Pesawat Airbus 320 Air Asia AK0956 yang sepatutnya berlepas pada jam 1900 ditunda ke 2030, notis penangguhan diberikan melalui sms pada jam 1530, nasib baik pada masa tu saya masih berada di KL Sentral. Kalau tidak terpaksa la tunggu lama giler kat LCCT. Apa yang menarik pada tarikh itu ialah berlangsungnya 3 pilihanraya kecil di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai. Malam kemarin saya juga turut serta memberikan sokongan padu kepada calon PKR Bukit Selambau. Ceramah grand finale PKR diadakan di Taman Ria, Sungai Petani dari pukul 9 hingga 12 mlm. Saya hadir bersama saudara Hamed (Utara Network). Ternyata ceramah terakhir PKR mendapat sambutan hangat dari orang ramai yang terdiri dari pelbagai bangsa. Anggaran kasar kehadiran orang ramai sekitar 5 ribu orang walaupun hujan renyai turun semasa ceramah sedang dijalankan. Turut memberikan ucapan ialah Ustaz Badrulaman (PAS), Azmin Ali (PKR ), dan beberapa orang ahli parlimen dan adun PAS, DAP dan PKR. Penceramah yang dinanti-nantikan pada malam itu yang tak asing lagi Dato Sri Anwar Ibrahim yang memberikan semangat kepada para pengundi Bukit Selambau untuk memberikan isyarat yang jelas kepada BN yang mereka mahukan perubahan kerajaan pusat dalam masa terdekat.
Habis ceramah terus drive balik rumah sampai dalam pkl 130 pagi, terus packing brg2 utk trip ke Indon ni. Dari Alor Star saya naik pesawat ATR 72 Firefly ke Subang, dari situ naik bas ke KL Sentral. Untuk maklumat semua, Firefly sedang mengadakan tambang promo dari Alor Star ke Subang dgn hanya RM 35 sahaja, makanan ringan diberikan percuma. Flight dari Alor Star ke Subang ambik masa selama 1 jam 10 minit. Sampai saja kat KL Sentral terus ambik LRT ke Gombak jumpa travel partner – Rafhan. Dia dok di Gombak dekat UIA, tahun lepas dia ikut trip ke Singapore dgn saya. Sebenarnya dia ni bekas roommate dan junior saya kat USM Tronoh dulu. Dia keja agen insurans, masih bujang lagi, ada angan2 nak cari bini orang Bandung, tu yang dia excited sgt kat pi Indon. Dari KL Sentral ke LCCT ada banyak cara, yang paling murah naik shuttle bas KL Sentral – LCCT tambang rm 8, masa lebih kurang 1 jam, kalau nak cepat lagi naik KLIA Express – 30 minit, tambang rm 30.
Plan asal memang la nak naik bas ke LCCT, tapi Rafhan bagi tau last minit yang kawan dia(Mus) nak tolong p hantar kat LCCT, actually kawan dia ni pun nak join skali trip p Jakarta ni, tapi last minit dia tak jadi pula sebab ada hal penting. Tiket flight dia dah booking, cancel last minit. Saya sampai kat Hentian Putra, Gombak dalam pkl 4, terus pi pejabat Mus kat Ampang Hilir, dia keja akauntan. Syarikat tempat dia keja tu jual kereta import – BMW, Merc, Audi, dan kereta2 yang harga rm 100 ribu ke atas. Kami lepak kat pejabat dia sampai pukul 5.30, lepas tu dia hantar kami ke LCTT guna kereta rafhan. Sampai kat LCCT dekat pukul 7 ptg, terus check in msk balai berlepas. Sambil dok tunggu nak naik flight kami pi solat dulu . Masa scan bag nak masuk ke balai berlepas rafhan kantoi dgn security, kat dalam bag da ada pisau kecik dan mineral water. So pisau dgn mineral water tu kena rampas la, dia ni mungkin tak pro lagi naik flight, masih novis lagi.
Tepat jam 830 mlm pesawat Airbus 329 Airasia AK0956 berlepas menuju ke Jakarta. Cuaca kat KL agak baik, penerbangan berjalan lancar. Tapi bila menghampiri pulau Jawa, hujan turun agak lepas dgn angin agak kuat. Bagaimanapun semuanya selamat, tidak mslh besar, walaupun ruang udara Jakarta berkabus tebal. Pesawat selamat mendarat kat lapangan terbang Sukarno-Hatta di Jakarta dalam pukul 10.30 waktu Malaysia, pukul 930 mlm waktu Indonesia. Perjalanan sejauh hampir 2 ribu kilometer mengambil masa 2 jam dengan kelajuan pesawat 900km/jam pada altitude 30 ribu kaki atau 10km. Ni first kami jejak kaki kat airport ni, sebelum ni saya dah jejak kaki kat airport kat Singapore, Bangkok, KLIA, LCCT, Medan, Siam Riep. Ternyata airport ni agak ketinggalan dari segi rekabentuk dan prasarana berbanding Singapore, Bangkok dan KLIA.
Lepas turun pesawat terus kami menuju ke pemeriksaan imegresen. Kat situ timbul satu masalah besar, saya lupa print copy return tiket balik ke KL. Prosedur untuk masuk ke Indonesia pada masa sekarang perlu sesorang itu ada passport yg sah, visa (warganegara Malaysia tak perlu visa) dan terun tiket. Jadi pegawai imegresen kat situ tak bagi kami teruskan perjalanan kalau tak tunjuk return tiket kat dia. Saya plan nak buka laptop, guna wifi msk website airasia dan tunjuk tiket online kat dia. Tapi masalahnya kat situ tadak wifi (airport ni dah ketinggalan zaman), kat LCCT, Bangkok, SIngpore semua dah ada WIFI. Kemudian kami try pi kat kaunter MAS dekat kaunter imegresen, tapi depa tak mau tolong sebab depa hanya layan customer MAS shj, dia suruh kami cari staf Airasia yang slalu dok lepak kat kaunter imegresen, tapi waktu tu tadak pun. Sepatutnya Airasia kena buka satu kaunter customer servis mcm kaunter MAS untuk bantu pelanggan yang bermasalah macam kami ni. Lepas dok pusing kat situ lebih kurang 30 minit baru la jumpa staf airasia ni. Kami pun srh dia tolong print sat copy return tiket tu, dia kata no problem, lepas dia minta detail booking flight kami, lps 5 minit dia mai hantar copy return tiket tu. Lepas tu terus kami blh masuk , lepas chop passport, scan bag kat kastam, terus kami ke gate F utk cari bas ke pusat Bandar Jakarta. Lepas tunggu 15 minit kat gate F, baru ada bas smpai. Tambang dari airport ke pusat Bandar Jakarta ialah sebanyak 25 ribu rupiah sorang. Untuk maklumat umum tukaran mata wang semasa rm 1 sama dgn 3 ribu rupiah lebih sikit. Utk trip ke Jakarta ni sy bawa 2 3 juta rupiah, kat sini senang saja nak jadi jutawan. Sbb tu ramai org indon jutawan. Hahaha…
Kami turun kat depan stesen keretapi Gambir kat pusat Bandar Jakarta. Sampai kat situ dalam pukul 11 malam waktu Indonesia. Kemudian kami naik bechak (motor roda 3, kat Bangkok panggil Tut Tut) ke hotel Margot kat Jalan Jaksa, tambang 15 ribu rupih sorang, ambik masa 5 minit. Lepas check in kami keluar ronda2 sambil cari makan. Kos stay kat hotel tu 220 ribu rupiah . bilik blh la tahan, ada cable tv skali breakfast. Lebih kurang Hotel Marriot juga la, tapi murah lagi. Bajet kena jaga juga, byk lagi duit nak juga sbb bln 5 nak p ronda Borneo pula. Masa ronda2 sekitar Jalan Jaksa baru teringat nak check result by election kat 2 bukit 1 batang. Sebenarnya Jalan Jaksa ni tempat backpacker foreigner stay waktu dok Jakarta. Tapi saya tgk biasa saja, tak la best mcm Khao San Road kat Bangkok dan juga Petaling Street kat KL. Kami jumpa 1 cc terus surf internet msk themalaysianinsider.com, seperti yang dijangka PKR menang di Bukit Selambau, PAS menang di Bukit Gantang dgn majority yang lebih besar. Nampak gaya Najib nak cipta rekod baru jadi PM paling singkat dalam sejarah. Lepas dapat berita gembira tu kami pun p makan kat café area Jalan Jaksa. Makanan kat café ni lebih kurang mcm kat Malaysia la, nama café pun ada KL. Kami order nasi beriani ayam goreng, fries, udang goring tepung, fresh orange . semua skali 85 ribu rupiah. Lepas makan kenyang kami pun balik ke hotel, time dah pkl 1 waktu indon, pkl 2 waktu Malaysia. Sebelum tu kami beli sim kad indon, saja nak testing indon punya line. Kos 15 ribu rupiah, operator dia nama simPATI Pe De, no dia 081288033174. Kat bilik kami dok try call dgn sms balik Malaysia guna sim kad indon ni. Adalah lebih murah call/sms guna sim kad indon balik Malaysia daripada guna sim kad Malaysia ambik roaming kat indon, sms saja rm 3/sms utk sms dari indon ke Malaysia guna hotlink 017. Lepas lepak2 pkl 3 baru terlelap.
Bangun pkl 8 pagi, lepas mandi terus p breakfast (free) kat café hotel. Makan nasi goring dgn kopi o panas. Kat situ ada Wifi, so kami bawa laptop terus surf internet tgk perkembangan saham dan juga berita terkini terutamanya berkaitan pilihanraya 2 bukit 1 batang. Lepas dok 1 jam kat café kami balik ke bilik packing barang2 nak check out nak p bandung. Kami kena kluar awal sikit sbb ada kemungkinan tiket train akan habis waktu petang disebabkan oleh cuti umum pada hari khamis 9/4/09 sempena pilihanraya umum di Indonesia (kat indon dipanggil pemilu = pilihanraya). Kami check out pkl 11 ambik teksi Vios utk ke stesen keretapi Gambir, timing dalam 15 minit sbb jammed, tambang 15 ribu rupiah guna meter, lagi murah dari naik bechak semalam. Lain kalau sapa mai Jakarta naik la teksi Vios yg pakai meter, lagi cepat, murah dan selesa. Sampai kat stesen Gambir, saya suruh Rafhan beli tiket ke Bandung ( bisnis class) 25 ribu rupiah utk 1 tiket. Waktu bertolak pada pkl 130, jadi sementara kami nak tunggu train ke Bandung, kami pi makan dulu kat café berdekatan, makan makanan indon – bakso dgn es campur. Untuk maklumat umum, Jakarta mempunyai populasi penduduk sebanyak lebih 9 juta orang (berbanding KL 1.8 juta orang) , majoritinya berbangsa jawa yang beragama islam. Juga terdapat minoriti beragama kristian (berbangsa jawa, melayu, dll) dan lain2 (budda,hindu, etc). Pun begitu walaupun ramai penganut islam di Indonesia, perlembagaannya tidak ada rujukan berkaitan islam, dengan kata lain perlembagaanya berlandaskan system sekular yang liberal. Jadi kalau anda nak travel ke Jakarta dan Bandung tak perlu risau masalah mendapatkan makanan halal. Dari segi sejarah nama asal Jakrta ialah Batavia yang merupakan sebuah Bandar pelabuhan yang dibuka oleh penjajah Belanda pada tahun 1619. Pada hari ke-2 kami di Indonesia adalah hari pemilu (pemilihan umum) atau pilihanraya umum di Malaysia. Proses pilihanraya di Indonesia agak berbeza dgn kat Malaysia dimana poster2 kempen kurang kelihatan, rapat umum tidak begitu kelihatan, ianya selalunya diadakan di tempat tertutup. Bagaimanapun tv dan suratkhabar di Indonesia mempunyai waktu siaran tertentu untuk semua parti2 yg bertanding untuk berkempen.
Tepat jam 130 waktu Indon, train ke Bandung mula bergerak. Perjalanan ke Bandung sejauh lebih kurang 200 km dari Jakarta mengambil masa lebih kurang 3 jam. Bandung adalah sebuah Bandar perlancongan tanah tinggi yang mempunyai byk kilang tekstil dan universiti2. Pemandangan sepanjang perjalanan agak menarik, kadang2 tak menarik juga bila melalui area penduduk miskin. Kami sampai kat bandung lebih kurang pukul 430 petang, terus naik angkot (van) ke hotel Puri Tomat kat Dago. Perjalanan dari stesen keretapi Bandung ke hotel ni ambik masa 20 minit dgn kos 6 ribu rupiah utk 2 org. Kos menginap di hotel ni sebanyak 170ribu rupiah utk 1 mlm, kami nak stay 2 malam. Hotel ni ditempah oleh kawan internet Rafhan yg bernama Ratna Dewi, seorang gadis Sunday g dok kat Bandung. Secara amnya hotel agak sederhana, ada hot shower, cable tv tapi tak da aircon sbb suhu kat Bandung sekitar 22 darjah Celsius, jadi tak perlu aircon la..
Pada hari ke-2 kat Bandung kami bangun awal dalam pukul 7, lepas mandi terus ke kafe hotel utk breakfast free, mcm biasa nasi goring dgn tea o panas. Lepas breakfast kami gerak ke Gunung Tangkupan Perahu yang merupakan sebuah gunung berapi yg dah lama pencen (tak aktif). Ni lokasi yang agak terkenal di kota Bandung. Kota Bandung memang terkenal dgn bandar percutian tanah tinggi (768m) , terdapat banyak universiti ( Institut Teknologi Bandung, Universitas Pendidikan,etc) byk kilang2 tekstil, ladang2 the, pelbagai makanan menarik seperti masakan sunda dan tempat bersejarah era penjajahan Belanda. Digelar sebagai Paris Of Java oleh Belanda, kota tanah tinggi ini adalah merupakan lokasi pentadbiran penting dizaman penjajahan Belanda di tanah Java. Terdapat banyak hotel2 pada harga yg berpatutan di sekitar kota Bandung. Disini juga terdapat banyak produk tanaman tanah tinggi seperti bunga, strawberry, the dan lain2. Nickname bagi Bandung ialah Kota Kembang yang merujuk kepada bunga yang pernah ditanam secara komersial pada masa lepas. Dengan penduduk melebihi 2.7 juta orang yang majoritinya beragama islam , kota Bandung memang agak sesak dan sibuk . Jalan raya agak berserabut dan kurang terurus. Medium pengangkutan awam utama disini menggunakan ‘angkot’ bermaksud – angkutan kota. Ianya adalah sebuah van dgn 8 tempat duduk, kos perjalanan 2 ribu rupiah pada jarak 2-4 km. Apa yang menarik yang saya lihat di kota Bandung ni mempunyai ramai cewek2 (gadis) yang cantik2, kulit putih melepak. Kebanyakannya adalah keturunan Sunda yang terkenal dengan kecantikan semula jadi tinggal di kawasan tanah tinggi.
Perjalanan dari kota Bandung ke gunung Tangkuban Perahu yg terletak kat utara Bandung mengambil masa hampir 2 jam menggunakan angkot yg terpaksa tukar 3 kali. Kos tambang sebanyak 70 ribu rupiah seorang. Pemandangan yang memukau mata boleh dilihat di puncak gunung tersebut yang terdapat kawah gunung berapi. Kawasan sekitar puncak itu berbau sulfur seperti bau telur busuk. Ramai pelancong tempatan dan antarabangsa yang melawat ke situ pada hari ni. Kami ronda2 sekitara gunung sambil ambil gambar untuk kenangan. Banyak gerai jualan cenderahati dan makanan terdapat di puncak gunung yang berketinggian 2084m. Apa yang kurang menarik kat situ adalah terdapat ramai penjual jalanan yang datang menghampiri setiap pelawat utk menjual cendarahati dgn harga yang agak mahal. Mereka mengikut ke mana saja saya bergerak. Siap dia offer tolong ambik gambar, bagi maklumat pasai gunung, tolong cari Rafhan yang sesat lagi. Last sekali saya beli juga tasbih kecil dgn harga 20 ribu rupiah. Kat situ juga kami makan makanan yang famous kat Bandung iaitu ketan – pulut bakar yg diletak kuah kacang di dalamnya. Lepas tu kami pekena tea halia panas untuk panaskan badan kerana suhu kat atas gunung tu agak sejuk walaupun di tengah hari.
Lepas solat zohor atas puncak gunung berapi tu kami bergerak turun naik angkot untuk ke Sari Ater yg merupakan kawasan kolam air panas semulajadi. Perjalanan ambik masa 30 minit melintasi ladang2 tea yang mempunyai pemandangan yang menarik. Taman rekreasi Sari Ater menyediakan kemudahan riadah seperti kolam air panas, flying fox, tunggang kuda, dan banyak lagi aktiviti2 outdoor. Ramai pelancong tempatan yg datang pada hari ni sempena cuti umum pilihanraya Indonesia. Ramai yang datang mandi-manda dikolam air panas semulajadi dan juga berkelah bersama family. Harga tiket masuk ke taman rekreasi ni sebanyak 15 ribu sorang. Rafhan tak lepaskan peluang utk mandi air panas kat situ. Lepas relak kat situ selama 2 jam kami pun bertolak ke kota Bandung untuk shopping sikit. Perjalananan dari Seri Ater ke pusat Bandar kota Bandung ambik masa 1 jam lebih naik angkot. Jalan2 kat Bandung memang selalu jammed, sebab tu ambik masa yang agak lama. Kami shopping kat kedai2 factory oulet yang jual baju2 dan seluar jean berkualiti dgn harga yang murah. Saya beli seluar jean BMW dan t-shirt, Rafhan beli baju batik dgn t-shirt. Lepas shopping kami p makan malam kat kedai makan Sunda. Kat sini kedai makan atau restoran dipanggil rumah makan. Antara menu menarik kat sini ialah pepes ikan, nasi timbel, laksa bandung dan banyak lagi. Juga makanan2 lain yang agak terkenal di kota Bandung ialah brownies (kek coklat) , kerepek pisang raja, the botol dan lain2 . Lepas makan kami ronda2 sekitar Bandung lepas t uterus balik ke hotel smpai dalam pkl 1030 mlm dan apa lagi terus tidor la lepas penat mendaki gunung berapi tu.
Pada hari ketiga (jumaat 10/4/09) kami check out pkl 9 pagi terus naik angkot ke Pasar Baru, sebuah tempat membeli belah tumpuan masyarakat tempatan dan pelancong tempatan. Berbanding gedung2 membeli belah, factory outlet dan distribution outlet yang menjadi tumpuan pelancong luar serta pelancong tempatan kelas pertengahan ke atas, barang2 di sini lebih murah sekitar 20-30%. Kat situ sy beli kain batik, kupiah jawa, kain pelekat dan makanan2 unik di Bandung seperti brownies, strayberry, kerepek pisang raja dan lain2 sebagai ole2 untuk dibawa balik ke Malaysia. Setelah hampir 2 jam shopping sakan kat pasar baru kami pun naik taksi vios ke terminas bas ekspress utk kembali ke Jakarta. Kali ini kami menuju Jakarta barat dekat Cekereng yg juga berdekatan airport. Tempoh perjalanan ke Jakarta hampir 3 jam melalui lebuh raya . Tambang 35 ribu rupiah, secara amnya perjalanan agak selesa da n lebih cepat berbanding menaiki keretapi. Kami sampai ke terminal bas Kali Deres pkl 4.30 petang, terus ambik taksi vios ke hotel yg paling dekat dengan airport yang bernama Huzwah Transit Hotel. Kadar bilik ialah 150 rupiah sahaja. Hotel ini agak strategik kerana dekat dgn airport kerana flight kamipagi esok pada pkl 8 pagi, jadi pkl 6 pagi dah kena ready kat airport. Kalau stay kat Jakarta pusat, perjalanan dari situ ke airport ambil masa 1 jam.
Selepas check in, kami kluar ronda sekitar Jakarta barat. Ambik taksi vios ke Tanjong Periuk , sebuah kawasan pelabuhan utama di Indonesia. Pelabuhan ini terletak di laut Java yang memang terkenal dengan ombak yang ganas, banyak kapal telah tewas di laut jawa. Di situ kami berpeluang melihat matahari terbenam di laut jawa, ronda2 sekitar Tanjong Periuk serta makan masakan padang. Pada perjalanan balik kami berpeluang melihat bandaraya Jakarta pada waktu malam. Bandaraya cosmopolitan yang agak besar ini agak meriah pada waktu malam, bagaimanapun pengurusan lalu lintas yang agak kurang terurus, jalan sesak, ramai yang tidak ikut undang2 jalan raya. Tambahan pula ramai peminta sedekah yang berkeliaran di merata2. Ada peminta sedekah remaja dan kanak2 yang bermain alat music dan menyanyi atas bas , di trafik light untuk meminta sedekah. Ini menunjukan kadar kemiskinan yang agak teruk berlaku di Indonesia. Perbezaan golongan kaya dengan miskin amat besar jurangnya.
Pada hari ke-4 kami bangun awal dalam pukul 4 pagi disebabkan oleh timing flight balik ke KL dalam pukul 8 pagi. Ikut prosedur Air Asia para penumpang harus sampai ke airport 2 jam sebelum waktu pesawat berlepas. Kalau datang lewat dah tak boleh check in. Paling lambat boleh check in 1 jam sebelum pesawat berlepas. Lepas solat subuh dalam pkl 5.30 pagi terus kami bergerak ke airport menggunakan transport percuma yang disediakan oleh pihak hotel. Sampai ke airport dalam pukul 5.45 terus saya tersedar tertinggal pda kat hotel, terus call hotel srh tolong check kat bilik, confirmed ada tertinggal kat bilik, saya pun patah balik ambik pda tu. Rafhan masuk check in dulu. Saya kembali semula ke airport dalam pukul 6.20 terus check in. Sebelum tu sempat pi beli burger kat A&W untuk breakfast kat departure hall. Kat airport ni ada bayaran 150 ribu rupiah (lebih kurang rm 50) utk departure tax antarabangsa. Tepat pkl 825 pagi waktu Jakarta pesawat Airbus 30 Air Asia flight no 953 pun berlepas menuju ke LCCT Sepang, Malaysia. Cuaca agak baik, walaupun pesawat terbang pada paras 10 ribu meter, saya masih dapat nampak daratan dan lautan. Pemandangan memang cantik dan memukau mata. Pesawat selamat mendarat kat LCCT pkl 12.15 waktu Malaysia, terus ambik bas shuttle ke KL Central dan lepas kat star buck minum Coffe Mocha Cuppercino sambil surfing internet check email, check stok dan update blog ni. Sekian…..wslm
Pesawat Airbus 320 Air Asia AK 956 yang sepatutnya berlepas pada jam 1900 ditunda ke 2030, notis penangguhan diberikan melalui sms pada jam 1530, nasib baik pada masa tu saya masih berada di KL Central. Kalau tidak terpaksa la tunggu lama giler kat LCCT. Apa yang menarik pada tarikh itu ialah berlangsungnya 3 pilihanraya kecil di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai. Malam kemarin saya juga turut serta memberikan sokongan padu kepada calon PKR Bukit Selambau. Ceramah grand finale PKR diadakan di Taman Ria, Sungai Petani dari pukul 9 hingga 12 mlm. Saya hadir bersama saudari Hamed (Utara Network).
Ternyata ceramah terakhir PKR mendapat sambutan hangat dari orang ramai yang terdiri dari pelbagai bangsa. Anggaran kasar kehadiran orang ramai sekitar 5 ribu orang walaupun hujan renyai turun semasa ceramah sedang dijalankan. Turut memberikan ucapan ialah Ustaz Badrulaman (PAS), Azmin Ali (PKR ), dan beberapa orang ahli parlimen dan adun PAS, DAP dan PKR. Penceramah yang dinanti-nantikan pada malam itu yang tak asing lagi Dato Sri Anwar Ibrahim yang memberikan semangat kepada para pengundi Bukit Selambau untuk memberikan isyarat yang jelas kepada BN yang mereka mahukan perubahan kerajaan pusat dalam masa terdekat.
Habis ceramah terus drive balik rumah sampai dalam pkl 130 pagi, terus packing brg2 utk trip ke Indon ni. Dari Alor Star saya naik pesawat ATR 72 Firefly ke Subang, dari situ naik bas ke KL Sentral. Untuk maklumat semua, Firefly sedang mengadakan tambang promo dari Alor Star ke Subang dgn hanya RM 35 sahaja, makanan ringan diberikan percuma. Flight dari Alor Star ke Subang ambik masa selama 1 jam 10 minit. Sampai saja kat KL Sentral terus ambik LRT ke Gombak jumpa travel partner – Rafhan. Dia dok di Gombak dekat UIA, tahun lepas dia ikut trip ke Singapore dgn saya. Sebenarnya dia ni bekas roommate dan junior saya kat USM Tronoh dulu. Dia keja agen insurans, masih bujang lagi, ada angan2 nak cari bini orang Bandung, tu yang dia excited sgt kat pi Indon. Dari KL Sentral ke LCCT ada banyak cara, yang paling murah naik shuttle bas KL Sentral – LCCT tambang rm 8, masa lebih kurang 1 jam, kalau nak cepat lagi naik KLIA Express – 30 minit, tambang rm 70.
PS- byk lg gmbr2 akan diupload kemudian
Trip2 yang belum dimasukkan ke blog :-
- Trip ke Medan dan Danau Toba 2008
- Trip Ke Bangkok dan Cambodia 2009
-
2 comments:
Salam,
I like the BLOG title.
Hidup Kodiang,
:-)
Syok betul jalan2 makan angin tengok negara org..kena apply cuti lepas ni..
Post a Comment