Friday, August 14, 2009

Lawatan Ke Yala, Pattani, Narathiwat 2003

Pada bulan Ogos 2003, penulis telah melawat wilayah selatan Thailand. Lawatan ke beberapa pondok dan sekolah agama. Suasana disana persis macam dalam negara kita . Cuma bezanya sekolah agama disana mendapat bantuan tahunan dari kerajaan setiap pelajar +- RM 300. Di sekolah setiap murid diberi makan tengahari percuma kerana waktu sekolah dari 8.30 pagi hingga 4 petang. Oleh kerana jam di Thailand mengikut perlajalan matahari sebenar, orang disana tak terkejar kejar masa pagi masuk pejabat dan sekolah.

Tidak seperti di Semenanjung gara gara nak selaras jam dengan Sabah Sarawak ramai kanak sekolah dan pekerja pejabat dan kilang tidak sempat solat subuh pada bulan- bulan Januari, Februari,Mac dan awal April. Pada bulan bulan itu waktu subuh masuk selepas jam 6 pagi.

Merata tempat di Yala,Patani dan Nara kelihatan banyak masjid dan surau. Orang sana cakap melayu loghat kelate. Cuma yang bezanya tulisan tulisan di papan kenyataan dan nombor plet kereta motor dalam bahasa Thai.

Rata rata boleh dikatakan 98 % kenderaan persendirian diatas jalan raya adalah jenis pickup disel..Kenderaan pickup disel pelbagai guna sangat popular disebabkan cukai jalan yang murah hanya lebih kurang RM 100 setahun .Campur dengan insuran RM 100 setahun menjadikan pikup kenderan pelbagi guna paling di minati. Pikup digunakan untuk mengangkut hasil dusun dan kebun oleh petani sendiri ke pasar.

Saya kira di negara kita masalah utama pemasaran hasil pertanian dapat di atasi sekiranya rakyat boleh memiliki kenderaan pikup disel dengan kos cukai dan insuran yang murah. Sebaliknya di negara kita hanya kontraktor dan mereka yang kaya saja memliki pikup 4 roda untuk berniaga, bergaya dan berlumba.

Sepatutnya cukai jalan pikup disel dinegara kita sama harga nya dengan traktor disel empat roda iaitu RM 100 setahun saja.Barulah ramai petani kita akan jadi petani peniaga macam di sana.

Lebuhraya mereka dua lorong macam kita. Sepanjang perjalanan 2 jam tak ada tol dan tak ada tanda had laju 110 km sejam macam kita. Cuma tanda kurangkan had laju bila sampai ke kawasan Bandar. Sepanjang tiga hari perjalanan di sana tiada jumpa satu kemalangan pun. Bandingkan setiap kali saya memandu dari KL ke utara atau Kelantan pasti jumpa paling kurang satu kemalangan. Kata pemandu van tambang yang saya tumpangi, kita boleh bawa pandu seberapa laju yang kita berani pandu. Perjalanan dari Golok ke Bangkok sejauh lebih 1,000 km tiada tol kecuali bila memasuki Bandar Bangkok menggunakan jalan bertingkat.

Harga petrol disel berbeza beza tiada kawalan harga macam kita. Ini menggalakan saingan sihat.

Kos sewa rumah sana juga murah. Kos makanan juga murah. Kos nak menikah lagi juga murah dan tak banyak karenah. Mungkin sebab itulah ramai orang Malaysia termasuk menteri kita pergi kesana untuk urusan nikah. Rami pelajar Malaysia belajar di pondok disana untuk tempoh yang lama . ada hingga 10 tahun. Kos sara hidup RM 70 sebulan sudah memadai untuk setiap pelajar.

Di bandar Yala, dan Patani ramai orang islam lelaki berkopiah dan wanita bertudung. Ramai juga yang berpurdah. Berkat usaha gigih para pendakwah,ulama dan tok guru pondok. Di Masjid masjid di Yala, setiap minggu beribu orang datang untuk hadir majlis ilmu tok guru atau majlis penerangan iman dan amal soleh oleh para pendakwah.

Yala,Patani dan Nara adalah destinasi yang bagus untuk bawa keluarga masa cuti sekolah. Disana banyak kawasan air terjun ,pantai bersih dan peginapan calet dan hotel juga murah.

Kalau anda nak memandu dengan kenderaan sendiri jangan lupa bawa salinan kad pendaftaran kenderaan dan surat izin tuan punya kenderaan sekiranya kereta pinjam. Beli dahulu insuran 3rd party di sempadan dengan harga tak sampai RM 30 untuk 9 hari perjalanan diThailand. Dapatkan peta Thai percuma di pejabat penerangan pelacung di sempadan sebelah Thai sana. Ini akan banyak membantu anda semasa memandu nanti.

Kalau nak beli baju raya anak, isteri dan diri sendiri anda boleh dapat banyak pilihan fesyen cantik dan bermutu tinggi ala arab oman,sudan,yaman, ala India Pakistan, ala melayu semua ada. Harga nya boleh ditawar hingga separuh dari harga di KL. Banyak kedai kain baju,jubah,gamis,tudung dan kopiah terdapat di perkarangan Masjid Dakwah di Yala. Pakaian ini adalah hasil kerja tangan dari penduduk kampung sekitar Yala,Petani dan Nara. Khabarnya malam 27 Ramadhan setiap tahun beribu orang akan datang ke Masjid Dakwah untuk hidupkan malam dengan qiamullail.

OLEH : SI SONGKOK TINGGI SRI PETALING
Dipetik dari laman web tranungkite.net

No comments: