Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-53 buat seluruh warga Malaysia. Semoga pemberian nikmat ini akan berkekalan hendak-Nya. Negara kita telah 53 tahun merdeka namun bagaimana dengan keadaan rakyatnya? Sedar atau tidak masih banyak perkara yang kita masih belum merdeka atau lebih tepat sebenar-benar merdeka.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, apakah erti kemerdekaan?
Secara ringkas, kemerdekaan bermaksud kebebasan ataupun berdikari. Apa yang saya nampak ada banyak perkara yang kita masih belum merdeka. Namun, saya simpulkan kepada 4 perkara yang kita masih belum merdeka.
1) Kita masih belum merdeka dari segi minda
Whatever the mind of a man can conceive and believe, he can achieve.
Majoriti rakyat Malaysia masih belum merdeka dari segi minda. Kebanyakkan masyarakat kita masih belum percaya dengan kemampuan diri sendiri. Sebagai contoh, masih ramai yang berfikiran bahawa mereka tidak mampu untuk membina empayar perniagaan sendiri dan memilih untuk terus bekerja makan gaji.
Sedangkan kebanyakkan mereka mempunyai kemahiran yang cukup untuk memulakan perniagaan sendiri. Memetik kata-kata Tun Dr Mahathir, kerajaan sekarang sepatutnya membantu rakyat Malaysia agar melahirkan lebih ramai usahawan supaya dapat mencipta peluang pekerjaan. Bukannya membuka ruang kepada pelabur asing untuk mencipta peluang pekerjaan yang tidak seberapa kepada masyarakat kita. Akhirnya kekayaan negara diangkut balik ke negara mereka.
Beliau berkata kita bukannya berada pada 20-30 tahun lepas dimana Malaysia masih belum bersedia dari segi teknologi dan kemahiran. Tun Dr. Mahathir melihat kemampuan kita semua, tetapi sayangnya minda segelintir pemimpin kita masih belum merdeka.
2) Kita masih belum merdeka dari segi kehidupan
Cuba kita buat ’spot-check’ terhadap kehidupan seharian kita. Adakah kita sudah merdeka? Sebenarnya kita masih belum merdeka. Ramai masyarakat kita hari ini hidup di atas buah fikiran orang lain. Perkara ini saya telah sebut berulang-ulang kali pada entri sebelum ini.
Your time is limited, so don’t waste it living someone else’s life. Don’t be trapped by dogma – which is living with the results of other people’s thinking.
Sebagai contoh, majoriti masyarakat kita berpendapat kejayaan sesuatu perniagaan diukur melalui jenis kereta yang dinaiki. Kononnya. Maka kita pun berusaha sekuat hati untuk membeli kereta besar walaupun perniagaan masih belum kemana kerana nak buktikan kepada ahli keluarga, rakan-rakan dan orang sekeliling bahawa kita telah berjaya.
Hey, kamu hidup di atas dasar pemikiran orang lain! Bebanan expenses bulanan kamu yang perlu tanggung dan bukannya ahli keluarga, rakan-rakan dan orang sekeliling!
Beli kereta besar setelah benar-benar kita mampu dan bukannya kerana nak buktikan bahawa kita berjaya kepada orang lain, barulah merdeka. Kadang-kadang kita sendiri masih belum merdeka di dalam membuat keputusan untuk kehidupan kita.
3) Kita masih belum merdeka dari segi kewangan
Jika kita tidak menjadi Tuan kepada Duit, kita terpaksa menjadi HAMBA kepada hutang. – Tuan Shamsuddin Kadir
Mengikut statistik tahap kewangan rakyat Malaysia, sejujurnya kita sedar bahawa kita masih belum merdeka. Majoriti daripada masyarakat Malaysia masih belum bebas kewangan, malah terus menjadi hamba kepada kewangan.
Masih ramai yang berbelanja melebihi kemampuan dan seterusnya muflis di usia yang muda! Saya telah jumpa ramai individu yang hidup hanya untuk membayar hutang. Jika anda membaca buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang nukilan Tuan Shamsuddin Kadir maka anda akan tahu mengenai status kemerdekaan kewangan masyarakat kita.
Kita akan merdeka kewangan apabila kita hidup bebas dari hutang. Malah lebih hebat apabila kita mencapai tahap dapat membeli sesuatu tanpa perlu melihat tanda harga dan dapat memberi tanpa perlu mengira.
4) Kita masih merdeka belum dari segi hati dan jiwa
Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda, “Allah SWT berfirman, “Hai Anak Adam, sibukkanlah waktumu untuk beribadah kepada-Ku, niscaya Aku akan memberikan kekayaan dihatimu dan Aku akan menghilangkan kemiskinan darimu. Jika tidak Aku akan memasukkan dalam dirimu kesibukan, sedangkan Aku tidak akan menghilangkan kemiskinanmu” (HR Ahmad, Ubnu Majah).
Kehidupan di dunia adalah sementara dan kehidupan di sana adalah yang kekal abadi. Namun, majoriti daripada rakyat Malaysia yang beragama Islam masih gagal untuk membebaskan hati mereka dari dunia. Jangan kerana mengejar dunia maka kita lupa tanggungjawab kita sebagai hamba-Nya.
Kita tidak perlu menunding jari kepada orang lain. Cuba nilai diri kita sendiri. Apakah kerja seharian yang kita lakukan ini adalah benar-benar ikhlas kerana Allah ataupun ikhlas kerana dunia? Sebagai penutup, renungi dan hayatilah sepotong hadis di bawah:
Anas R.A meriwayatkan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang perhatiannya hanya tertuju pada dunia, dan tujuan hidupnya hanya untuk mencari dunia, ia berpergian untuk keperluan dunia dan senantiasa memikirkan dunia maka Allah SWT akan membentangkan dihadapan matanya perasaan takut kepada kemisikinan dan kelaparan. Dan ia akan menghabiskan waktunya untuk memikirkan dan mengkhawatirkan dunia, sedangkan ia hanya akan mendapatkan sekadar yang telah ditakdirkan untuknya.
Barangsiapa yang menumpahkan perhatiannya pada akhirat dan sentiasa memikirkan akhirat, maka Allah SWT akan menyelamatkannya dari kegelisahan dan kebimbangan mengenai dunia. Allah SWT akan mengurniakan kepadanya rasa puas dan tidak berhajat kepada benda dunia. Allah SWT akan mempermudah segala urusannya, dan dunia akan datang sendiri dalam keadaan hina.”
Alhamdulillah, pada tahun ini kita menyambut ulang tahun kemerdekaan negara kita yang tercinta di dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak, bulan yang cukup mulia. Perkongsian 4 perkara yang kita masih belum merdeka di atas adalah bertujuan untuk menasihati dan memperbetulkan diri sendiri juga
-
No comments:
Post a Comment