-
Monday, August 3, 2009
Laporan Sekitar Demo Anti ISA Kat KL 010809
Kezaliman akta ISA memang tak dapat dinafikan lagi. Penahanan tanpa sebab, tanpa motif, tanpa waran, dikurung di pusat tahanan, tidak didakwa dimahkamah, tidak boleh ikat jamin, tahanan di dera secara fizikal dan mental serta emosi. Justeru itu saya sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, berani dan bertanggungjawab telah menyertai satu perhimpunan besar-besaran untuk membantah akta ISA. Perhimpunan Mansuh ISA ini telah mengegarkan pusat bandar Kuala Lumpur pada 1 Ogos 2009 dengan laungan 'mansuh ISA', 'reformasi', 'Allahuakhbar' . Sejak semalam polis telah mengadakan banyak sekatan ke laluan menuju ke Kuala Lumpur dan ke tempat perhimpunan tersebut. Tujuannya untuk menghalang orang ramai daripada menyertai perhimpunan tersebut.
Namun demikian, kira-kira 20 000 orang telah mengambil bahagian termasuk diri saya sekali. Kawasan sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman seperti SOGO, Masjid Jamek, Pasar Seni, Masjid Negara dan KL Sentral, tempat orang ramai berkumpul telah menjadi sasaran polis. Ramai telah ditangkap sejak sebelum perhimpunan bermula lagi kira-kira pukul 11.00 pagi. Seramai 36 orang telah ditahan polis.
Kira-kira pukul 2.00 petang, kekecohan berlaku apabila pihak anggota keselamatan mula cuba menyurai orang ramai dengan menggunakan gas pemedih mata serta semburan air kimia. Polis serta FRU cuba menakutkan orang ramai dengan mengugut untuk menangkap sesiapa yang tidak mahu bersurai. Saya dengar FRU memekik 'balik, balik, balik', ' jangan datang lagi'. Kemudian bunyi dentuman gas pemedih mata kedengaran, asap putih keluar berkepul2. Ramai yang bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri. Meriam air chemical ditembak secara rambang oleh jentera FRU berwarna merah seperti kereta bomba tapi lebih kecil sedikit. Saya terus mengambil perlindungan masuk ke dalam pertama komplek untuk seketika. Keadaan menjadi tenang buat seketika, jalan2 raya di kawasan sekitar menjadi kosong, hanya kelihatan polis dan FRU serta polis trafik di atas jalan. Namun kira-kira 10 000 orang mula berkumpul semula selepas itu.
Para pemimpin Pakatan Rakyat dan GMI sempat menyampai ucapan ringkas sebelum mereka bergerak ke Masjid Negara dalam perjalanan menuju ke Istana Negara untuk menyerahkan Deklarasi Rakyat. Malangnya, pergerakan mereka telah dihalang oleh pasukan polis. Lantaran itu, mereka mula menuju ke Ibu Pejabat PAS Pusat di Jalan Raja Laut.
Pihak polis cuba untuk memasuki bangunan Ibu Pejabat PAS Pusat tetapi tidak berjaya. Mereka juga bertindak melepaskan tembakan gas pemedih mata serta menyembur air kimia ke arah para peserta perhimpunan di situ.
Sehingga pukul 7.00 malam, seramai 438 orang telah ditangkap oleh pihak polis termasuk 37 wanita serta 38 orang kanak-kanak. Antara yang ditahan ialah para pemimpin Pakatan Rakyat.
Perhimpunan Mansuh ISA anjuran GMI ini bolehlah dianggap berjaya walaupun gagal menyerahkan Deklarasi Rakyat. Ini adalah kerana perhimpunan ini berjaya mengumpulkan lebih kurang 20 000 orang dalam keadaan pihak polis mengadakan banyak sekatan jalan raya di sekitar ibu kota.
gambar2 sekitar demo mansuh ISA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment