Ramai yang tidak tahu mengenai kewujudan pasaran hadapan. Kebanyakan daripada anda hanya mengetahui secara umum mengenai pasaran saham. Tetapi apabila disebut mengenai pasaran hadapan, memang tidak ramai tahu kepentingan & faedah kewujudan pasaran hadapan ini.
Pasaran hadapan seperti yang ditulis dalam website Bursa Malaysia:
“Derivatives are financial instruments used to manage one’s exposure to today’s volatile markets. A derivative product’s value depends upon and is derived from an underlying instrument, such as commodity prices, interest rates, indices, and share prices.”
Ini bermaksud, fungsi utama pasaran hadapan digunakan untuk pengurusan risiko (risk management) untuk mengimbangi portfolio anda. Walaupun para spekulator juga memasuki pasaran hadapan, tetapi pasaran hadapan juga adalah tempat yang penting untuk para pelabur professional mengurangkan risiko masing-masing dengan teknik tertentu.
Futures market adalah perkembangan dari spot market dan juga forward market. Untuk memudahkan kefahaman anda, ini analoginya:
Spot: Abu penjual buah nenas di pasar. Ali pembeli buah nenas dari Abu. Ali membayar RM 1 untuk sebiji nenas, dan mendapat buah nenas pada masa itu juga.
Forward: Abu penjual buah nenas. Samad pembuat jem nenas. Samad memerlukan nenas sebanyak 100 kg dalam tempoh 3 bulan lagi. Jadi, Samad berjumpa dengan Abu dan menawarkan harga RM 1 sebiji kerana bimbang harga nenas berkemungkinan naik menjadi RM 1.50 sebiji 3 bulan lagi. Samad mahukan nenas tersebut 3 bulan lagi dan bukannya sekarang.
Abu juga menerima tawaran harga RM 1 sebiji kerana dia juga bimbang harga akan menjadi RM 0.50 3 bulan lagi . Justeru, Abu juga bersetuju untuk menghantar 100 kg nenas 3 bulan dari sekarang dengan harga yang ditawarkan.
Futures: Abu peladang nenas. Samad pembuat jem nenas. Samad memerlukan 1 tan nenas dalam tempoh 3 bulan dari sekarang. Proses yang sama dibuat seperti forward contract di atas, tetapi kontrak itu dilakukan bukan diantara Samad dan Abu, tapi oleh pihak ketiga, yang dikenali sebagai Nenas Exchange.
Nenas Exchange yang menentukan harga dengan berdasarkan supply dan demand, serta mempunya data-data dan tugasan lainnya. Nenas Exchange juga adalah pihak yang menetapkan harga-harga nenas untuk semua yang terlibat dalam sektor nenas. Bukan sekadar jual-beli antara Abu dan Samad sahaja.
-
No comments:
Post a Comment