Friday, April 24, 2009

Catitan In-Station Kat Lokap Polis IPK Perlis


Mengikut perancangan awal sy akan outstation ke Yiwu, China pada 23 april 2009 kerana mengikut group bisnis trip ke Canton Fair, Yiwu dan Shang Hai. Tapi nak dijadikan cerita, memang sukar untuk dipercayai, ramai org yang tak percaya yg sy masuk lokap. Nie bukan masuk main2, ni masuk sungguh2, kena tangkap tengah malam da terus disumbat ke dalam lokap balai polis kangar selama 4 malam. Jadi dari OUTSTATION dah jadi INSTATION - dok kat lokap balai. ramai orang yang tak tau sy masuk lokap, member2, kawan2, sahabat2, gf2 ingat sy outstation ke china. sungguh tak diduga dan tak disangka, pun begitu best jugak dapat pengalaman baru dok kat lokap. sebelum ni dok dengar cerita orang saja, sekarang dah rasa sendiri, baru kita tau apa yang berlaku didalam lokap, bagaimana polis layan kita, sapa kawan2 kita yg sejati..
Ceritanya bermula begini, pada malam isnin 20/4/09 dalam pkl 11 mlm, sy tengah dok syok tengok Prison Break S4, drama tv favourite sy. Episod mlm tu scoofield dah dpt msk ke dlm bilik kebal utk ambik scylla tu, lepas tu general tu nmpak scoofield dan terus ajak body guard dia masuk bilik kebal ikut pintu depan, tapi sebenarnya scofield dah agak dah, depa (scofield, abg dia, sucre, mahone) memang nak prangkap general utk ambik kad yg last skali depa tak dpt, lps general msk depa tahan general minta kad dan terus buka scylla, lepas tu depa kluar ikut pintu depan skali general. depa dah tau kat jalan masuk grechen dgn t-bag dah tunggu utk rampas scylla. lepas depa masuk lift, general guna mata dia utk activate lift gerak ke atas, lepas tu..............jeng2....
Ada orang ketuk pintu dan bagi salam, sy pun p buka pintu tengok2 ada 3 orang kat luar, depa dah lompat pagar masuk ke kawasan rumah sy sbb pagar semua dah kunci. depa perkenal diri dari balai polis kangar nak bawa sy ke balai untuk ambik keterangan untuk kes curi. semua skali ada 5 orang anggota, 3 melayu 2 india, sorang pangkat inspektor, yang lain sarjan dan kopral. sy cuba slow talk dgn inspektor tu cuba minta sy akan datang pg esok, tapi dia kata tak boleh, kena pi sgera, dia kata untuk ambik keterangan saja, lepas tu blh balik. tapi sy rasa lain macam saja, memang rasa depa nak tahan untuk malam ni, sbb tengok polis2 lain mcm tak puas hati saja, depa dok pressure srh sy ikut arahan depa sgera. lepas try 2-3 kali nego tak blh juga, sy pun mengalah la, nanti kalau sy lawan kot2 depa tembak pula. sy pun dah lama tak pegang senjata api, dulu slalu dok guna m16 masa masuk wataniah.
Sy pun masuk dalam tukar baju, ambik ic ikut depa. memang rasa amat tak puas hati cara depa tahan, macamlah sy ni penjenayah besar, kalau call srh pi balai lagi senang. sebelum ni dah 3 kali sy pi balai utk kes sy ni. lepas masuk masuk terus jalan, masa dalam van depa dok sound sy pasai apa susah nak ikut depa, dok cakap byk. sy pun sound la depa yg sy tak buat salah apa pun, ni buka cara betoi utk depa buat keja , tangkap orang baik yang tak salah. tadi masa kat rumah ada mak sy, jadi depan org tua2 depa tak tunjuk sgt keganasan depa, masa kat van depa terus gari dan gertak sy, sy buat rileks saja, tak takut pun, sbb waktu training wataniah dah biasa dah. cuma sy tanya pasai waran dan cara depa tahan sy tak betoi, depa kata depa betoi dan ikut undang2, sy pun senyap saja la, nanti kalau cakap byk kena belasah pula. yg nampak ganas tu kopral melayu yang veteran sikit, cuba nak takutkan sy, yg inspektor tu mudah lagi, senyap saja.
Sy sampai kat balai lebih kurang pukul 12 mlm, depa isi borang masuk lokap, sy sign borang, bagi ic terus dibawa ke lokap. time tu sy pun tak byk ckp, susah nak ckp dgn org2 mcm ni. sepatutnya ikut prosedur undang2 depa kena baca hak sy sebelum digari, baca sebab apa sy ditahan, dibawah undang2 apa dan seksyen apa. sy slalu tengok CSI, NCSI, Criminal Mind , LA Law dll apa yg depa buat memang tak professional, main belasah ikut depa saja. inilah yang dikatakan salahguna kuasa anggota polis.
sebelum masuk ke bilik lokap sy diarahkan tukar baju, baju dgn sluar sy disimpan kat lokar, sy dibagi sluar pendek dgn baju lokap warna unggu yg bertulis 'lokap polis'. warna ungu bermaksud tahanan jangka pendek. sluar spender juga ak dibenarkan dipakai msk lokap. semua brg2 lain seperti handphone, laptop, wallet, duit tak dibenarkan dibawa ke dalam lokap. sy memang tak bawa apa2 pun kecuali salinan report polis yg sy buat dan agreement berkaitan kes sy. sy memang dah jangka nak kena msk lokap masa tukar baju kat rupa, kalau sy bawa handset, duit dan lain2 memang senang nak hilang kat situ. ingat sebelum kena. lepas tukar baju terus dibawa ke bilik lokap no 8 , polis2 yg jaga lokap yg berpangkap konstabel semua nmpk tak puas hati dgn sy sbb sy tak nmpak takut atau gabra, rasa masa syok saja nak masuk dlm, depa tanya kes apa, sy pun bg tau la. kini status sy adalah sah secara rasmi sebagai seorang suspek atau OKT (orang kena tuduh) yang ditahan di lokap kangar.
Kat lokap balai tu ada lebih kurang 10 bilik kecik2 bersaiz lebih kurang 4m x 4m. sy di masukkan ke bilik no 8, kat situ ada 2 org lagi suspek kes dadah bernama zam. depa 2 tu orang kuala perlis, dah byk kali kluar-masuk lokap. lepas berkenalan sy pun cerita kes sy kat depa, depa pun support sy kata sy tak salah, tgk muka pun dah tau. lepas tu depa pun cerita kes2 depa, sembang2 smpai pkl 3-4 baru rasa mengantuk, try nak tidor tapi tak lena. tempat tu dah la kecik, busuk dan panas. nasib baik dapat roomate yg blh masuk juga. depa pun tak ganas, byk bantu bg info. pada malam sy masuk tu lokap agak sesak, ada lebih kurang 50 puluh orang semua skali, semua tahanan lelaki. tahanan pompuan diletak disebelah kiri bangunan, ada 2-3 bilik saja, jarang la tahanan pompuan msk lokap. pada malam sy masuk lokap tu keadaan kat dalam lokap memang bising, ada yg sembang, dok nyanyi, dok mandi dan mcm2 lagi. pkl 5 pagi baru reda. pkl 6 pagi terjaga dengar azan subuh, sy bangun solat kemudian cuba smbg tidor balik walaupun susah nak lena. pukul 7 pagi checker bawa mai roti 2 biji sorang berintikan kacang/jem dgn teh o panas dlm bekas plastik, lepas breakfast terus sambung sembang dengan roomate. depa 2 memang byk exprience buat jahat, syok juga dengar criter depa, sy ikut jalan baik tak byk sgt criter best2, depa ikut jalan lain, memang byk pengalaman - hisap ganja, pit, ais, arak, disko, bohsia, pelacur siam, gro china, pusat serenti, penjara, dan byk lagi. smbgggggg...

Hari kedua ( 21/4/09)
Saya bangun lepas dikejutkan oleh checker utk solat subuh, dia bg kain pelekat dgn sejadah, dah lama tak basuh bau hapak. Kat sel 8 sy sorang saja yg bangun solat subuh yg lain smbg tidor. Selmate yg 2 org tu memang tak solat, sy dah cuba nasihat tapi depa senyap saja. Kat sel2 lain ada juga yg solat tapi ramai yg tak , kat sel no 9 sebelah kana nada sorang remaja umur 17 thn nama hadi suspek kes rogol, dia ni rajin solat siap dgn wirit panjang lagi. Lepas solat sy smbg tidor semula, dalam pukul 7 pagi checker bw mai breakfast, roti inti kacang/jam sorang 2 biji skali tea o panas bungkus. Lepas breakfast sambung sembang2 dgn selmate @ roommate, depa ni memang byk experience betol.
Pkl 830 pagi lepas mandi sy dipanggil oleh cikgu (anggota polis berpangkat constable bertugas jaga lokap) untuk ke mahkamah untuk dapatkan reman. Dengan pakaian reman iaitu baju unggu dgn seluar pendek ungu bertulis lokap polis kangar, sy digari dan dibawa kluar dgn 5 org lari tahanan lain. Ada juga yg blh pakai baju biasa disebabkan oleh depa mungkin akan dibebaskan lepas ikat jamin. Semua skali digari dan dimasukkan ke dalam van polis dibawa terus ke mahkamah. Ada 3 orang anggota polis escort kami 2 laki2 sorang pompuan. Sampai saja kat kawasan mahkamah, sy nampak ramainya orang, nasib baik tak nampak org yg kenal sy, malu juga jadi suspek ni walaupun kita ni innocent. Perspeksi masyarakat yg tak pandai fikir akan kata kita dah bersalah, alasan depa amat mudah, kalau tak salah macam mana kena tangkap. Lepas turun van sy di bawa ke kandang suspek di belakang mahkamah. Kat dalam kandang tu gari telah dilepaskan. Ramai anggota2 keluarga, kawan2 mula merapati tahanan2 yg mai skali dengan sy. Sy pun mencari keluarga sy dan juga sahabat2 yg mungkin datang untuk bagi bantuan dan sokongan. Tapi malangnya sorang pun tak nampak batang hidung.
Dengan perasaan kecewa sy pun cuba pinjam handset sorang anggota polis yg dok guard depan kandang tu, tapi dia tak bagi. Nasib baik tahanan lain yg pakai baju biasa ada bawa handset, sy pun pinjam sat handset dia utk call abang sy, Tanya dia dok kat mana, dia kata on the way, nasib baik. Ingatkan tadak org yg sudi mai tengok sy. 30 minit kemudian dia smpai dengan mak sys kali dengan datok zul – bekas anggota polis kat balai polis jitra. Sekarang dia dah jadi kontraktor kelas F jv dgn abang sy. Dato Zul jumpa sy dan bg tau jgn risau, rileks saja. Sebenarnya sy memang cool, tak gabra pun, Cuma malu la sikit2. Dia kata lepas ni lawyer akan minta hakim bagi ikat jamin, blh balik rumah.
Malangnye dia silap, mungkin undang2 kat jitra tak sama dgn kangar. Polis kangar lebih skema, semalam pun depa dah datang balai nak jumpa sy tapi tak boleh. Depa mai dalam pukul 12 lebih. Pkl 10 sy dibawa polis jumpa hakim @ majisret , sorang prempuan melayu betudung agak gemuk, anggota polis tu serahkan boring mohon reman 5 hari, majistret tu pun tgk, sign2, lepas tu dia Tanya sy ada nak cakap apa2. Sy minta ikat jamin, dia geleng kepala, sy minta kurangkan tempoh tahan reman, dia bg smpai jumaat 24/4/09 saja, lepas tu sy dibawa keluar dari bilik majistret terus dihantar ke kandang tadi. Sedih juga kena tahan smpai 4 hari, ingatkan boleh ikat jamin mcm dalam drama CSI. Tak adil betol undang2 di Malaysia ni, senang2 saja blh kena tangkap dan kena reman kat lokap.
Lepas tu tunggu sekejap kat dalam kandang sebelum dibawa balik ke lokap. Masa tu lawyer pun smpai, dia bg tau prosedur memang macam tu, lepas tempoh reman baru blh ikat jamin dan jumpa lawyer. Masa kat kandang tu juga sy perasaan sorang mamat dok perhati sy dari jauh, tgk2 dia tu regular customer sy dari padang besar, dia pun polis juga pangkat koperal. Sy panggil dia mai jumpa, dia pun mai kat sy, dia bg tau memang mcm kenal sy tapi tak berani dekat takut silap orang, dia tak percaya sy yg kena tahan, sy pun explain kat dia kes sy dan dia paham serta bg tau akan cuba contact member2 dia kat balai polis kangar untuk minta bantuan. Rasa lega la sikit, ada juga org bersimpati. Lepas makan nasi kandar bungkus dgn the ais kat dalam kandang yg keluarga sy belikan, sy pun di bawa kembali ke lokap. Sampai kat lokap dlm pkl 12 dan disumbatkan semula ke dalam sel no 8. Sy pun criter apa yang berlaku kat selmate 2 org tu. Sy pun Tanya status depa mcm mana, depa dah 8 hari kena reman kes urine (dadah). Depa kata sepatutnya depa akan di jatuh hokum atau kluar printah hari rabu atau khamis ni, sama ada depa diberikan ikat jamin, bebas dgn pengawasan polis atau dihantar ke pusat serenti.
Sebelah petang dan malam tak de aktiviti yg di jalankan, dok lepak kat sel sambil sembang2, tidor dan smbung sembang, memang boring dan tension giler, kita kalau dah biasa bebas memang susah dok macam tu. Dalam pukul 1 tgh smpai makanan tengahari, nasi bungku lauk ikan rebus dgn sayur skt2 dan air sirap bungkus. Sy tak makan pun sebab dah kenyang, lagipun skali tgk pun dah nmpak tak sedap, sy terus bagi kat selmate, depa rembat saja apa yg ada. Pkl 7 malam pula smpai makan malam nasi bungkus lauk daging masak kicap dgn sayur sikit2, nmpk sedap juga, sy pun makan ok juga. Air minum (air kosong) kena share dgn 1 gelas yg agak kotor, ikut maklumat selmate depa bagi tau yg makanan kat lokap dah byk improve, thn lepas tiap2 hari ikan rebus saja, air pun air biasa saja , tu pun kena minum dgn baldi toilet. Lepas Theres Kok komplen kata makanan tahan reman macam makanan anjingg baru la sedkit perubahan dibuat, memang sy bernasib baik, kalau tak 4 hari tak makan nasi. Lepas solat isyak sy pun mula rasa ngantok, time tu dalam pukul 11 mlm hujan pun turun lebas, suhu agak sejuk, bilik lokap pun semakin sunyi sebab ramai yg dah diikat jamin, kami semua pun tidor awal la sbb dah selama tak blh lelap. So mlm kedua blh la tidor nyenyak sikit walaupun 3-5 kali terjaga sebab ada cikgu datang melawat, ada suspek kluarkan bunyi mengeruh yg sgt kuat, nyamuk gigit dan sebagainya. Dalam pkl 6 checker mai kejut bangun solat subuh skali htr kain pelikat dgn sejadah. Lepas solat terus sambung tidor sampai cerah.
Hari ke 3 (22/4/09)
Macam biasa pukul 7 pagi breakfast sampai, menu biasa roti 2 biji dgn teo panas bungkus. Mengikut maklumat selmate memang tiap2 hari breakfast kat situ makan roti. Sy pun ngap saja la, dalam pukul 9 ada cikgu mai ambik sy kluar jumpa IO (investigation officer) yg bernama inspector rodiah sorang prempun melayu masih muda dan bujang lagi. Dia yg siasat kes sy. Tujuan sy dibawa jumpa dia adalah utk ambik keterangan ataupun statement. Dengan tangan bergari sy pun dibawa ke bilik dia kat tingkat 1 bangunan bersebelahan lokap. Dia suruh cerita apa yg berlaku, sy pun bg tau ikut report polis yg sy dah buat, dia Tanya detail background sy, keja, pendidikan, keluarga, dan lain2. Last skali dia Tanya sama ada sy mengaku salah atau tidak, sy pun mengaku tidak bersalah, lepas sign surat keterangan sy pun dibawa kembali ke sel no 8. Sebelah petang tiada aktiviti dijalankan Cuma bersembang dan berkenalan dgn tahanan2 lain dalam lokap tu, Tanya depa kes apa, dah brapa hari kena tahan. Ada yg 3 hari ,6 hari, 10 hari dan paling maksimum 60 hari. Ada juga tahanan transit dari penjara alor star , sungai petani dan pokok sena yg mai singgah sekejap untuk perbicaraan kat mahkamah sbb penjara kat perlis tak siap lagi.
Jadi tahanan transit mai sekejap2 saja. Sy juga ambik kesempatan utk bg motivasi kat selmate supaya bertaubat dan kembali ke jalan benar, jalan dok hisap dadah lagi lepas kluar nanti.
Hari ke 4 (23/4/09)
Macam biasa lps subuh tidor semula, breakfast pkl 7 pagi roti 2 biji dgn tea o panas. Lepas mandi sy dibawa oleh anggota polis bertugas iait sorang lelaki umur 40-an berbangsa cina utk ke bilik photo untuk ambik gambar dan cap jari. Koperal yg bertugas kat dlm bilik tu pun sporting, dia kenal sy tapi sy tak kenal dia, dia pun simpati dgn sy. Sy minta nak ambik copy gmbr dgn cap jari, dia pun kata tadak mslh, dia srh mai ambik bln dpn. Anggota polis berbangsa cina tu pun hairan smbil bertanya kat sy pasai apa nak ambik gmbr tu nak buat apa, sy pun bg tau yg nak mskkan dlm blog, dia pun Tanya lagi blog tu apa, sy pun explain kat dia, dia kata hang tak malu ka kalau org tau hang masuk lokap, sy pun bg tau nak malu buat apa, sy bukan buat salah pun.
Lepas ambik gambar dan cap cari sy kembali ke sel no 8. Kini secara rasmi gmbr dan cap jari 10 jari termasuk tapak tapak dimasukkan ke database polis. Sy dah jadi famous skrg, wow! Best nyer. Sebelah petang dalam pukul 4 family sy datang melawat, sepatutnya mereka tak dibenarkan melawat semasa dalam tahanan reman, tapi disebabkan oleh cable KP sy dibenarkan jumpa family. Lepas tu sy dibawa oleh 4 org anggota polis termasuk inspector rodiah ke rumah sy utk mengambil barang rampasan yg sy ambik kat ccxpert. Time tu memang agak suspen sikit sebab sy dgn pakaian banduan dgn tangan bergari smpai ke kampong sendiri memang dipandang serong oleh orang2 kampung. Apa yg sy risaukan skali ialah kesihatan mak sy yg sakit darah tinggi dgn lemah jantung, nanti kalau org kampong do kutuk apa2 dia yg bermasalah pula. Sy ni ok saja, tough and cool, memang terlatih utk menghadapi situasi mcm ni. Lepas ambik brg2 komputer2 tu sy pun dibawa kembali ke lokap.
Sampai saja kat lokap tgk2 selmate tinggal sorang saja, yg sorang lagi telah dibebaskan dgn pengawasan polis. Yg sorang ni diperintahkan masuk ke pusat serenti kat Benta Pahang, hri sabtu baru nak kena bawa , Sementra tunggu sabtu ni dia ditempatkan ke dalam lokap semula. Pada sebelah mlm kami minta tukar sel, sy ke sel no 3, dia ke sel no 2 utk jumpa member2 baru, dah lama dok dgn dia dah tadak apa nak cerita. Kat sel no 3 ada 2 org lagi tahanan, sorang pemuda melayu umur 25 thn dari jejawi perlis keja sendiri ambik upah buat bendang, kesalahan kes salahguna dadah, sedang direman di penjara alor setar, kes sedang dibicarakan di mahkamah kangar, dah 2 bulan dok kat alor star. Tak ikat jamin sebab tak dak duit. Dia pun cerita pengalaman ngeri kat penjara alor star, lebih teruk dari drama Prison Break. Yg sorang lagi sorang lelaki melayu umur 45 thn keja kampong kat sungai baru kes dadah juga, dah 2 kali kena tangkap tapi dilepaskan semula sbb result urine test negative, kali ni dah 3 hari dok lokap tgh tunggu result urine test yg ambik masa dalam 7-8 hari. Kalau negative selamat, kalau positif kena masuk jel atau pusat serenti.
Last Day – 24/4/09
Lepas solat subauh pukul 6 pagi sy dpt roommate baru, sorang warga myanmar, nama sy tak ingat, kes tadak passport, cakap melayu pun tak brapa ok. Jadi jumlah OKT dalam bilik tu dah jadi 4 orang. Lepas mandi dan breakfast sy dibawa ke mahkamah utk disambung reman atau diikat jamin, kali blh pakai baju civilian tapi tangan kena gari mcam biasa, naik van polis terus ke mahkamah. Sampai mahkamah dalam pkl 830 dimasukan ke dalam kandang sementara. Ikut maklumat yg anggota polis bertugas bagi tau sy akan dibebaskan hari dgn jaminan polis. Dalam pkl 10 di bawa jumpa majistret yg hari tu lagi, kali ni sy msk skali sorang lelaki patani yg baru msk lokap malam semalam atas kes samun, dia kata dianiaya. Kami digari skali, lelaki patani tu direman 3 hari utk siasatan manakala sy akan dibebaskan dib alai polis lepas sign surat jaminan polis. Lepas majistret sign surat pembebasan sy pun dibawa kembali ke balai, dibuka gari dan dibalai ke bilik inspector rodiah utk sign surat jaminan pembebasan. Lepas tu sy dibebaskan, horrayyy, akhirkan jadi orang bebas juga………………….

Profile Kes :-
Sorang lelaki Pakistan telah membuat laporan polis berkenaan kes curi komputer
Case - curi
Crime scene - ccxpert
Suspek - sy la
Mangsa - Amjad (lelaki Pakistan)

Senario:-
sy telah jual cc tu kat pakistan dgn harga rm 8000 cash + rm 750x15bln installment bermula 2 mac 2009. Masuk bln april (bln ke2) sy dapati pakistan masih belum sign agreement sewa kedai serta bayar deposit dgn sewa semua skali berjumlah rm 2500. Sy pun sound pakistan supaya buat bayara segera atau komputer diambik semula ikut tunggakan. dia pun buat tak tau saja, malah cuba nak klentong kata sewa dah beres. Sy pun panggil dia jumpa sy sebelum 16/4/2009 utk settle problem tu, tapi dia tak mai. Lepas dari balik dari Indon 12/4/09 sy dpt maklumat yg dia cuba utk pindahkah brg2 ke alor star, sebab tu dia tak mau byr sewa. sy pun ambik tindakan pantas p ambik 1/2 barang2 komputer kat situ dgn nilaian rm 9k. ikut agreement jual beli sy blh ambik kalau dia tak ikut agreement. Sy p ambik pun cara elok, ada staf time tu, msk cara elok. Lepas ambik sy p buat report polis sebagai persediaa kalau dia buat laporan kata sy curi brg2 tu.

Pihak polis sedang dlm siasatan dan proses untuk dakwa sy melakukan jenayah mengikut seksyen 380 - curi dan samun tanpa senjata.
Jika sabit kesalahan boleh dipenjara 7 tahun atau denda rm 5 ribu

...................................:-:.....................................

APA YG BERLAKU JELAS MENUNJUKKAN PIHAK POLIS TIDAK PROFESSIONAL, ADIL DAN BERHEMAH DALAM MENYELESAIKAN KES KECIL INI. INI BUKANNYA JENAYAH KERANA SAYA YANG TERLEBIH DAHULU MEMBUAT LAPORAN. KES INI BOLEH DISELESAIKAN DI LUAR BALAI POLIS. PIHAK POLIS MEMBERI ALASAN YANG MEREKA HANYA IKUT UNDANG2, JIKA ADA LAPORAN MEREKA AKAN IKUT PROSEDUR TANGKAP, REMAN, SIASAT DAN DAKWA. BAGI SAYA SEMUA INI MENGARUT DAN HANYA MEMBUANG MASA, MERUGIKAN DUIT RAKYAT SAJA. KITA BAYAR GAJI POLIS UNTUK TANGKAP PENJENAYAH SEBENAR, BUKANNYA UNTUK TANGKAP ORANG YANG TAK BERSALAH. KES SAYA INI TAK PERLU DI SIASAT, SEBAB DAH JELAS SAYA MENGAKU AMBIK BARANG2 KOMPUTER. SEPATUTNYA BIAR SAYA SELESAIKAN DENGAN PAKISTAN BERKENAAN. MEMANG ADA KESILAPAN KECIL DALAM PERJANJIAN JUAL-BELI YANG BAGI KELEBIHAN KAT PAKISTAN UNTUK KENAKAN SAYA, TAPI REALITINYA SAYA JUAL BISNIS ITU DENGAN IKHLAS TANPA ADA APA2 PENIPUAN, INI YANG PALING PENTING BUKANNYA PROSEDUR, PROTOKOL DAN PERJANJIAN. SAYA ADA SAKSI2 PENTING UNTUK KES INI TAPI PEGAWAI PENYIASAT BUAT TIDAK TAHU SAHAJA, DIA LEBIH PERCAYAKAN PAKISTAN DARI ORANG MALAYSIA. APA DAH JADI DENGAN POLIS MALAYSIA? SAYA MEMANG TIDAK BERPUAS HATI DENGAN PAKISTAN DAN JUGA POLIS YANG HANDLE KES SAYA INI. DAH KENA LOKAP 4 HARI TANPA DIBERIKAN HAK ASASI - JUMPA KELUARGA, PEGUAM, GUNA TELEFON, BACA BUKU/QURAN, DAN LAIN2. DAH LA DISUMBAT SEKALI DENGAN MAT2 PIT SERTA PENJENAYAH2 REAL YANG MUNGKIN ADA VIRUS HIV DAN JUGA LAIN2 PENYAKIT BAHAYA. MEMANG MULAI HARI INI SAYA DAH TAK RESPEK POLIS MALAYSIA SAMA SKALI. POLIS TAK TAU BEZAKAN YANG MANA JENAYAH, YANG MANA BUKAN JENAYAH, YANG MANA BAIK DAN YANG MANA BURUK. PARA PENJENAYAH DILEPASKAN MANAKALA ORANG BAIK DITANGKAP MASUK LOKAP. MALAYSIA DAH JADI NEGARA POLIS, SEMUA ORANG TAKUT KAT POLIS WALAUPUN TAK LAKUKAN KESALAHAN. ORANG YANG LAKUKAN KESALAHAN BOLEH JADI KAWAN POLIS SEBAB BAGI RASUAH KAT POLIS. KAT DALAM LOKAP PUN ADA RASUAH, BANYAK PERKARA YANG TIDAK PATUT BERLAKU DALAM LOKAP. BANYAK TAHANAN YANG KENA BELASAH UNTUK DAPATKAN PENGAKUAN, BANYAK TAHANAN YANG DIBULI. NASIB TAHANAN BERGANTUNG SEPENUHNYA KEPADA IO (PEGAWAI PENYIASAT) DAN BUKANNYA UNDANG2. POLIS ADALAH POLIS, HAKIM DAN MAHKAMAH. MEREKA BOLEH TENTUKAN NASIB TAHANAN NAK JADI MACAM MANA, POLIS PUN NAK JADI TUHAN, BOLEH TAMATKAN RIWAYAT TAHANAN MACAM MENDIANG A KUGAN. PIHAK POLIS TIDAK MAHU BERFIKIR SEBAB APA BANYAK KEJADIAN JENAYAH DILAKUKAN OLEH ORANG YANG SAMA SPERTI KES2 DADAH. BANYAK MAT2 PIT YANG DAH LEBIH 10 KALI MASUK-KLUAR JEL. MEMANG JELAS POLIS BUKANNYA NAK SELESAI MASALAH , MEREKA NAK KERJA , SUKA TANGKAP ORANG. SAYA DAH MULA SETUJU DENGAN PENDAPAT YANG MENGATAKAN PDRM (POLIS DI RAJA MALAYSIA) DAH JADI PRDM (POLIS RAJA DI MALAYSIA). AKHIR SEKALI SAYA MENYERU SUPAYA SEMUA ANGGOTA POLIS BEKERJA JGN IKUT UNDANG2 SEMATA2, GUNALAH AKAL FIKIRAN, BUDI BICARA, COMMON SENSE UNTUK SELESAIKAN KES2 YANG KECIL2 MACAM KES SAYA. JANGAN BERMEGAH, BELAGAK, SOMBONG DAN EGO BILA ANDA MEMAKAI UNIFORM POLIS. SAYA TIDAK MAHU PERKARA SEBEGINI BERLAKU KEPADA ORANG2 LAIN YANG TIDAK BERSALAH TERPAKSA MERINGKUK DALAM LOKAP MACAM PENJENAYAH BESAR.

ps- sapa2 yg teringin nak msk lokap minta advise sy dulu, gmbr2 kat lokap tak dpt ambik, gmbr2 sy time cap jari, scan mata akan diupload bln dpn

3 comments:

Faizal R said...

best2 cerita ni, ada pengalaman lokap jugak, oleh itu aku akan bookmark blog ni :-)

din pomen said...

memang SEGELINTIR polis mcm sial, sblm raya posa taun lps dpn rumah aku budak jual dadah(aku nampak sndri sblm ni), rumah dia kna rush lps subuh n kna tangkap, polis jumpa dadah dlm kotak rokok bwh katil, bapak dia polis trafik bergegas balik dr KL kawtim trus bleh kluar bebas sampai hari ni. Inilah realiti yg Allah tunjuk kt aku betapa x smua polis boleh d percaya...budak konstabel baru dia kerja btul, anggota lama yg bleh kawtim...member aku ramai polis, aku tau la....

Faizal R said...

mcm mana nk ubah?