Dalam proses mencapai matlamat hidup (life goal), langkah yang pertama semestinya menetapkan matlamat kita terlebih dahulu dan ini merupakan langkah yang paling mudah dilakukan. Matlamat mestikan ditulis di atas kertas dan disimpan ditempat yang senang anda capai contohnya beg duit.
Kemudian, tanya diri anda, “Mengapakah saya mesti mencapai matlamat ini?”
Di sinilah tempatnya masalah mula timbul. Ramai orang yang ingin mencapai pelbagai matlamat. Akan tetapi, mereka tidak tahu sebab-sebab mereka ingin mencapai matlamat tersebut.
Katakan anda ingin menjadi kaya. Tanya diri anda. Mengapa anda ingin menjadi kaya? Sekiranya anda tidak mempunyai jawapan untuk soalan ini, mungkin anda sudah salah menetapkan matlamat anda.
Mungkin anda perlu memikirkan semula perkara-perkara yang anda benar-benar mahukan dan bukan mengikut kehendak orang lain. Setiap insan mempunyai kehendak serta kemahuan yang berbeza. Dan sepatutnya setiap orang mesti mempunyai cita-cita yang besar (think big) barulah mereka mempunyai keinginan untuk menjadi kaya raya.
Jika anda ingin memiliki rumah banglo yang besar yang berhampiran dengan pantai, tanya diri anda, mengapakan anda inginkan rumah yang begitu besar di tepi pantai.
Andaikata jawapan anda ialah, “supaya anda dapat memberikan keselesaan kepada keluarga anda serta dapat melihat anak anda berlari serta berenang di tepi pantai”.
Jangan berhenti di sini! Teruskan bertanya. Mengapa?
Mengapakan anda ingin memberikan keselesaan kepada keluarga anda serta melihat anak anda berenang-renang di tepi pantai?
Sekiranya jawapan anda ialah, “ia dapat memberikan kepuasan kepada kehidupan anda dan melihat anak-anak anda berlari serta berenang di dtepi pantai dapat menggembirakan anda”.
Mengapa?
“Ia memberikan erti sebenar kepada kehidupan aku. Ia dapat memberikan zaman kanak-kanak yang amat bernilai kepada anak-anakku.”
Teruskan bertanya. Semankin banyak “Mengapa yang anda dapat jawab, semankin selari anda dengan matlamat yang anda tetapkan.”
Kegagalan untuk memahami sebab mengapa anda mahukan sesuatu merupakan salah satu punca kegagalan anda untuk mencapai matlamat anda. Jangan hadkan pencapaian hidup anda dengan menghadkan pemikiran anda. Sebenarnya anda yang pilih untuk jadi kaya atau miskin. Kalau nak jadi kaya kena ambil tindakan untuk bergerak ke jalan kejayaan, kalau nak jadi miskin tak payah buat apa-apa.
Fikirkan…
Sekian...
Perkataan baru untuk hari ini :-
poyo = terlebih action, berlagak lebih, lain dari orang lain
kayo = kaya, jutawan, rich
-
No comments:
Post a Comment