Dah lebih seminggu saya keputusan sambungan internet streamyx di rumah disebabkan oleh kabel sambungan dari tiang ke rumah terputus disebabkan oleh pelepah dauh pokok kelapa jatuh atas kabel. Dah lebih 7 kali saya hubungi pusat bantuan TM tapi masih gagal menyelesaikan masalah yang mudah ni. Inilah yang berlaku sekiranya perniagaan bersifat monopoli serta diuruskan oleh orang yang tidak layak. Masalah yang kecil macam ni pun tak boleh selesai dengan cepat. Akhir sekali petang kemarin saya telah cuba untuk menyelesaikanny sendiri dan berjaya. Rupa-rupanya mudah saja, macam kabel computer juga. Nasib baik saya join trip ke Bangkok selama 4 hari, kalau tidak memang membosankan duduk kat rumah tanpa sambungan internet, banyak kerja yang tergendala.
Pagi tadi saya ke pejabat tanah jitra untuk menyertai lelongan tanah . Tanah yang akan dilelong terletak kat Hosba berdekatan Jitra, seluas 4 ½ relong tanah bendang. Pendaftaran dibuka pada pukul 10 pagi dan ditutup pada pukul 10.45 pagi. Lelongan dimulakan pada pukul 11 pagi. Ada 7 orang pembida berdaftar termasuk saya. Setiap pembida dikehendaki membayar duit deposit rm 5800 iaitu 10% dari hari reserved tanah yang dilelong iaitu rm 58000. Lelongan berjalan lancar selama lebih 30 minit dan akhirnya dimenangi oleh pemilik asal tanah yang dilelong tu dengan nilai rm 61500.
Petang tadi lepas pergi melawat pusat ternakan kambing, saya terus ke UUM . Plan asal nak pi main go-kart dengan main golf serta nak jumpa Mr Shariff yang merupakan seorang warganegara Mesir yang menjalankan perniagaan dalam kampus UUM, nak bincang berkenaan pemasangan CCTV system di kedai dia. Tapi dalam perjalanan ke UUM hujan agak lebat, sampai kat Changloon ada banjir kilat, ada sebuah van dihanyutkan air.
Disebabkan hujan yg lebat di UUM, maka planning main go-kart dan golf terpaksa dibatalkan. Terus saya ke kedai Mr Shariff kat Kolej Maybank bersebelahan university Inn. Sebab utama dia nak pasang pasang CCTV adalah kerana banyak barang2 stok jualan kedai runcitnya hilang, mungkin staff yang rembat , mungkin customer yang curi. Dia ada 2 buah kedai, 1 kedai makan dan 1 lagi kedai runcit yang dibuka 24 jam sehari. Selepas servey keluasan dan cadangan kedudukan kamera yang akan diletakan saya akan email kat dia sebutharga lengkap pagi esok. Selepas selesai urusan dengan Mr Sharif saya terus ke tempat gantung banner berhampiran fakulti perniagaan antara untuk memasang banner program latihan usahawan Team Xpert 2008
-
No comments:
Post a Comment