Kepada Menteri Dalam Negeri Yang Dihormati,
Saya, abang kepada Lau Kok Siong, ingin mengadu dan membuat rayuan di mana seorang insan yang tidak berdosa telah ditahan dan dipenjarakan tanpa perbicaraan.
By Lau Wee Liang
Saya memohon pihak kementerian dapat membebaskan adik saya secepat mungkin.
Disebabkan kes ini, kesihatan emak saya semakin terjejas.
Saya amat kesal dengan sistem perundangan Malaysia yang kini sudah disalahgunakan oleh pihak yang tertentu.
Sistem perundangan yang saya maksudkan adalah ISA.
Adik saya, Lau Kok Siong, banyak kali diganggu oleh dua tiga kerat polis Kluang pada awal 2008 di mana polis yang berkenaan hendak adik saya mangaku sesuatu kegiatan yang tidak dilakukan olehnya.
Kegiatan yang saya maksudkan adalah menjual extasy.
Polis berkenaan juga banyak kali serbu masuk rumah keluarga saya malah juga banyak kali menahan kereta yang dipandu oleh adik saya untuk membuat pemeriksaan teliti.
Dalam banyak kali pemeriksaan, tiada sebarang bukti (drug) telah ditemui.
Akhirnya, adik saya masih ditangkap dan dilokap di balai polis Kluang selama 60 hari dan setelah itu terus dipenjarakan di Batu Gajah Ipoh hampir setahun sehingga sekarang.
Bila keluarga saya menanya kepada pihak berkuasa atas sebab apa adik saya ditahan.
Jawapan yang diberi adalah polis dapat maklumat dari pihak ketiga bahawa adik saya mejalani kegiatan menjual extasy.
Kalau hanya sekadar dengar tanpa sebarang bukti, adakah seseorang boleh ditahan dengan ISA begitu saja???
Kalau begitu, di mana sistem kehakiman negara kita?
Kalau polis hendak menangkap seorang rakyat biasa tapi tiada sebarang bukti dan tidak perlu juga dibawa ke mahkamah untuk pembicaraan, adakah ini munasabah?
Keadilan di mana? Hak membela diri di mana? Adakah negara kita masih bertamaddun?
Kalau begitu, pihak polis boleh menggunakan ISA untuk menangkap sewenang-wenangnya jika penyiasatan polis sudah menemui jalan buntut?
Adik saya bukan pembunuh, bukan pengganas, bukan pengacau yang boleh mengugat ketenteraman negara, mengapa dia ditahan dengan ISA??
Adik saya ditangkap dengan ISA hanya kerana pihak polis sudah menemui jalan buntut??
Dengan tulus ikhlasnya, saya memohon jasa baik pihak Kementerian Dalam Negeri mempertimbangkan rayuan saya, masuk campur dan meneliti semula asal-usul kes adik saya.
Janganlah jadi adik saya atau mana-mana insan di Malaysia sebagai mangsa yang tidak bersalah dan berdosa untuk pihak yang tertentu.
Sekian, terima kasih.
p/s : Kepada sesiapa yang menerima email ini, tolonglah menghubungi saya untuk memberi bantuan dan nasihat dari segi undang-undang kerana pernah pergi cari peguam dan dato-dato tempatan tapi perlu membayar 25 ribu ringgit sebagai "service charge". Juga pernah pergi cari bantuan polis yang berpangkat, sama juga keluarga saya diminta bayar berpuluh ringgit untuk melepaskan adik saya. Walaupun berpuluh ringgit itu, belum pasti adik saya boleh dilepaskan.
Seolahnya, polis yang dibayar gaji bukan berkhimat menjaga keamanan dan keselamatan rakyat malah mengambil kesempatan menangkap sesiapa saja untuk mendapatkan wang kopi.
Mungkin bukan semua polis begitu tapi kebanyakannya.
-
No comments:
Post a Comment