Semasa sy sedang menulis blog ini, sy sedang berada di bandar Sandakan, Sabah. Sy smpai ke Kota Kinabalu pada malam 16 May 2009 yg juga tarikh hari lahir sy yg ke 3X. Memang amat pantas masa berlalu, sedar2 umur dah meningkat. Nasib baik tak tua lagi, masih mudah, sihat, mantap, bijak dan kaya. Hahaaa masuk bakul angkat sendiri la ni. Seperti kata Albert Einstein - Time is Relative, Idea Is Infinite. Masa adalah perbandingan, idea pemikiran kita tiada hadnya. Dengan menggunakan masa yg ada, fikirkan idea yg perlu untuk mendapatkan kekayaan dan kejayaan, pasti hidup lebih ceria dan bahagia. Sapa yg kata dia tak de idea bermaksud dia tidak berfikir. Kalau kita tidak berfikir maksudnya kita tidak berkembang, kalau kita tidak berkembang maksudnya kita sedang mati (dying). Juga mari kita rayakan kehidupan dgn semaksimum yg mungkin. Jadilah orang yg bebas, berdikari, dan kaya. Tak perlu kerja sampai mati. Itulah impian setiap orang di dunia ini walaupun ramai yg menafikannya. Selepas menjadi usahawan hampir 10 tahun baru sekarang sy dapat mencapai status kebebasan kewangan, tidak perlu bekerja@berniaga, tak perlu risau pasai duit lagi, semuanye dah beres. Sy telah mencapai tahap sebagai seorang pelabur, dimana duit bekerja utk sy, sy boleh bebas bergerak kemana2, buat yg apa yg sy nak buat, tak perlu fikir pasai kedai, pekerja dan lain2. Seperti yg Robert Kiyasaki terangkan dalam bukunya Cash Flow Quadron, ramai orang yg terperangkap dalam kuadron pekerja (employee), kerja sendiri (self employed). Robert Kiyosaki mencadangkan kepada sesiapa yg hendak mencapai kebebasan kewangan haruslah menjadi usahawan dan seterusnya menjadi seorang pelabur seperti yg telah sy lalui. Walaupun masih belum berstatus jutawan, tapi ianya semakin hampir menjadi kenyataan sekiranya semua perancangan menjadi kenyataan. Nantikanlah kemunculan buku tulisan sy yg akan muncul di pasaran thn depan bertajuk - Minda Jutawan : Bagaimana Untuk Menjadi Kaya Sebelum Umur 30.
Berbalik ke bandar Sandakan, sy smpai ke bandar pelabuhan ini pada pkl 6 ptg menggunakan bas ekspress yg bertolak dari bandar Kota Kinabalu pada pkl 12 tghari dengan tambang rm 35. Perjalanan dari bandar KK ke Sandakan mengambil masa yg agak panjang miskipun jaraknya lebih kurang 330 KM kerana jalan yg agak sempit, berliku2 dan berbukit bukau. Sepanjang perjalanan yg melalui Kinabalu Park, Ranau, Kundasang mempunyai pemandangan yg cantik, pun begitu oleh kerana hujan renyai, keadaan agak berkabut terutamanya disekitar Kinabalu Park yg menyebabkan Gunung Kinabalu tidak dapat kelihatan, semuanya nampak putih saja. Di Sandakan sy menginap di hotel Nak, sebuah hotel antik, berkedudukan tepi laut Sulu, kadar sewa rm 75 semalam, bilik agak luas dan selesa.
Semasa di KK sy menginap di hotel Ist Street, bilik agak kecil, ada Wifi kadar rm 77 semalam. Pada sebelah pagi Ahad (17/5/09) sy pergi ronda2 pasar Jalan Gaya yg memang terkenal di KK diadakan setiap hari ahad, ada macam2 kat situ, apa yg sy tertarik ialah pada arnab2 yg comel2, harga rm 15 sekor, teringin sgt nak beli bg kat anak2, tapi nanti takut problem kat airport pula, so kiv dulu la. Lepas tu sy ke pasar filipina mencari ikan2 kering dan mutiara. Kat situ sy beli ikan terubuk masin 2 ekor, ikan bilis, ikan keropok, ikan Yu kering, rantai mutiara dan krystal sebagai souvenir datang Sabah, nanti blh la bagi kat sedara mara dan kawan2. Harga pun agak murah selepas minta kurang 50%. Pada sebelah petang sy ke pulau manukan, mamutik dan pulau sapi. Pulau2 ni memang terkenal di sabah dan agak dekat dgn KK. Tambang bot laju ke pulau2 ni ialah rm 17 + rm 6(cukai jeti) + rm 3 (byrn masuk ke pulau). Aktiviti sy kat pulau2 ni ialah snorkling, air laut yg agak jernih, pasir pantai yg putik melepak serta byk anak2 ikan cantik2 yg bermain disekitar menjadikan aktiviti snorkling agak terkenal disini. Peralatalan snorking blhj disewa dgn harga rm 10 sehari. Selepas puas snorkling hampir 2 jam , sy bertolak balik ke hotel pada pkl 530 ptg. Kat Sabah pkl 620 dah mula gelap, awai 1 jam berbanding kat semenanjung. So kena balik awal, bangun pun kena awal sbb pkl 630 dah cerah. Pada sebelah malam pula sy ke pasar malam berdekatan pasar filipina. Kat situ byk betul ikan bakar, harga pun murah, macam ikan ada, sy pun try ikan apa pun sy tak kenal pun tapi sedap juga dgn udang bakar skali nasi putih semua skali rm 10 saja. Kat semenanjung mana dapat sebab ikan pun besar juga. Sapa yg teringin nak mai Sabah blh la contact sy utk bg tips.
Trip sy kali ini adalah selama 5 hari, bergerak secara solo, plan awal nak naik gunung kinabalu, tapi disebabkan oleh penginapan yg dah penuh terpaksa dibatalkan dan akan digantikan dengan trip ke Brunei melalui jalan laut menerusi pulau Labuan. Semasa sy berada di KK, masyarakat tempatan sedang giat membuat persiapan untuk hari Pesta Keamatan iaitu pesta menuai bg masyarakat pelbagai etnik di Sabah terutamanya etnik Kadazan-Dusun. Lain2 etnik yg terdapat di Sabah ialah Bajau, Bugis, Bidayuh, Wisayak, melayu sabah, cina dan lain2. Itu pun tak termasuk masyrakat pendatangan halal dan haram seperti orang Filipina, Indonesia dan juga pakistan. Jadi masyarakat Sabah agak pelbagai bangsa, etnik, agama dan makanan. Sy juga dapat mencuba makanan tradisi tempatan seperti tuhau, sago, hinava, noonsom dan lain2 lagi. Dahulunya etnik Kadasan-Dusun merupakan penduduk majoriti kat Sabah, tapi sekarang tidak lagi. Penghijrahan masuk pendatang asing dari Filipina, Indonasia dan Pakistan yang memilik IC telah menjadikan etnik Kadazan-Dusun semakin terpinggir di Sabah. Semua ini adalah disebabkan oleh perancangan UMNO yg ingin menguasai iklim politik di Sabah. Negeri di bawah bayu ingin mempunyai kekayaan semula jadi yg amat banyak, ada balak, minya dan gas, tanah yg subur serta laut yg luas. Jadi tidak hairanlah jikalau Sabah menjadi rebutan negara2 Indonesia dan Filipina di masa lalu. Juga para penduduknya yg cantik2 serta ramah membuatkan anda terpukau bila sampai ke Sabah.
Pada hari ke-2 di Sandakan sy melawat tempat2 menarik kat sini. Yang paling terkenal adalah pusat pemuliharaan Orang Utan kat Sepilok. Sy bergerak ke Sepilok dengan bas mini selepas breakfast percuma kat hotel Nak. Stesen bas ke sana terletak betol2 di depan hotel Nak, tempoh perjalanan ke sana lebih kurang 45 minit dgn tambang rm 3. Bertolak pada pukul 9 pagi dan sampai lebih kurang pukul 950 pagi. Memang timing agak menarik kerana waktu Orang Utan di beri makan harian ialah pada pukul 10 pagi dan 3 petang. Kos tiket untuk masuk ke situ ialah rm 5 sorang untuk warganegara Malaysia dan rm 15 untuk foreigner. Juga rm 10 untuk digital kamera. Sampai jer kat sana ramai betol foreigner yg sedang menanti Orang Utan keluar makan kegemarannya iaitu pisang. Ada 2 org staf pusat berkenaan ditugaskan membawa makanan kepada Orang Utan. Best jugak dapat tengok Orang Utan, species terancam yg juga merupakan nenek moyang manusia mengikut teori evolusi Darwin.
Selepas 1 jam kat Sepilok sy bertolak balik ke bandar Sandakan menaiki bas mini. Sampai ke Sandakan pada pukul 12 sempat ronda2 sekitar bandar sambil ambil gambar2 menarik serta membeli cenderahati. Pukul 1 check out hotel dan naik bas mini menuju ke hentian bas ekspress Sandakan. Naik bas ekspress Sida menuju ke KK pada pukul 1.30 dgn tambang rm 30. Perjalanan balik ke KK mengambil masa lebih 6 jam, sampai kat terminal bas ekspress Inanam pada pukul 830 mlm, terus check in masuk hotel berhadapan stesen bas tu dgn harga rm 75 semalam , tiada WIFI, bilik blh tahan, ada tv, aircon dan air panas. Kemudian kluar makan nasi kat restoran bersebelahan hotel.
Pada hari ke 5 kat Sabah sy bergerak ke bandar KK pada pukul 11 pagi menaiki van (bas mini). Sampai kat KK terus masuk ke Coffee Bean, order cuppicino dgn sufring internet sambil update blog. Sementara menunggu flight balik ke KL pada jam 5 ptg, sy lepak kat Coffee Bean sampai pkl 1 tgh, kemudian bergerak ke restoran Little Italy untuk 'dating' dgn sorang gadis Sabah yg sy kenali menerusi internet. Restoran yg ada class ini memang agak terkenal di KK menyediakan masakan Italy seperti piza, spagetti dan macam2 lagi.
Pkl 1.10tgh sy masuk ke Little Italy, sementara menunggu ‘kawan’ ni sy surfing internet, check stock kat Bursa Malaysia, Singapore & Hong Kong. Dia di jangka tiba pd pukul 1.30, nervous juga nak jumpa dia, ni 1st time nak jumpa, sblm ni slalu ym, email dan tgk gmbr2 dia kat friendster jer. Namanya Fey, sorang gadis etnik kadazan-dusun, beragama islam, kerja cikgu sains kat KK. Dalam pkl 1.50 ptg dia pun smpai, cantik juga, kulit putih melepak, tinggi lebih kurang sy, umur – rahsia, sungguh terpegun juga sy tgk dia, dia ok ramah dan blh sesuaikan diri dgn keadaan. Kemudian 10 minit kemudian adik dia pula smpai, adk lagi pun lagi comel, umur baru 19 thn. So sblm adk dia smpai kami order piza size besar 1 biji, sup ayam dgn minuman. Sambil tu sy pun berkenalan dgn lebih lanjut dgn dia, best juga blh berkenalan dan berjumpa dgn gadis Sabah. Kalau ada jodoh blh buat bini, he2. Pizaa kat situ memang sedap, ada class, sungguh berbeza dgn piza kat Pizza Hut. Kejap saja masa berlalu, dah 1 jam dok kat situ, piza msh blm habis, masing2 control perut biasa la, tak blh tunjuk sgt mkn byk. Maka piza yg lebih 2 keping dibungkuskan supaya dia blh bw balik ke rumah, tak baik membazir. Sy kena ke airport sblm pkl 3.50 ptg sbb flight pkl 5.10 ptg, jadi sy minta tlg dia htr sy ke airport, mula2 dia agak keberatan sbb tak tau jalan, nasib baik adk dia tau jalan, so dia pun htr sy ke airport. Sblm tu sy ajak adk dia ke pejabat pos utk poskan poskad gambar anak Orang Utan yg sy beli kat Sepilok kpd anak perempuan sy yg tersayang – nurfarihah. Lps jelaskan bil sebanyak rm 77 mkn kat situ kami bergerak kluar.
Dalam pkl 330 smpai kat airport KK (terminal 2 – LCCT) , terus check in, jumpa Fey skali lagi, dia datang utk ucapkan slamat jalan romeo. Lepas tu gi solat jamak zohor & asar skali cover subuh yg terlepas pg tadi. Kemudian sambil menunggu di ruang pelepasan antarabanga sy sempat lagi update blog ni. Flight ke KL terlewat 30 minit, disebabkan oleh pesawat dari KL smpai lewat. Biasa la, flight Airasia memang slalu lewat,maklum la tambang pun murah… Tepat jam 5.45 ptg pesawat Airbus A320 AK5109 berlepas ke LCCT, KL membawa sy dgn penumpang2 yg laain meninggal negera dibawah bayu ni..
Sekian..
Ringkasan Perjalanan :-
Destinasi : Sabah
Masa : 5 hari
Bajet : rm 700
Misi : jalan2
Jarak keseluruhan perjalanan dari KL : 5800 KM
Risiko : rendah