Friday, August 14, 2009

Catitan Trip Ke Pattani-Yala-Narathiwat Ogos 2009

Wilayah selatan Thailand yang sedang bergolak menimbulkan keinginan untuk saya melawat biarpun berkemungkinan bakal mengundang risiko yang tidak diduga. Namun begitu sy memang jenis yang berani ambil risiko asalkan nisbah risk : reward bernilai positif (menuruk Robert kiyosaki dalam bukunya Retired Young Retired Rich ) . Antara wilayah2 yang bergolak itu ialah Pattani, Yala dan Narathiwat. Kumpulan pejuang pemisah melayu pattani telah melancarkan serangan2 gerila terhadap pasukan keselamatan dan orang awam menyebabkan kematian mencecah ribuan orang sejak tahun 2004. Krisis yang masih tiada penyelesaian ini telah menyebabkan wilayah2 terbabit kurang dikunjungi oleh pelancong2 luar. Sebelum krisis berlaku ramai rakyat melaysia berkunjung ke wilayah2 terbabit yang sebahagian besar masyaraktnya berketurunan melayu dan beragama islam. Mengikut sejarah wilayah Pattani, Yala dan Narathiwat adalah sebahagian daripada kerajaan melayu Kedah sejak kurun yang ke 12. Malangnya pihak British telah memberikan wilayah ini kepada kerajaan Siam sejak tahun 1990an atas sebab2 tertentu. Sepatutnya wilayah terbabit menjadi sebahagian dari Negara Malaysia disebabkan oleh faktor geografi, keturunan dan agama penduduk asal di kawasan terbabit.
Perjalanan saya bermula dari Bukit Kayu Hitam menyeberangi sempadan Malaysia-Thailand melalui Dannok dan seterusnya menaiki mini bas ke stesen bas Hatyai dengan tambang 55 baht untuk perjalanan sejauh lebih kurang 50 km dengan mengambil masa lebih kurang 1 jam. Dari stesen hatyai seterusnya saya menaiki bas mini (van) ke Bandar Pattani dengan tambang 100baht untuk perjalanan sejauh 100km mengambil masa lebih kurang 1jam 30minit. Sampai ke Bandar Pattani pada pukul 4 ptg waktu tempatan (waktu Thailand awal 1 jam dari waktu Malaysia) . Dari stesen bas Pattani sy menaiki teksi motor ke Hotel My Garden dgn bayaran tambang 2 baht. Kadar harga bilik di hotel itu sebanyak 550baht , bilik agak luas dan selesa tapi tiada kemudahan internet. Jadi untuk guna internet sy terpaksa pergi ke cc berdekatan dgn kos 2 baht sejam. Ada banyak cc kat Bandar Pattani, sy lihat ramai budak2 byk dok main online games macam cc2 kat Malaysia. Sebelah petang sy berjalan ronda2 sekitar Bandar Pattani sambil ambil gambar2 dan mencuba makanan2 tempatan yang agak berlainan dari makanan2 kat Malaysia. Kebanyakan orang melayu Pattani boleh faham cakap melayu, jadi tiada masalah komunikasi seperti yang sy alami kat Satun. Biarpun Bandar Pattani agak kecil namun pemandangannya agak cantik sebab terletak berdekatan laut. Kebanyakan penduduknya bekerja sebagai nelayan dan mengusahakan perusahaan berkaitan hasil laut. Bandarnya agak tenang dan tiada kesesakan lalu lintas.
Pada pagi hari ke-2 sy berada kat Bandar Pattani, sy bergerak tempat2 menarik kat Pattani seperti masjid Pattani, Kubur raja Pattani, Univ ersiti Prince of Songkla cawangan Pattani, taman reakrasi dan lain2 lagi. Sy menaiki teksi motor yg dipandu oleh pak cik mohamad yg merupakan penduduk asal Pattani . Beliau pernah bekerja kat Pulau Pinang semasa zaman muda dulu. Beliau banyak memberikan maklumat2 berkaitan Bandar dan wilayah Pattani. Selepas 3 jam bergerak dengan teksi motor sekitar Pattani sy kembali ke hotel untuk check out. Tambang yang dikenakan oleh pakcik mohamad ialah sebanyak 300 baht, lebih kurang rm 30.
Pada pukul 12 tengahari waktu tempatan sy bergerak ke Bandar Yala dengan menaiki teksi . Teksi ini dinaiki sekali oleh 4 orang warga tempatan, bayaran sorang sebanyak 50 baht. Perjalanan ke Bandar Yala sejauh 40 km dari Pattani memakan masa lebih kurang 30 minit. Kat Yala saya menginap kat hotel Yala Rama dengan kos 390 baht. Bilik lebih luas dari hotel kat Pattani. Saya mendapat bilik kat tingkat 8 yang mempunyai pemandangan luas Bandar Yala. Bandar Yala 2 kali ganda lebih besar dari Bandar Pattani. Bandar ini mempunyai stesen keretapi yang menghubungkan Sungai Golok di wilayah Narathiwat dan Hatyai di wilayah Songkla. Hotel ini terletak berdekatan stesen keretapi Yala. Pada sebelah petang saya keluar ronda2 sekitar Bandar Yala sambil mengambil gambar2 serta berkenalan dengan orang2 tempatan. Ramai juga warga tempatan berturunan melayu yang boleh cakap melayu. Wilayah Yala yang bersempadan dengan negeri kedah dan perak terkenal dengan hutan dan bukit bukau yang luas, buah-buahan tempatan seperti durian, dokong, rambutan memang banyak terdapat serta murah disini. Bandar Betong berdekatan Pengkalan Hulu, Perak adalah bandar yang terletak diwilayah Yala. Bandar Yala agak teratur, bersih dan tenteram. Dengan penduduk yang majority beragama islam, terdapat banyak masjid kat Bandar Yala. Pada waktu magrib dan isyak kedengaran azan berkumandang di sekitar Bandar Yala. Selepas pkl 9 malam,Bandar Yala jadi sepi, kebanyakkan kedai telah ditutup kecuali 7-11 yg banyak terdapat di mana bandar atau pekan di negeri Thailand. Saya nampak askar2 meronda di lorong2 kecil sekitar bandar membawa lampu suluh serta lengkap bersenjata M-16. Memang kehadiran askar2 amat jelas kelihatan di wilayah2 selatan Thailand kecuali Satun. Setiap 5 km ada sekatan jalan raya siap skali kawat berduri serta guni pasir yang dijadikan kubu kecil atas atau tepi jalan raya. Juga ditempat2 awam seperti sekolah, pasaraya, pejabat2 kerajaan terhadap kehadiran askar2 lengkap bersenjata meronda2.
Pada hari ke-3 saya bergerak menuju ke Bandar Narathiwat dengan menaiki keretapi. Sebelum itu sy berpeluang melihat perarakan berpancaragam para pelajar sekolah sempena hari jadi raja perempuan siam. Keluar dari hotel pukul 8 waktu tempatan, breakfast nasi kerabu dgn tea panas kat gerai depan hotel dgn kos 30 baht. Nasi kerabu ini agak special kerana ada pelbagai jenis ulama, telur separuh masak 1 biji, kuah budu dan lain2. Berbeza dengan nasi kerabu yg sy makan kat Kota Bharu, Kelantan. Kat Yala pun ada juga tempat nama Kota Baru. Perjalanan menaiki keretapi dari Bandar Yala ke Tanjung Mat memakan masa lebih 1 jam dengan tiket kelas kedua berharga 60 baht. Dari stesen Tanjung Mat sy menaiki tut-tut ke Bandar Narathiwat dengan tambang 2 baht, anggara jarak 15 km. Sampai ke Bandar Narathiwat pada pukul 12 tgh waktu tempatan terus ambik teksi motor milik pak cik mat yg pandai cakap melayu, selalu datang ke Malaysia. Pak cik Mat bawa sy melawat tempat2 menarik kat Bandar Narathiwat seperti pantai Narathiwat, Taksin Palace, Mesjid Narathiwat dan jalan2 sekitar Bandar. Bandar narathiwat kecil sedikit dari Bandar Pattani mempunyai pemandangan yang cantik sebab terletak berhampiran laut Teluk Thailand. Majoriti penduduk beragama islam dan berketurunan melayu dan kebanyakannya boleh cakap melayu. Saya makan tengah hari kat gerai tepi pantai Narathiwat, makan dengan pak cit mat, makan nasi dgn ikan siakap masak tiga rasa serta sup perut. Masakannya agak pedas tetapi sedap jugak, lain dari yg biasa sy makan kat Malaysia. Jumlah bayarannya ialah 300 baht, boleh tahan jugak. Kat Malaysia tak dapat harga macam tu.
Selepas 2 jam ronda sekitar Bandar Narathiwat , pak cik mat hantar saya ke stesen bas Narathiwat untuk naik mini bas (van) kembali ke Bandar Yala. Bayaran tambang yg dikenakan oleh pak mat ialah 200 baht. Sampai kat stesen bas pkl 2 petang waktu tempatan, terus beli tiket berharga 100 baht. Lepas tunggu hampir 3 jam baru mini bas ni bergerak sebab tunggu penumpang bagi penuh atau minimum 5 orang baru blh jalan. Boring juga tunggu lama2 kat stesen tu. Perjalanan dari Narathiwat ke Bandar Yala mengambil masa lebih 1 jam dengan jarak perjalanan hampir 100 km. Sampai kat hotel Yala Rama pada pukul 630 petang, hari dah gelap, awan mendung gelap, hujun turun renyai2.
Pada hari terakhir sy berada kat bandar Yala di Selatan Thailand, check out pkl 8.00 pagi, terus ke stesen keretapi beli tiket ke bandar Hatyai dengan kos 28 baht. Lebih kurang pukul 845 pagi keretapi dari Sungai Golok ke Surat Thani sampai, gerabak2 kebanyakann penuh sesak dengan penumpang. Perjalanan menaiki keretapi dari bandar Yala ke Hatyai mengambil masa lebih kurang 2 jam. Sampai kat hatyai lebih kurang pkl 11 pagi, terus beli tiket keretapi ke Padang Besar untuk balik Malaysia. Waktu perjalanan pada pukul 2.20 ptg waktu Thailand. Sementara menunggu keretapi , saya kluar ronda2 sekitar bandar Hatyai dan singgah minum kat hotel Crystal sambil guna internet Wifi secara percuma. Pada pukul 4 ptg waktu Thailand barulah keretapi KTM bergerak ke Padang Besar, sampai kat sana lebih kurang pukul 6.15 waktu Malaysia.
Ringkasan Perjalanan :-
- Jarak : 500 km
- Bajet : rm 300
- Pengangkutan awam : Mini Bas (Van), Keretapi, Tut-tut, Teksi Motor
- Jangkamasa : 4 hari 3 malam
- Risiko : Tinggi























































No comments: