Saturday, July 11, 2009

Solo Ride Ke Satun - Pak Bara - Hatyai - Sadao - Dannok

Ini adalah pengalaman pertama saya membuat ‘solo ride’ ke Thailand. Dari Kangar saya bergerak menuju ke Padang Besar dengan motor Virago 275 easy rider untuk membeli insuran Thailand. Sampai Padang Besar pada pukul 1 tgh terus beli insurance Thailand untuk 9 hari dengan kos rm 18. Lepas makan tengah hari kat Padang Besar terus saya bergerak ke Wang Kelian. Perjalanan berjalan lancer dengan cuaca yg baik, pemandangan kiri dan kanan yg agak memukau disebabkan jalan berbukit bukai dari Kaki Bukit ke Wang Kelian. Sampai kat border Wang Kelian pada pkl 2 ptg, rehat sekejap sambil ambik gambar2 di sekitar post imegresen Malaysia dgn Thailand. Kat situ saya bersembang dengan sorang awek cun orang Satun berbangsa melayu bernama Aishah yg bekerja sebagai jurujual kat gerai barang2 mainan yg terletak betul1 di depan post imegresen Malaysia. Saya tanya tempat2 menarik kat Satun dan Thailand. Dia pun dengan fasih berbahasa melayu menceritakan beberapa tempat yg harus saya lawati kat Thailand. Pukul 230 lepas cop passport kat post imegresen Malaysia dgn Thailand sy bergerak menuju ke Bandar Satun yg berjarak 40 km dari border. Saya bergerak pada kelajuan 70-80km/j . Lebih kurang 40minit sy smpai ke Bandar Satun yg lebih kurang sama besar dgn Bandar Kangar. Lepas pusing2 cari hotel yg sesuai sy pun jumpa sebuah hotel yg paling tinggi di Bandar Satun yg diberi nama Hotel Sinkiat Thani. Hotel 2 bintang 7 tingkat ini agak terkenal kat Bandar Satun untuk pelancong yang inginkan keselesaan. Bilik yg agak besar , kemas, bersih dan selesa berharga 680 baht semalam.
Lepas check in sy keluar jalan2 sekitar Bandar Satun sambil mengambil gambar2 menggunakan kamera Olympus yg baru sy beli dengan harga rm 1500. Saya Nampak banyak juga cybercafé kat sini, sejam 20 baht. Saya try cuba 20 minit kat 1 cc tu, internet laju juga, kena 10 baht utk 20 minit. Bandar Satun agak berbeza dengan bandar2 lain di Thailand seperti Sungai Golok, Dannok dan Betong. Ini adalah kerana daerah Satun yg majority penduduk beragama islam agak aman, damai dan tenteram berbeza dgn bandar2 di daerah Pattani dan Yala yg bergolak. Pusat hiburan seperti disko, baru, rumah urut dan hotel amat kurang. Ini mungkin disebabkan oleh penduduk tempatan yg masih berpegang kuat dgn ajaran agama masing2dan juga kurangnya kunjungan pelancong2 ke bandar ini. Bandar ini biasanya menjadi tempat persinggahan sementara untuk pelancong menuju ke Langkawi , Koh Tratao dan Koh Li Pe . Lepas pkl 9 mlm bandar ini terus sunyi, banyak kedai yg dah ditutup, tiada lampo neon dan music rancak disco, KTV, bar dan pub seperti di Sungai Golok, Betong, Dannok dan juga Hatyai. Pada sebelah malam saya kluar sekejap p jalan2 tgk gerai makanan dekat tepi masjid besar Satun, ada mcm2 makanan tradisi org2 satun, semua tulis siam, jadi sy tak tau pun nama apa. Pun begitu sy cuba makanan isi lala digoreng dgn telus tmbh taugeh. Mak cik yg jual tu hanya boleh cakap melayu sikit2 saja, majority penduduk Satun tidak tahu cakap melayu walaupun mereka itu sebenarnya keturunan melayu. Mengikut sejarah, daerah Satun, Songkhla, Patthalung adalah milik kerajaan Kedah Purba. Jadi pertalian persaudaraan antara orang2 melayu di Kedah, Perlis dan Satun serta Songkhla tidak dapat dinafikan. Makan dengan sos special, sedap juga, kos 35 baht. Lepas makan sy balik hotel untuk update blog, tengok tv, baca buku dan terus tidor.
Pada hari ke-2 di Satun sy bergerak ke Jeti Tammalang lepas breakfast. Jetty Tammalang terletak berdekatan sempadan Malaysia negeri Perlis dan lebih kurang 8 km dari Bandar Satun. Dari Jeti tu kalay nak ke jeti Kuala Perlis dekat sahaja lebih kurang 15 minit naik bot laju. Pelancong dari Langkawi yg nak ke Thailand biasanya melalui jeti Tammalang. Kebanyakan foreigner yg tinggal lama2 kat Langkawi akan buat ‘visa run’ kat jeti Tammalang. Jarak perjalanan dari Langkawi ke Satun menaiki feri lebih kurang 1 jam. Kemudian saya bergerak ke perkampungan nelayan menyusuri jalan tepi laut. Terdapat banyak perkampungan nelayan di sekitar Satun yg majoritinya penduduk beragama islam, berketurunan melayu tapi ramai yg tak tau cakap melayu. Sy Nampak banyak masjid di sekitar perkampungan itu yg secara amnya Nampak seperti kat Kuala Kedah dan juga Kuala Perlis dari segi rumah, bot dan juga orang2 kat situ. Selepas 2 jam ronda2 kat sekitar perkampungan di sekitar Satun , sy kembali ke hotel untuk check out.
Lepas check out pkl 11 pg waktu Thailand (pkl 12 waktu Malaysia), sy singgah kat cc berdekatan utk online sekejap . Kemudian 30minit kemudian sy bergerak menuju ke Pak Bara yg berjarak 50 km dari Satun. Singgah makan tengah hari kat pekan Chalung kat gerai makan makanan milik org melayu Satun yg blkh ckp melayu sikit2. Sy makan nasi lauk gulai ikan keli, kari ayam dan ulam2 serta air the o ais. Kat gerai sy jumpa sorang lelaki berumur 60an orang Pak Bara bernama Pak Man, dia ajak sy join makan skali dgn dia yg blh cakap melayu skt2. Kami makan smbil sembang serba sedikit pada latar belakang dia. Lepas 30 minit kat gerai tu, sy minta diri dulu utk teruskan perjalanan ke Pak Bara, sy blanja Pak Man skali semua skali 70 bhat utk kos makanan sy dgn dia. Lepas menunggan lebih 30 minit sy smpai kat Pak Baram, sebuah pelabuhan nelayan dan juga jeti utk pelancong pergi memancing kat Pulau Adang, juga utk ke Pulau2 di gugusan Koh Tratao. Pekannya agak kecil ada chalet, restoren dan juga pejabat2 agen perlancongan utk aktiviti diving, fishing trip dan sebagainya.
Pada ketika itu cuaca pun agak kelam macam nak hujan, sy pun terus bergerak menuju ke Bandar Hat Yai. Perjalanan dari Pak Bara Ke Hat Yai mengambil masa hampir 1 jam 30 minit, dipertengahan jalan hujan turun agak lebat, jadi terpaksa berhenti berlindung disebuah pekan kecil berhampiran. Lepas 30 minit hujan mulai reda dan sy meneruskan perjalanan ke Hat Yai. Sampai kat Hat Yai pada pukul 4.30 petang, ronda2 sekitar Bandar Hat Yai yang agak terkenal sebagai Bandar hiburan di selatan thai. Pada pukul 5.15 sy bergerak menuju pekan Dannok melalui Sadao . Jarak antara Bandar Hat Yai dengan Dannok lebih kuran 40 km dan masa perjalanan lebih kurang 30 minit.

Dannok merupakan pekan yg terletak di sempadan Malaysia, Dannok di sebelah Thailand dan Bukit Kayu Hitam di sebelah Malaysia. Sampai di pekan Dannok pada pkl 6 ptg terus check in kat hotel Faratel dengan kadar 53 baht semalam. Dannok 10 tahun yg lalu hanyalah pekan kecil dengan beberapa buah rumah kedai using kini bertukar wajah baru, banyak bangunan2, rumah2 kedai baru didirikan. Kebanyakan dijadikan hotel2, bar2, disco2, KTV dan pelbagai jenis pusat hiburan dewasa. Kebanyakan pelancong Malaysia dan Singapore datang berkunjung ke Dannok untuk menikmati hiburan malamnya. Terdapat juga yg datang untuk shopping pakaian, buah2 tempatan, kraftangan dan produk2 thailand. Juga kelihatan restoran2 makanan muslim milik melayu pattani, restoran nasi kandar, gerai pulut ayam dan lain2 lagi.
Lepas check in sy kluar jalan2 disekitar pekan Dannok. Kemana saja sy pergi memang akan jumpa dengan kapten (bapa ayam) yang menawarkan pelacur2 utk di booking. Mereka ambik panggil, datang naik motor ke pelancong @ orang luar yg berjalan2 disekitar kawasan tu. Kebanyakannya blh bercakap melayu dengan baik. Menurut kapten2 yg datang offer kat sy, mereka ada macam jenis perempuan cantik dari Thailand, Vietnam, Laos dan Mynmar. Umur pun ada pelbagai jenis umur, 15 tahun pun ada, 20an dan 30an. Sy tak tanya pun depa bagi tahu macam2 , pandai betol teknik ‘sales’ depa. Dia ajak saya masuk ke dalam premis untuk pilih mana yang berkenan. 1 jam rm 100, kalau ambik 1 malam rm 300, rm 250 dan rm 200 pun ada. Sy menolak dengan baik, dan terus melalui lorong2 suram sambil mengambil gambar2 untuk dimasukkan ke dalam blog. Ramai pengunjuang dari Malaysia yg kelihatan di sekitar pekan Dannok, ada orang melayu, cina dan india. Pada sebelah malam pula pekan Dannok berubah wajah menjadi lebih rancak, berwarna-warni dan penuh dgn kupu2 malam menawarkan perkhidmatan mereka. Bunyi muzik rancak KTV dan disco jelas kedengaran di sekitar tempat sy menginap. Lebih makan malam, sy jalan2 sekitar gerai pakaian dan makanan ringan, terus balik bilik tengok tv. Lebih lama ronda malam2 kat pekan Dannok lebih bahaya…. Lebih baik dok kat bilik, lebih selamat. Sesiapa yg tak kuat iman tak payah la datang ke Dannok. Pi sampai Bukit Kayu Hitam cukup la…..
Keesokan harinya sy check out pukul 9 pagi lepas breakfast roti canai & the tarik kat restoran orang Pattani dan bergerak menuju Bukit Kayu Hitam untuk pulang ke rumah. Seronok juga jalan2 ke Negara ringan tapi dok kat rumah lagi best, home sweet home. Lepas post imegresen Thailand sy singgah kat pusat membeli belah bebas cukai The Zone utk beli coklat , dan sedikit souvenier sempena datang ke Bukit Kayu Hitam…

Ringkasan Perjalanan :-
jarak : 450 km
tempoh : 3 hari 2 malam
bajet : rm 300
risiko : 7/10














































1 comment:

Lavanduleae said...

ingin menyangkal statement bahawa 10 tahun lalu danok adalah sebuah pekan kecil dengan beberapa buah kedai usang... ingin sangkal yer....

saya pernah ke danok pada tahun 1991. Danok pada masa itu bertanah merah, memang pekan kecil TETAPI sudah banyak kedai yer di situ... lebih daripada 70 buah kedai telah wujud di situ. dan kedainya jenis deretan ala2 rumah kedai...

itu je nak sangkal... hehehe...

anyway very nice explanation on ur solo trip...