ini ada diceritakan dalam bukunya iaitu Rich Brother Rich Sister

Pada hari ke-2 Robert Kiyosaki menerangkan dgn lebih terperinci sebab2 yg menyebabkan krisis ekonomi global yg bermula di Amerika Syarikat. Beliau mengkritik cara Presiden Obama menangani krisis eknomi dan kewangan Amerika dgn membuat ‘bail out’ terhadap bank2 yang sedang muflis, juga Presiden Obama gagal mengotakan slogan semasa kempen pilihanraya presiden iaitu ‘Change We Can Believe’ , di mana kebanyakan anggota2 pentadbiran baru beliau yang mentadbir kewangan dan ekonomi kebanyakannya dari bekas anggota2 yg berkhidmat dgn Presiden Bill Clinton. Jadi tiada usaha perubahan yg jelas dalam menangani krisis ekonomi global ini. Juga beliau sangsi dgn fungsi Federal Reserve yang bukannya milik kerajaan Amerika, ianya dikuasai oleh individu2 dan syarikat2 persendirian yg kaya serta tamak. Federal Reserve telah menyebabkan berlaku Great Depression pada tahun 1930an dan krisis ekonomi ekonomi global skrg. Federal Reserve mempunyai kuasa yg lebih hebat dari kerajaan Amerika dalam bidang kewangan dan perbankan, ianya mempunyai kuasa untuk mencetak wang yg menyebabkan berlakunya kemerosotan pada nilai Dollar Amerika. Sepatutnya Federal Reserve mesti digantikan dgn bank pusat Amerika yg dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Amerika, barulah setiap tindakan akan lebih beretika, telus dan tiada berkepentingan luar. Antara keluarga kaya raya yg dipercayai mengawal Federal Reserve ialah Rockerfeller dan JP Morgon yg memiliki kekayaan bernilai lebih 1 Trilion USD. Dalam bukunya yang terbaru bertaju Conspiracy Of The Rich, Robert Kiyosaki menerangkan lebih detail berkenaan Federal Reserve, Barrack Obama, system perbankan, dan lain2 lagi. Buku ini blh dibaca secara percuma di laman web :- www.conspiracyoftherich.com

Speaker lain pada hari ke-2 ialah Dr Radha Gopalan yg berasal dari India tetapi menetap di Amerika. Beliau ialah seorang pakar pembedahan jantung. Beliau yg membuat pembedahan jantung Robert Kiyosaki pada thn lepas. Dalam ceramahnya beliau menekankan konsep asas kesihatan adalah sama dgn konsep asas kekayaan. Kita blh tentukan kesihatan pada masa akan datang, kalau kita nak jadi seorang yang sihat maka kita mestilah mempunyai pemikiran yang sihat, fikir cara positif, blh kawal emosi, blh selesaikan mslh dan juga kena amalkan sikap serta perangai yang positif.
Hasil permerhatian beliau, ramai pesakit2 yg menghadapi penyakit2 seperti masalah jantung, buah pinggang, dan juga barah adalah disebabkan oleh cara pemikiran yang tidak sihat seperti mengamalkan perasaan benci, dendam, sedih, tekanan perasaan, kurang inisiatif, kurang motivasi, tidak bersemangat, tidak suka pada kerja seharian, tidak cintakan pasangan, takut hadapi risiko dan masalah, lari dari masalah, rasa bersalah , membuat sesautu yg bertentangan dgn prinsip, bercakap bohong, hidup dalam ketakutan, hidup dalam penafian, menghisap rokok dan hisap serta lain2 lagi gaya hidup yg kurang sihat.
Sebenarnya penyakit bermula di peringkat emosi, jika kita nak hidup dgn sihat maka kita perlu pandai kawal emosi secara berkesan bermula dari usia yang muda. Contoh emosi seseorang ialah seperti cinta, benci, takut, berani, sedih, marah, tak puas hati dan sebagainya. Orang2 yg sihat selalunya mengamalkan pemikiran yg sihat, cara hidup yg sihat dan pemakanan yg sihat. Kekayaan material tanpa kesihatan yg baik tiada gunanya. Kita mesti merayakan kehidupan (live your life to the fullest).

Speaker seterusnya ialah Andy Tanner yg merupakan pakar dalam bidang stock dan option. Beliau menerangkan peluang2 yg ada dalam pasaran saham seluruh dunia semasa krisis ekonomi gobal ini. Pergerakan harga saham yg pantas serta tidak menentu dimasa sekarang menyebabkan seseorang pelabur itu memerlukan perisian yg terkini untuk memantau serta membantu membuat keputusan bila masa yg sesuai untuk masuk dan keluar dari pasaran saham. Teknik lama seperti melabur untuk jangkamasa panjang sudah tidak sesuai lagi pada masa sekarang, segalanya telah berubah, anggaran tempoh pelaburan yg berkesan adalah antara 1 bulan ke 1 tahun sahaja, bergantung kpd analisis fundamental pasaran dan syarikat, dan analisis teknikal. Dengan menggunakan teknologi internet semua orang didunia ini yg mempunyai akses kpd internet blh membuat pelaburan di pasaran saham Amerika, Australia, Hong Kong menerusi internet sahaja.

Speaker2 lain yg tak tak kurang hebat juga adalah seperti Kathy Heasley seorang pakar penjenamaan (branding), Ken McElroy seorang pakar Hartanah, Michael Maloney seorang pakar pelaburan komoditi seperti emas dan gangsa, Kelly Ritchie seorang pakar perniagaan franchise. Segala keseluruhannya seminar ini agak menarik bg sy kerana dapat mengetahui maklumat2 terkini pasaran kewangan, pendapat2 pakar2 dalam bidang pelaburan dan kewangan serta dapat ramai kenalan serta rangkaian baru dalam pelbagai bidang seperti network marketing, hartanah, saham,forex dan banyak lagi...










No comments: