Friday, October 10, 2008

Ayat- Ayat Cinta - Filem Review


Saya amat tertarik dengan filem Ayat2 Cinta yang baru ditayangkan malam jumaat lepas (10/10/08) kat TV3. Semasa saya update blog ni saya sebenarnya baru sampai ke bandar Hatyai , Thailand dalam perjalanan ke Kota Bangkok. Check in ke hotel Hatyai Central Hotel pukul 2 petang dengan kadar bayaran 600 bhat lebih kurang rm 60 agar berpatutan memandangkan hotel ini mempunyai lokasi yang menarik ditengah2 bandar, bilik yang luas, ada cable TV macam Astro dan juga yang paling penting ada Wifi. Bagaimanapun pada pengamatan saya bandar hatyai pada masa kini agak lengang berbanding dengan kunjungan saya pada tahun 2005 mungkin disebabkan oleh krisis ekonomi global dan juga situasi politik tak menentu di ibu negara Thailand.



Berbalik kepada ulasan filem Ayat2 Cinta yang pada pendapat saya agak unik dan menarik. Berbanding dengan filem2 melayu yang membosankan, stereotype dan tiada idea yang baru serta tidak mempunyai msej, motif dan objektif yang jelas untuk ditujukan kepada penonton.

Filem yang berkisarkan cinta ini mengisahkan seorang mahasiswa Universiti Al-Azhar, Mesir dan beberapa kenalan wanita yang menaruh hati terhadapnya. Namun lebih daripada itu, kisah ini menjalani naik turunnya kehidupan dengan tatacara hidup sebagai seorang yang beragama Islam.

Sejak menuntut di universiti itu, Fahri bersahabat baik dengan Maria, jiran tingkat atas flat pengajiannya, merupakan seorang gadis Kristian Koptik yang mengagumi Islam namun, menaruh hati secara senyap terhadap Fahri.

Keikhlasan hati Fahri, mendorong dia dan Maria membantu Noura, seorang gadis yang sering didera oleh bapa tirinya, Bahadur. Suatu hari, Fahri telah membantu seorang gadis berpurdah yang menjadi mangsa amukan warga Mesir kerana memberi tempat duduk kepada dua warga Amerika yang hampir pitam kerana kepanasan dalam gerabak keretapi.

Fahri kagum dengan keberanian gadis berpurdah itu. Sempat berbual dan sebelum berpisah gadis itu memperkenalkan dirinya dalam bahasa Jerman ‘mein name ist Aisha’.

Suatu hari, Syaikh Ustman, guru tallaqinya bertanya sama ada dia mahu berkahwin atau tidak. Fahri bingung lalu solat istikharah. Bertemu secara taaruf, akhirnya Fahri mengakui jodohnya bersama gadis itu. Dia ialah Aisha.

Namun, perkahwinan dengan Aisha umpama derita terhadap tiga lagi gadis yang menyintainya dalam diam. Tidak cukup dengan itu, Fahri menerima dua dugaan yang paling besar dalam hidupnya.

1 comment:

Azizen MdNor said...

Byk moral2 value yang kita blh bljar dari filem ni spt bercinta cara islam, kelebihan poligami, kemampuan kaum perempuan mengawal emosi dan sebagainya