Setelah mengembara ke destinasi2 luar negara, kali ini destinasi yang saya tujui ialah negeri yg diberi gelaran sebagai Cik Siti Kembang iaitu Kelantan. Negeri yang terletak di pantai timur semenanjung mempunyai penduduk seramai lebih kurang 500 ribu orang dengan majoriti melayu beragama islam. Perjalanan yang bermula di KL Sentral menaiki tren ekspress Wau bertolak dari stesen KL Sentral pada pukul 830 malam dan sampai ke Wakaf Bharu pkl 1030 pagi. Perjalanan yang jauh dan panjang hampir 14 jam ini agak membosankan, walau bagaimanapun sy dapat juga tidur dgn lena kerana sy memilih gerabak yg mempunyai katil , jadi blh la tidor dgn nyenyak. Jika memilih gerabak yg mempunyai kerusi biasa tentulah susah utk tidor serta amat tidak selesa. Sebenarnya yg menjadikan perjalanan ini agak jauh dan panjang adalah disebabkan oleh tren tersebut pergi ke Gemas (negeri Sembilan) dahulu sebelum berpatah balik melalui Pahang dan seterusnya Kelantan. Ini adalah kerana tiada jalan pintas ataupun short cut antara KL dgn Kelantan,jadi tren terpaksa melalui landasan yg sedia ada melalui persimpangan Gemas. Landasan tren ini melalui hutan simpan Taman Negara Pahang dan juga hutan2 semulajadi di pendalaman negeri Kelantan. Maka ada yg menggelar tren ini sebagai Jungle Train. Tapi oleh kerna waktu tren ini melalui kawasan hutan Taman Negara waktu malam, maka tiada apa pemandangan yg dapat di lihat, apabila cerah sahaja, tren ini telah sampai ke Kelantan.
Sampai saja ke stesen KTM Wakaf Bharu, sy terus breakfast tea panas dgn kek pisang dgn kos rm 2. Ini adalah lawatan kali ke-2 sy ke KB, yg pertama pada tahun 2005 dgn menaiki Vios yg baru saja dibeli. Lepas charging PDA , sy terus jalan kaki ke pecan Wakaf Bharu yg terletak berdekatan stesen tu. Sy bertanya penduduk tempatan berkenaan kedudukan cybercafé yg terdekat utk menggunakan kemudahan internet. Ada sebiji cybercafé yg sy jumpa kat pekan itu, selepas guna internet selama 1 jam, sy menaiki bas ke Bandar Kota Bharu. Perjalanan yg berjarak hampir 10 km mengambil masa lebih kurang 10 minit dgn tambang rm 1.50 . Sampai ke Bandar Kota Bharu pada pukul 2 petang terus sy jalan2 mencari hotel yg sesuai, lepas servey 3-4 hotel berdekatan stesen bas Kota Bharu terus sy memilih hotel Sabrina Court yg mempunyai testimonial dari Lonely Planet. Hotel yg agak usang ini bagaimanapun mempunyai bilik yg agak luas, ada tv, aircon dan hot shower dgn kadar rm 60 smlm. Secara keseluruhannya hotel ini agak memuaskan kecuali tv nya yg agak kecil dlm 14 inci jer kot. Skrg tv 2nd 25 inci pun baru rm 120 saja. Memang patut la pemilik hotel tu upgrade tv ke 25 inci, baru best tgk Astro. Lepas check in terus sy kluar cari makan. Kat dpn tu ada gerai makanan Sumatra – nasi padang. Macam kat Medan pula ada gerai nasi Padang. Sy pun bantai saja nasi padang tu dgn minuman semua skali rm 5.50 .
Bandar Kota Bharu diberi gelaran Bandaraya Islam oleh kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS . Sebagai Bandar bercirikan islam seperti Acheh , aktiviti hiburan agak kurang kelihatan di Bandar ini. Sebelah malamnya agak sunyi, banyak kedai perniagaan ditutup apabila tirai malam berlabuh. Pada sebelah petang sy mengambil kesempatan untuk jalan ronda2 sekitar Bandar Kota Bharu. Pelbagai ragam penduduknya dapat sy lihat, apa yg menarik perhatian sy ialah ramai gadis2 yg cantik2 kat Bandar ini. Ramai wanita Kelantan melibatkan diri dalam perniagaan. Di pasar besar Siti Khadijah yg agak terkenal di Kota Bharu mempunyai majority peniaga wanita. Jadi kaum wanita agak menonjol di Kota Bharu berbanding di bandar2 lain yg pernah sy pergi. Orang melayu Kelantan ramai yg melibatkan diri dalam bidang perniagaan, di Kelantan persaingan yg seimbang antara peniaga berbangsa Cina dgn melayu , banyak tanda perniagaan melayu yg blh di lihat di Bandar ini seperti Hotel Azam, Syarikat Muda Osman, …………… Jadi ini adalah satu petanda positif untuk orang melayu di negeri lain supaya berani bersaing dalam bidang perniagaan. Orang melayu harus berubah pemikiran lama ke pemikiran baru, kena berani ambil risiko dalam perniagaan, buang budaya kerja makan gaji sampai pencen.
Pada hari ke2 sy berada di Kota Bharu sy berjumpa dgn sorang gadis Kelantan yg agak cantik dan menarik. Beliau merupakan seorang pelajar bidang pendidikan di UKM. Ketika itu dia sedang bercuti di kampungnya yg terletak di Rantau Panjang. Namanya Azura, sy berkenalan denganny di internet.
Kami berjumpa di MacDonald, sambil makan burger kat situ kami bersembang berkaitan isu2 tempatan seperti ekonomi, bisnis, politik dan lain2. Ini adalah kali pertama kami berjumpa secara offline, kerana sebelum ni berchatting secara online sahaja. Sy dapati pemikiran dia agak terbuka (open minded), banyak bertanya soalan yg bagus kat sy, jawapan yg sy berikan pun dia dpt terima dgn hati yg terbuka walaupun beliau sedar yg jawapan sy tu agak pelik dan lain dari kebiasaan. Kami bersembang dari pkl 11 pg smpai pkl 1 tgh apabila di beritahu oleh staf MacDonald akan ditutup sekejap utk solat jumaat. Selepas kluar MacDonald azura menghantar sy ke masjid berdekatan utk solat jumaat.
Selepas selesai solat jumaat dia datang jemput sy kat masjid dgn kereta kancil yg dipinjam dari kakak iparnya. Azura bawa sy ronda2 sekitar Bandar Kota Bharu dan kemudian ke pusat membeli belah yang agak terkenal di Kota Bharu iaitu KB Mall. Kat situ kami jalan2 sekitar KB Mall sambil sambung sembang2 pelbagai topik yg menarik. Azura berminat untuk belajar bisnis internet dgn sy, jadi sy pun bagi tau serba sedikit tips dan panduan2 untuk memulakannya. Kami berborak smpai hampir pkl 530 ptg, kemudian azura hantar sy balik ke hotel dan dia pun balik ke rumahnya kat Rantau Panjang. Pada hari Ke-3 kat Kota Bharu sy bangun awal kerana ingin ke jeti Kuala Besut untuk pergi ke Pulau Perhentian dgn menaiki van khas dgn tambang rm10. Sy breakfast kat restoran berdekatan hotel makan nasi dagang dgn the panas dgn bayaran rm 3.50 , lepas breakfast sy menunggu van kat depan hotel . Van berkenaan dijadual bergerak ke jeti pada pukul 8 pagi. Bagaimanapun pada pkl 8.20 baru van tersebut sampai dan bergerak ke jeti 5 minit kemudian. Ada 5 orang pelancong luar Negara yg bersama sy menaiki van tersebut, sorang lelaki dari UK, sepasang suami isteri dari Kanada, dan 2 org gadis dari England. Sebelum van tiba sy sempat berkenalan dgn mereka yg semuanya ramah tamah dan begitu bersemangat utk pergi melancong ke Pulau Perhentian. Van tersebut singgah kat airport kat Pengkalan Chepa untukmengambil 2 orang lagi penumpang. Oleh kerana flight mereka lewat sedikit maka kami terpaksa menunggu hampir 1 jam dalam van sebelum bergerak ke jeti. Perjalanan dari KB ke jeti Kuala Besut mengambil masa hampir 1 jam. Pada pkl 10 baru smpai ke jeti, lepas tu kena tunggu bot laju lebih kurang 1 jam kerana ramai pelancong yg ingin ke pulau itu . Kos tambang pergi balik ke pulau perhentian ialah sebanyak rm 70. Pada pukul 11 pagi baru bot bertolak dgn 10 orang penumpang yg kesemuanya pelancong asing kecuali sy sorang saja org Malaysia. Bot yg agak laju itu mengambil masa 30 minit untuk smpai ke pulau perhentian, sy berlabuh di Pulau Perhentian Kecil di pantai panjang (Long Beach) . Ternyata pantainya memang cantik, pasir yg putih gebu, air laut yg amat jernih, memang best sgt2 dpt tengok pemandangan kat pulau2 tu. Memang best dari Langkawi, Pangkor, Phuket dan lain2 lagi. Sy pilih utk stay kat Moonlight Chalet dgn bayaran rm 35 smlm, chalet yg agak kecil tapi muat utk 2 org, tiada tv dan wifi, toilet kat luar, tapi yg bestnye chalet ni mengadap ke pantai dan laut China Selatan yg cantik memukau. Lepas check in sy berjalan2 sekitar pandai sambil minum minuman sejuk kerana cuaca yg agak panas, badan byk keluarkan peluh, jadi kenalah byk minum air.
Disebelah petang sy merentas denai hutan untuk ke pantai Coral Beach. Pantai tu kurang cantik, pasir pun agak kasar, pantai pun pendek saja serta sempit, pelancong pun kurang di kawasan situ. Ada chalet terbiar mungkin dah bankgrap. Lepas balik dari jungle trekking sy pun mandi laut di pantai pasir panjang, berenang, menyelam sambil tgk ikan cantik2 kat dalam laut berdekatan pantai itu.
Di sebelah malam lepas makan mlm sy lepak kat café smbil tgk tv. Makanan di pulau ni agak mahal 2 kali ganda berbanding kat KB. Nasi goreng rm 7-8, air mineral kecik rm 2, air tin rm 3. Sy makan mee goring, air coke, dgn banana’s milk shake rm 15 semua skali. Lepas makan sy dok kat chalet smbil cari idea utk tulis buku2 sy sebanyak 7 buah. Buku yg paling awal dijangka akan diterbitkan pada hujung tahun ni. Sebenarnya bukan senang utk menulis sebuah buku yg bagus, kena byk baca buku2 lain yg berkaitan, kena byk berfikir, ada byk pengalaman serta berani mengemukakan idea2 baru yg lain dari kebiasaan.
Pada hari ke-2 sy berada di Pulau Perhentian Kecil agak sibuk sikit, pagi2 lagi lps bangun terus g mandi laut, lepas 1 jam mandi laut g sarapan pada pkl 9 pg, makan roti canai dgn air mineral sejuk (besar) rm 7. Pkl 10 sy join group snorkeling trip ke 5 buah lokasi snorkeling yg hebat dgn byrn rm 40 termasuk sewa google dgn kaki itik. Life jaket diberikan percuma. Lokasi pertama adalah kawasan batu karang yg sgt cantik, berwarna-warni, ada byk ikan pelbagai jenis berwarna warni. Memang best snorkeling kat situ, dgn kedalaman laut lebih kuran 15 meter, pemandangan dasar laut memang hebat. Ramai pelancong tempatan dan luar Negara yg melakukan aktiviti snorkeling kat situ. Banyak air laut yg sy tertelan. Ada juga yg melakukan scuba diving di lokasi yg sama.
Selepas 1 jam snorkeling kat situ, kami pun bergerak ke lokasi ke-2 iaitu tempat tumpuan anak ikan jerung. Mengikut maklumat driver bot kat situ memang byk anak ikan jerung panjang antara 1-2 meter. Jerung ini jenis yg baik, iaitu tidak makan orang. Kedalaman laut pada anggaran 10-20 meter. Terdapat byk batu karang yg cantik2. Jerung bergerak amat pantas dlm laut, jadi utk melihat jerung kita kena pantas juga. Pada mulanya sy tak dapat mengesan ikan jerung kat situ, ikan2 lain byk la yg sy nmpak mcm ikan nemo,kerabpu, ikan todk, ikan merah dan ikan kecil2. Driver bot mengajar sym cm mn nak melihat ank ikan jerung, kena dive masuk dlm laut dlm 5 meter kemudian lihat kiri,kanan , atas dan bawah. AKhirnya sy dpt juga tengok sekor jerung dlm 2 meter, memang pantas dia berenang. Ikan Jerung di lokasai itu amat sensitive dgn kedatangan penyelam scuba, jika ada scuba diver kat bwh maka susah la org yg buat snorkeling nak dpt tgk ikan jerung.
Lepas 1 jam kat lokasi ikan jerung kami bergerak ke lokasi penyu pula. Sy dapat tengok sekor penyu agar2 selebar 1 meter, senang berenang di dasar lautan. Memang best betol, ni first time dpt tgk penyu secara live. Lepas snorkeling 30 minit kat lokasi penyu, kami pun pergi ke kampong nelayan di pulau perhentian kecil utk makan tgh hari. Smpai kat situ dkt pkl 2 petang, sy mkn nasi goring sotong dgn air soya tin dgn harga rm 9.50 . Pkl 3.30 ptg kami menyambung snorkeling ke lokasi seterusnya yg terdapat byk batu karang yg sungguh cantik. Ikan2 pun byk kat situ. Kalau kita bg mkn roti kat ikan2 tu, makan byk ikan2 akan dating mengelilingi kita, rasa mcm blh tangkap dgn tangan saja, tapi sebenarnya takdpt sbb ikan2 amat cekap bergerak dalam laut, nmpk saja jinak tapi liar. Lepas 30 minit kami pun bergerak ke lokasi seterusnya yg tidak kurang hebatnya dgn lokasi2 yg terdahulu.
Kami bergerak balik ke hotel pada pkl 530 ptg smpai ke hotel. Lepas rehat2 sambil minum dan makan makanan ringan, sy pi mandi laut pada pkl 6 hingga pkl 7 sambil practice renangan 100m dan apungan 10minit untuk mengambil sijil selaman scuba (PADI certified open water scuba diving) Pkl 7 balik bilik , mandi, solat magrib. Lepas tu g makan malam kat kafe berdekatan kemudian balik ke bilik update blog dan tidur awal pkl 11 sbb letih dan penat bersnorkeling sepanjang hari.
Pada hari ke 3 kat pulau perhentian sy bangun awal untuk berenang dan snorkeling. Biasanya waktu pagi air pasang dan agak suam, jadi memang best berenang dan snorkeling pada sebelah pagi. Cahaya matahari pagi menusuk ke dasar lautan yg penuh dgn batu karang, ikan2 berwarna warna dan pelbagai jenis hidupan laut memang mengujakan. Memang best sgt2 snorkling kat pulau perhentian. Hampir 2 jam sy bersnorkling kat lokasi corel berdekatan chalet MoonLight di Long Beach. Lepas penat snorkeling, sy mandi dan kemudiannya pergi breakfast. Check out pkl 11 pagi ambik teksi air (water teksi ) ke pulau perhentian besar lebih kurang 4 km dari Long Beach. Sy stay kat Chalet Mama’s kat Pulau Perhentian Besar dgn kadar rm 60 smlm, bilik yg agak luas dan ada bilik air kat dalam tapi tiada aircon dan tv. Bilik pun lebih selesa dari kat Moonlight. Apa yg menarik di pulau ni ialah kadar penggunaan internet yg berkadar rm 18 sejam, berbanding kat pulau perhentian kecil yg hanya rm 10 sejam.
Secara bandingannya pantai kat Pulau Perhentian Besar kurang cantik dan gebu berbanding kat Pulau Perhen tian Kecil, maka tak hairanlah jika bilangan pengunjung yg agak kurang di pulau berkenaan. Untuk trip yg akan datang sy pilih untuk stay kat Long Beach sahaja. Lepas check in pada pukul 1230 tgh sy keluar explore pulau perhentian besar menggunakan jungle trekking yg sedia ada menuju ke chalet2 laut di pantai2 yg berlainan. Jauh juga berjalan lebih kurang 2-3 km. Sy singgah makan tgh hari kat ABC chalet dgn bayaran rm 10 iaitu nasi goring kampong dan air coke. Lepas penat berjalan sy balik ke bilik untuk mandi , solat dan kemudiannya tidur smpai ptg. Pkl 6 bangun untuk mencuba snorkeling di pantai berdekatan Perhentian Beach Resort. Kat situ ada byk juga corel, tapi oleh kerana air surut dan ombak yg agak kuat menyebabkan aktiviti snorkeling kurang menarik. Sy snorkeling lebih kurang 30 minit sahaj kemudian jalan2 sekitar pantai smpai matahari terbenam.
Pada hari ke-4 berada kat pulau perhentian sy bangun awal utk berenang sambil snorkeling kat tepi chalet Corel View. Kat situ ada byk corel, ikan2 dan pelbagai jenis hidupan laut. Lepas snorkeling selama 2 jam sy balik ke bilik utk mandi dan buat persiapan utk check out. Sy check out pada pkl 1130 pagi dan menaiki bot laju ke Kuala Besut pada pkl 12 tgh. Smpai ke Kuala besut pada pkl 1245 tgh terus makan tengah hari dan kemudiannya check in kat hotel Samudera yg terletak berdekatan stesen bas/teksi kat Kuala Besut dgn kada rm 65 smlm. Pkl 3 sy kluar jalan ronda2 sekitar pekan Kuala Besut serta kampung2 berdekatan beli keropok ikan, cenderahati dan lain2. Pada sebelah petang sy lepak depan pandai mengadap sungai besut smbil sembang dgn sorang Mat Bangla yg keja kat tempat berdekatan. Dia membayar rm 12k utk datang kerja kat Malaysia, tapi sampai sekarang lepas 2 tahun dok kat Malaysia baru dpt htr balik kampong sebanyak rm4k saja. Pada sebelah malam sy mkn tomyam seafood, telur dadar dgn teh o ais dgn kos rm 9.
Pada hari ke-5 dan terakhir sy berada kat Kelantan/Terangganu , sy bertolak ke Kota Bharu dgn bas. Perancangan awal hendak ke Mynmar tetapi mungkin di batal atau ditangguhkan kerana ancaman wabak H1N1 sekitar Thailand . Smpai kat Bandar Kota Bharu sy singgah kat farmasi utk beli ubat luka kaki, tangan dan betis akibat terkena batu karang semasa aktiviti snorkeling.
-
No comments:
Post a Comment