Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi dari Kampung Titi Serong, Jalan Kuala Perlis, Perlis merupakan pemuda pertama yang didapati bersalah kerana gagal menghadiri Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pada usia 18 tahun, pada 11 May 2005. Beliau didakwa dengan sengaja mengingkari notis bertarikh 9 Julai 2004 yang memintanya melaporkan diri di Kem Dusun Resort, Kuala Nerang, Kedah, pada 25 Julai 2004.
Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi yang merupakan seorang daripada empat beradik kepada seorang ibu tunggal, telah berhenti persekolahan selepas tamat pelajaran tingkatan dua SMK Syed Alwi di Kayang. Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi yang bekerja mengambil upah membuat bendang secara harian untuk menanggung ibu dan dua adiknya, memilih untuk menjalani hukuman penjara. Abangnya pula (21 tahun) dilaporkan berada di Melaka bagi mencari pekerjaan, dan dua orang adiknya berusia 16 dan 15 tahun. Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi dilaporkan oleh akhbar The Star sebagai meminjam RM7 daripada ibunya untuk menghadiri kesnya di mahkamah.
Ahmad Harizal, yang tidak diwakili peguam dan tanpa ditemani keluarga, dituduh mengikut Seksyen 18(1) Akta Khidmat Negara 2003 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum denda sehingga RM3,000 atau penjara selama enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Majistret Wan Norzanuar Wan Ahmad menjatuhkan hukuman penjara 14 hari atau RM600 ke atas Ahmad Harizal selepas dia gagal membayar denda berjumlah RM600. Ahmad Harizal yang kesempitan wang telah memilih untuk hukuman penjara 14 hari.
Kangar OCPD Supt Yusof Mohd Diah mengesahkan bahawa Ahmad Harizal ditempatkan dipenjara polis daerah Kangar sebelum dipindahkan ke penjara Sungai Petani. Pemuda UMNO Perlis telah berusaha membayar wang jaminan bagi Ahmad Harizal tetapi gagal kerana melebihi waktu pejabat berjanji akan kembali semula keesokan harinya.
Selepas dipenjara satu hari, Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi telah dibebaskan dari lokap Ibu Pejabat Polis (IPD) Kangar pada jam 8.45 pagi, setelah denda itu dibayar kira-kira jam 8.15 pagi, oleh Pegawai Khas Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim, Yusof Othman. Denda itu dikurangkan kepada RM557.15 selepas mengambil kira Ahmad Harizal sudah menjalani hukuman penjara selama sehari. Selepas denda dibayar, Yusof bersama beberapa pegawai khas lain terus ke IPD Kangar membawa resit pembayaran untuk membebaskan Ahmad Harizal.
Remaja itu, yang memakai T-shirt biru, jeans dan berselipar, pakaian yang sama ketika dijatuhkan hukuman kelmarin, kemudian dibawa menaiki Proton Perdana ke Hotel Putra Palace.
Kes-kes lain
Menurut laporan, dianggarkan seramai 8,599 remaja yang terpilih untuk PLKN dan masih gagal mendaftarkan diri sehingga semalam, dan berhadapan dengan kemungkinan waran tangkap akan dikeluarkan dan mereka akan diheretkan ke mahkamah.
Pihak DAP telah menyeru kerajaan agar kegagalan remaja untuk menghadiri program ini selepas mereka dipilih tidak seharusnya dipandang satu kesalahan yang serius, lebih-lebih lagi, di dalam satu situasi di mana perlaksanaan Program ini dari awalnya tidak dapat memberi keyakinan kepada orang ramai serta penyebaran maklumat berkenaannya tidak menyeluruh. Tambahan lagi objektif Program ini adalah bertujuan untuk membentuk displin, perpaduan dan patrioisme.
DAP mendakwa Akta bagi Program ini telah diluluskan di dalam Dewan Rakyat secara tergesa-gesa pada bulan Jun tahun lalu dan ini telah menimbulkan pelbagai masalah di dalam perlaksanaan seperti, infrastruktur yang tidak lengkap, kelayakan jurulatih yang kurang memuaskan, kejadian rogol, pergaduhan, penyalahgunaan dadah, kecurian, gangguan seksual termasuk dua kejadian mati lemas pelatih. [1]
Ruang Awang Selamat dalam Utusan Malaysia mencadangkan agar hukuman kerja sosial diperkenalkan memandangkan kesalahan tersebut tidak setimpal dengan hukuman penjara yang menempatkannya bersama-sama perompak, perogol dan lain-lain penjenayah.
Ulasan pihak rasmi
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yakin polis, pendakwa dan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) akan bersimpati sekiranya Ahmad Harizal memberi alasan jelas.
“Sebaliknya, Ahmad Harizal tidak memohon penangguhan dan alasannya diragui.
Kerajaan tidak terbabit dalam kes pendakwaan, ini semua (tugas) polis dan pendakwa. Kita tidak dimaklumkan siapa yang hendak didakwa.
“Ini budi bicara mereka, yang kita tentukan cuma di segi undang-undang dan mereka yang dipilih wajib menghadiri PLKN,” katanya sambil berharap semua pihak menghormati keputusan mahkamah.
Pihak pendakwaraya, Abdul Gani berkata, beliau berpuas hati dengan siasatan polis terhadap kes Ahmad Hafizal dan remaja itu turut mengakui tahu mengenai program itu serta menerima sendiri surat memintanya melapor diri.
“Kita bukan tidak berhati perut dan sebab itu kita sudah beri arahan untuk memohon semakan,” katanya lagi.
Dalam kesemua ulasan tersebut, tidak satupun mengambil kira taraf pendidikan yang diterima oleh Ahmad Hafizal, yang tidak memungkinkannya tahu dengan jelas prosedure dan kesan tindakannya.
Pemuda UMNO Perlis tampil untuk membantu membayar denda yang dikenakan ke atas beliau. Ketua Pemudanya, Rozabil Abd Rahman berkata bantuan tersebut adalah disebabkan keperihatian pergerakan itu terhadap keluarga adik Ahmad Hafizal yang mengalami kesempitan hidup. "Kita sesekali tidak bersetuju dengan tindakan beliau yang gagal menghadiri PLKN. Sungguh pun beliau datang dari keluarga miskin dan mengalami kesempitan hidup, program terbabit sesuatu yang harus diikuti demi masa depan beliau dan negara", katanya kepada laman webPemuda di sini, hari ini.
Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi, 18, menjadi remaja pertama di negara ini yang dihukum oleh mahkamah kerana gagal menghadiri PLKN pada Julai tahun lalu. Beliau, yang tinggal di Kampung Titi Serong, Jalan Kuala Perlis, dijatuhi hukuman denda RM600 atau 14 hari penjara oleh Mahkamah Majistret, di sini semalam. Bagaimanapun, disebabkan kesempitan hidup, Ahmad Hafizal yang mengambil upah membuat bendang untuk menanggung ibu dan dua adiknya, memilih untuk menjalani hukuman penjara. Ahmad Harizal, yang tidak diwakili peguam dan tanpa ditemani keluarga, dituduh mengikut Seksyen 18(1) Akta Khidmat Negara 2003 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum denda sehingga RM3,000 atau penjara selama enam bulan atau kedua-duanya sekali. Dia didakwa dengan sengaja mengingkari notis bertarikh 9 Julai 2004 yang memintanya melaporkan diri di Kem Dusun Resort, Kuala Nerang, Kedah, pada 25 Julai 2004. Kata Rozabil lagi hukuman yang dikenakan ke atas adik Ahmad Hafizal sewajarnya menjadi pengajaran kepada peserta yang akan datang agar bertanggungjawab terhadap PLKN. "Kejadian ini perlu menjadi teladan kepada semua pihak agar mengambil perhatian serius terhadap program berkenaan", ujarnya.
Oleh Haris Razali Kangar -- Simpati dengan nasib keluarga adik Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi, 18, yang didapati bersalah dan dijatuhi hukuman denda RM600 atau penjara 14 hari kerana gagal menghadiri Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), Pemuda UMNO Perlis tampil untuk membantu membayar denda yang dikenakan ke atas beliau. Ketua Pemudanya, Rozabil Abd Rahman berkata bantuan tersebut adalah disebabkan keperihatian pergerakan itu terhadap keluarga adik Ahmad Hafizal yang mengalami kesempitan hidup. "Kita sesekali tidak bersetuju dengan tindakan beliau yang gagal menghadiri PLKN. Sungguh pun beliau datang dari keluarga miskin dan mengalami kesempitan hidup, program terbabit sesuatu yang harus diikuti demi masa depan beliau dan negara", katanya kepada laman webPemuda di sini, hari ini. Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi, 18, menjadi remaja pertama di negara ini yang dihukum oleh mahkamah kerana gagal menghadiri PLKN pada Julai tahun lalu. Beliau, yang tinggal di Kampung Titi Serong, Jalan Kuala Perlis, dijatuhi hukuman denda RM600 atau 14 hari penjara oleh Mahkamah Majistret, di sini semalam. Bagaimanapun, disebabkan kesempitan hidup, Ahmad Hafizal yang mengambil upah membuat bendang untuk menanggung ibu dan dua adiknya, memilih untuk menjalani hukuman penjara. Ahmad Hafizal, yang tidak diwakili peguam dan tanpa ditemani keluarga, dituduh mengikut Seksyen 18(1) Akta Khidmat Negara 2003 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum denda sehingga RM3,000 atau penjara selama enam bulan atau kedua-duanya sekali. Dia didakwa dengan sengaja mengingkari notis bertarikh 9 Julai 2004 yang memintanya melaporkan diri di Kem Dusun Resort, Kuala Nerang, Kedah, pada 25 Julai 2004. Kata Rozabil lagi hukuman yang dikenakan ke atas adik Ahmad Hafizal sewajarnya menjadi pengajaran kepada peserta yang akan datang agar bertanggungjawab terhadap PLKN. "Kejadian ini perlu menjadi teladan kepada semua pihak agar mengambil perhatian serius terhadap program berkenaan", ujarnya.
PUTRAJAYA: Pejabat Peguam Negara akan memohon semakan semula di Mahkamah Tinggi bagi mengurangkan hukuman denda RM600 atau 14 hari penjara ke atas Ahmad Harizal Ahmad Fauzie, 18 kerana gagal menghadiri Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pada Julai tahun lalu.
Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, berkata semakan itu bertujuan menilai secara betul kes Ahmad Hafizal, 18, remaja pertama yang dihukum kerana kesalahan itu, dengan mengambil kira latar belakang keluarganya dalam usaha menegakkan keadilan.
“Saya sudah mengarahkan untuk memohon semakan itu kerana tidak mahu keluarganya berhadapan masalah yang tidak perlu. Anak itu mungkin salah, tetapi kita tidak mahu emaknya menderita.
“Kita akan hanya meminta semakan terhadap hukuman, (tetapi) sabitan kekal. Undang-undang tidak membezakan di antara yang kaya dan miskin. Dalam kes ini, kita tidak mahu ahli keluarga dijadikan ‘kambing hitam’ untuk apa yang telah dilakukan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di pejabatnya di sini semalam, khusus bagi menjelaskan isu itu yang menarik perhatian seluruh negara.
Ahmad Harizal, dari Kampung Titi Serong, Jalan Kuala Perlis, yang dijatuhi hukuman denda RM600 atau 14 hari penjara oleh Mahkamah Majistret di Kangar kelmarin, terpaksa memilih menjalani hukuman penjara kerana kesempitan hidup.
Bagaimanapun, beliau yang mengambil upah mengerjakan sawah untuk menanggung ibu dan dua adiknya, dibebaskan dari lokap Ibu Pejabat Polis (IPD) Kangar pada jam 8.45 pagi semalam setelah denda itu dibayar.
Pegawai Khas Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim, Yusof Othman, membayar denda itu di Mahkamah Majistret, kira-kira jam 8.15 pagi. Denda itu dikurangkan kepada RM557.15 selepas mengambil kira Ahmad Harizal sudah menjalani hukuman penjara selama sehari.
Selepas denda dibayar, Yusof bersama beberapa pegawai khas lain terus ke IPD Kangar membawa resit pembayaran untuk membebaskan Ahmad Harizal.
Remaja itu, yang memakai T-shirt biru, jeans dan berselipar, pakaian yang sama ketika dijatuhkan hukuman kelmarin, kemudian dibawa menaiki Proton Perdana ke Hotel Putra Palace di sini.
Abdul Gani menjelaskan, pendakwaan terhadap Ahmad Harizal tidak seharusnya berlaku jika remaja itu berterus terang sejak awal lagi.
“Ketika disiasat polis, Ahmad Harizal cuma menjawab dia malas untuk menyertai program itu. Kalau dia kata 'saya tidak boleh pergi sebab nak cari pendapatan untuk keluarga', kita boleh periksa keluarga itu dan kita pertimbangkan.
“Kita banyak kes seperti budak sakit, kena cari nafkah, ibu bapa sakit, orang buta huruf, cacat, nak ambil peperiksaan... kita lepaskan. Saya tidak mahu ini dijadikan kebiasaan. Semuanya bergantung kepada fakta setiap kes dan tidak boleh dibuat secara menyeluruh,” katanya.
Abdul Gani berkata, beliau berpuas hati dengan siasatan polis terhadap kes Ahmad Hafizal dan remaja itu turut mengakui tahu mengenai program itu serta menerima sendiri surat memintanya melapor diri.
“Kita bukan tidak berhati perut dan sebab itu kita sudah beri arahan untuk memohon semakan,” katanya.
Ditanya pandangannya terhadap hukuman yang dijatuhkan Majistret Wan Norzainuar Wan Ahmad, beliau berkata:
“Hakikatnya mahkamah menjatuhkan hukuman denda kerana tidak mahu seseorang pergi ke penjara. Ada hukuman lain seperti seseorang itu dibenar membayar denda secara ansuran dan ketiga mengenakan seseorang berkelakuan baik iaitu perlu melapor kepada polis dalam tempoh tertentu.”
Abdul Gani berkata, mahkamah harus diberi kebebasan dalam membuat keputusan termasuk berhubung permohonan semakan kes itu.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yakin polis, pendakwa dan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) akan bersimpati sekiranya Ahmad Harizal memberi alasan jelas.
“Sebaliknya, Ahmad Hafizal tidak memohon penangguhan dan alasannya diragui.
Kerajaan tidak terbabit dalam kes pendakwaan, ini semua (tugas) polis dan pendakwa. Kita tidak dimaklumkan siapa yang hendak didakwa.
“Ini budi bicara mereka, yang kita tentukan cuma di segi undang-undang dan mereka yang dipilih wajib menghadiri PLKN,” katanya sambil berharap semua pihak menghormati keputusan mahkamah.
Bercakap kepada pemberita selepas sambutan ulang tahun ke-59 Umno di sini petang semalam, beliau berkata kerajaan tidak campur tangan dan terserah kepada Peguam Negara untuk memohon semakan hukuman.
“Saya percaya semua orang kalau baca ini (kes Ahmad Hafizal) akan lebih insaf bahawa ini adalah tanggungjawab mereka dan kalau ingkar, mereka boleh didakwa.
“Kita mesti sandarkan kepada undang-undang. Kalau tidak, program kita tidak akan disokong dan mendapat penyertaan menyeluruh,” katanya turut berterima kasih kepada pihak yang membantu Ahmad Harizal dan menggalakkan sesiapa yang mahu membantu keluarganya.
Hukuman kerja sosial -- Pelbagai pihak berpendapat ia wajar untuk kesalahan ringan Oleh KAMIL MASLIH dan HISYAMUDDIN AYUB
KUALA LUMPUR 11 Mei - Hukuman kerja sosial wajar dipraktikkan untuk kesalahan-kesalahan ringan termasuk kepada remaja-remaja yang gagal menghadiri Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Pelbagai pihak berpendapat, hukuman itu adalah yang terbaik untuk kesalahan seperti itu kerana tidak wajar untuk menempatkan mereka terutama remaja dalam penjara bersama penjenayah-penjenayah tegar lain. Presiden Majlis Peguam, Yeo Yong Poh berpendapat, kerja sosial lebih efektif kerana ia berbentuk pendidikan dan dapat membentuk keinsafan kepada pesalah. ``Hukuman kerja sosial juga dapat memperdekatkan lagi pesalah dengan masyarakat melalui kerja-kerja sosial yang dijalankan, katanya. Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan Awang Selamat dalam Utusan Malaysia hari ini agar hukuman kerja sosial diperkenalkan memandangkan kesalahan tersebut tidak setimpal dengan hukuman penjara yang menempatkannya bersama-sama perompak, perogol dan lain-lain penjenayah. Remaja terbabit, Ahmad Harizal Ahmad Fauzie, 19, mengaku bersalah Mahkamah Majistret Kangar semalam kerana gagal mengikuti PLKN di Kuala Nerang, Kedah, Julai tahun lalu. Majistret Wan Norzanuar Wan Ahmad menjatuhkan hukuman penjara 14 hari ke atas Ahmad Harizal selepas dia gagal membayar denda berjumlah RM600. Dia sempat menjalani hukuman penjara semalaman dan dibebaskan pagi ini setelah seorang yang bersimpati dengan keadaannya yang miskin membayar denda. Hukuman kerja sosial banyak dilaksanakan di negara-negara maju bagi kesalahan-kesalahan kecil, seperti kesalahan trafik. Hukuman itu biasanya membabitkan pesalah melakukan kerja-kerja kebajikan di rumah-rumah amal, memotong rumput, mengecat dan menyapu sampah. Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia, Zaiton Othman berkata, cadangan pelaksanaan hukuman kerja sosial bukan sahaja dapat memberi manfaat kepada pesalah terbabit malah juga kepada masyarakat. ``Menerusi hukuman tersebut, pesalah-pesalah terbabit dapat dibentuk menjadi insan yang berguna menerusi pengalaman-pengalaman baru melakukan kerja-kerja kebajikan. ``Di waktu yang sama, masyarakat juga akan memperoleh kebaikan daripada kerja-kerja yang dilakukan oleh para pesalah, katanya. Beliau menambah, hukuman kerja sosial juga tidak akan menimbulkan tekanan jiwa kepada para pesalah malah ia mendekatkan lagi mereka kepada masyarakat. Pengamal undang-undang, Salleh Buang berkata, kerajaan sewajarnya menyegerakan pelaksanaan hukuman kerja sosial sebagai hukuman alternatif terhadap kesalahan-kesalahan ringan di masa akan datang. ``Banyak kesalahan-kesalahan ringan yang lain juga boleh dipindahkan kepada hukuman kerja kemasyarakatan bagi menimbulkan rasa bertanggungjawab di kalangan pesalah, katanya. Pesalah-pesalah yang dijatuhkan hukuman kerja sosial tidak akan merasa tertekan akibat tersisih daripada masyarakat sebaliknya memberi perspektif baru kepada mereka terhadap masyarakat. Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Azam Abdul Rahman berkata, hukuman kerja sosial yang melibatkan kerja-kerja kebajikan merupakan penyelesaian terbaik bagi memberi pengajaran kepada pesalah-pesalah yang melakukan kesalahan ringan. ``Kadang-kala, hukuman penjara adalah terlalu berat bagi kesalahan-kesalahan tersebut, justeru itu, hukuman kerja sosial adalah pilihan terbaik bagi meninggalkan kesan positif kepada pesalah terbabit, katanya. Sementara itu, orang ramai yang ditemui Utusan Malaysia turut bersetuju hukuman kerja sosial dikenakan kepada mereka yang didapati bersalah melakukan kesalahan-kesalahan ringan. Seorang pengurus syarikat swasta, Hamedi Zakariah, 40, berkata, pelaksanaan hukuman kerja sosial adalah lebih sesuai memandangkan ia dapat membentuk sahsiah diri yang lebih baik kepada para pesalah. ``Hukuman-hukuman yang dijatuhkan sewajarnya turut berdasarkan latar belakang pesalah dan faktor kesalahan tersebut dilakukan agar hukuman yang lebih sesuai dapat diputuskan, katanya. Kakitangan swasta, Datuk Bujang Ulis, 56 berkata, selain daripada dikenakan hukuman kerja sosial, pihak yang melakukan kesalahan ringan perlu juga diberikan perkhidmatan kaunseling. ``Khidmat kaunseling adalah langkah terbaik untuk mengetahui permasalahan yang menyebabkan mereka melakukan kesalahan-kesalahan tersebut dan pada masa yang sama memberi khidmat pemulihan, katanya. Profesor di universiti swasta, Datuk Dr. Ibrahim Ahmad Bajunid berkata, adalah menjadi hak untuk negara menghukum kepada mereka yang ingkar. ``Walau bagaimana pun, hukuman kerja sosial yang dicadangkan tersebut lebih efektif bagi mewujudkan satu masyarakat yang bersahsiah tinggi dan menanam semangat patriotik, katanya.
Undang-undang tetap undang-undang…itulah hakikat yang terpaksa dihadapi oleh Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi, 18, yang dijatuhi hukuman denda RM600 atau 14 hari penjara oleh Mahkamah Majistret Kangar Selasa kerana gagal menghadiri Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).Namun begitu kisah buruh dari Kampung Titi Serong, Jalan Kuala Perlis begitu menyentuh perasaan ramai orang sehingga ada yang sanggup untuk membayar denda untuknya.Ini merupakan kes pertama melibatkan 4,269 peserta PLKN yang gagal melaporkan diri pada siri pertama latihan itu tahun lalu yang dihadapkan ke mahkamah.Anak kedua daripada empat adik beradik itu mengaku tidak menyedari bahawa kegagalan menghadiri latihan PLKN sebagai satu kesala(Ipoh, Khamis): DAP menyeru Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menangguhkan sebarang tindakan mahkamah terhadap 8,599 remaja yang terpilih untuk PLKN tetapi gagal mendaftarkan diri sehingga perbincangan oleh Jawatankuasa Unit Perpaduan Kebangsaan di Parlimen. Menurut laporan, seramai 8,599 remaja yang terpilih untuk PLKN dan gagal mendaftarkan diri sehingga semalam, waran tangkap akan dikeluarkan dan mereka akan diheretkan ke mahkamah. Memandangkan Datuk Seri Najib telah mengumumkan persetujuan Kabinet terhadap cadangan penubuhan Jawatankuasa Unit Perpaduan Kebangsaan yang terdiri daripada ahli-ahli Parlimen dari Barisan Nasional dan Parti Pembangkang, di mana perkembangan PLKN, termasuk samada Program ini patut diteruskan atau dibatalkan, oleh itu, adalah wajar dan berpatutan tindakan terhadap 8,599 remaja ini ditangguhkan sehingga Jawatankuasa ini ditubuhkan dan membincangkannya secara terperinci. DAP ingin mengingatkan pihak Kementerian berkenaan implikasi negatif yang akan timbul samada terhadap imej Kerajaan atau individu yang terlibat, jika 8,599 remaja ini ditangkap dan diheretkan ke mahkamah. Objektif Program ini adalah bertujuan untuk membentuk displin, perpaduan dan patrioisme. Oleh itu, kegagalan remaja ini menghadiri program ini selepas mereka dipilih tidak seharusnya dipandang satu kesalahan yang serius, lebih-lebih lagi, di dalam satu situasi di mana perlaksanaan Program ini dari awalnya tidak dapat memberi keyakinan kepada orangramai serta penyebaran maklumat berkenaannya tidak menyeluruh. Akta bagi Program ini yang telah diluluskan di dalam Dewan Rakyat secara tergesa-gesa pada bulan Jun tahun lalu dan ini telah menimbulkan pelbagai masalah di dalam perlaksanaan seperti, infrastruktur yang tidak lengkap, kelayakan jurulatih yang kurang memuaskan, kejadian rogol, pergaduhan, penyalahgunaan dadah, kecurian, gangguan seksual termasuk dua kejadian mati lemas pelatih. Oleh itu, adalah patut dan wajar Parlimen memikul tanggungjawab ini dan tidak pula menghukum 8,599 remaja yang gagal tampil ke hadapan . Ia hanya munasabah dan logik bagi pihak Kementerian mencari faktor-faktor mereka enggan menyertai program ini. Tambahan, jika 8,599 orang remaja ini dihukum denda atu penjara, ia akan meninggalkan rekod jenayah ke atas nama mereka, yang secara tidak langsung akan menjejaskan masa depan mereka. Akta Latihan Khidmat Negara memperuntukkan denda maksimum RM 3,000 atau penjara maksimum 6 bulan atau kedua-duanya ke atas mereka yang gagal menghadiri Program ini jika terpilih. Oleh itu, DAP menyeru Datuk Seri Najib menubuhkan Jawatankuasa Unit Perpaduan Kebangsaan dengan segera bagi membolehkan ahli-ahli Parlimen membincangkan terperinci Program ini termasuk isu berkenaan 8,599 orang remaja yang gagal melaporkan diri. (24/6/2004) han dan merayu hukuman ringan kerana beliau perlu membantu menyara keluarganya yang miskin
-
1 comment:
Memang tak patut, ni sebab polis dgn mahkamah ikut undang2 secara statik, tak blh guna budi bicara, tak de rasa simpati kat pesalah. undang2 kat malaysia perlu diubah segera sebelum keadaan jadi lebih teruk
Post a Comment