Flight firefly fy3401 berlepas pkl 1030 pagi ke Banda Aceh dan sampai pada pkl 11.20 pagi waktu Aceh. Waktu Aceh mengikut waktu Indonesia barat yakni 1 jam lebih lewat dari waktu Malaysia. Penerbangan yang mengambil masa lebih kurang 1 jam 45 minit berjalan lancer, cuaca baik, pemandangan cantik pada ketinggian 20 ribu kaki. Lepas pemeriksaan imegresen dan kastam, saya naik teksi ke pusat bandar menuju hotel lading. Sampai kat situ dalam pkl 12 tgh tetapi malang semua bilik telah penuh, driver teksi bagi cadangan hotel lain berdekatan yang bernama wisma darulsalam . kos tambang teksi 60k rupiah. Kadar sewa bilik hotel 200k rupiah. Hotel yang agak kecil dan tidak menarik ini memang kurang memuaskan hati saya. Dah lama tuala pun kena pi minta, kain selimut pun tidak disediakan. Bantal pun tak ikut standard, dan macam2 lagi ketidakpuasan hati saya. Cuma yang jadi kelebihan utamanya lokasi yang berdekatan mesjid raya baitulrahman . Jadi saya bersabar untuk stay 1 malam sebelumberpindah ke hotel lain yang lebih bagus. Lepas check in sy keluar jalan2 sekitar kota Aceh sambil ambil gambar2 mesjid raya baitullrahman dan kawasan sekitar. Mesjid raya baitulrahman yang agak besar dan terkenal di seluruh dunia selepas bencana tsunami 2004 yang telah meragut nyawa lebih 150 ribu orang.
Pada sebelah petang sy kluar melawat gerai2 jualan makanan dan minuman sekitar mesjid raya baitulrahman. Kedai2 dan gerai2 makanan hanya dibuka selepas pkl 3 petang waktu tempatan. Sebenarnya wilayah Aceh telah mendapat hak autonomi khas yang membezakan dengan wilayah2 lain di Indonesia. Aceh yang digelar serambi mekah dan aceh darul salam memang terkenal dengan keagungan islam dimana lebih 90 peratus penduduknya beragama islam. Mengikut sejarah Aceh memang berpengaruh dan mempunyai kekuatan ketenteraan yang disegani di rantau asia tenggara. Semasa pemerintahan sultan iskandar thani, wilayah pemerintahannya mencapai seluruh sumetera dan melewati semenanjung tanah melayu hingga ke kedah dan perak. Wilayah aceh juga mempunyai simpanan sumber asli seperti gas dan minyak petroleum yang agak banyak. Selepas hampir 5 tahun dilanda tsunami, kota banda aceh telah dibina semula dengan lebih besar dan luas.
Untuk juadah berbuka puasa sy beli nasi campur aceh yg berlauk ikan kerapu goring, sayuran2, kuah kari serta sambal dengan harga 30k rupiah. Waktu berbuka puasa di aceh adalah pada pkl 650 waktu tempatan. Selepas berbuka kat bilik hotel sy bergerak ke mesjid baitul rahman untuk solat magrib, sementara menunggu solat isyak dan trawih sy kluar jalan2 sekitar gerai2 berhampiran mesjid. Ada macam2 jenis barang2 dijual disitu seperti kepiah, seluar, baju, makanan, rokok dan lain2. Dan yang paling unik ialah ada banyak gerai yg menjual sireh serta buah pinang muda. Nampaknya budaya makan sireh pinang masih wujud lagi di sini. Juga terdapat ramai pengemis yg bertapak sekitar mesjid . Selepas solat isyak ada ceramah Ramadan dalam 10 minit sebelum solat sunat trawih. Selepas solat sunat trawih sy balik ke bilik hotel, tengok tv dan rileks2. Dalam pkl 11 malam sy kluar makan kat café berhampiran hotel, order mee goring Indonesia dan teo o ais limau. Café yg agak moden dan selesa itu ada free wifi, sy bawa laptop skali untuk surfing internet kat situ sambil check email, update twitter dan blog serta tengok perkembangan pasaran saham global. Lepas 1 jam kat café tu sy balik ke bilik hotel utk tidor. Kos makanan dan minuman kat café tu sebanyak 27 ribu rupiah, boleh tahan juga dengan kualiti makanan serta suasana rilex dan santai kat situ.
Pada hari ke-2 kat banda aceh sy bangun lewat sikit iaitu lebih kurang pkl 10 waktu tempatan. Tidor kurang memuaskan disebabkan oleh nyamuk banyak kat situ. Lepas mandi sy kluar menuju ke cyber café berhampiran mesjid baitulrahman. Lepak sejam kat cc tu, check email serta tengok berita2 terkini kat Malaysia dan seluruh dunia disamping update twitter dan blog. Pkl 12 tgh balik ke bilik untuk persiap check out menuju hotel lain yang lebih bagus. Sy dapat maklumat kat wikitravel.org yg rekomen hotel sultan . Lepas check out sy naik bechak (teksi motor) menuju ke hotel sultan yang sebenarnya berjarak tak sampai 100 meter dari hotel yg sy stay semalam. Tambang bechak 10 ribu rupiah, sampai kat hotel sultan terus tengok bilik dulu sebelum check in. Bilik yg agak besar dan cantik kat hotel ni dgn kadar 300 ribu rupiah, ada tv 21”, air panas, bath tab dan lantai kayu serta sejadah. Memang ternyata 3x lebih baik dari hotel yg sy stay semalam. Kat lobi hotel ada free wifi. Lepas byr guna kredit kad sy check in masuk hotel, tengok tv ada channel HBO, star movie serta banyak lagi channel Indonesia yang mempunyai cerita drama yang menarik seperti Manohara, Dewi Sandra dan Bunga Lestari. Pkl 130 tgh sy bergerak menuju ke mesjid baitulrahman untuk solat jumaat. Mesjid yang paling besar di aceh ini mampu memuatkan lebih 10 ribu jemaah. Ramai betol orang yg datang solat jumaat, ruang solat didalam sudah penuh, ada yang solat kat luar sahaja. Saya nampak ada sekumpulan jemaah perempuan lebih kurang 30 orang yang datang solat jumaat termasuk kanak2. Khutbah yg disampaikan agak menarik dan bersemangat berkaitan isu local dan semasa, tak seperti dikebanyakan mesjid kat Malaysia yg khutbahnya agak membosankan serta boleh membuatkan kita terlelap.
Lepas solat jumaat sy singgah kat cc berhampiran mesjid, saja online 30 minit untuk test kelajuan internet kat situ. Kelajuan boleh tahan juga dengan 1 mbs, 1 jam 4 ribu rupiah, pc p4 ke atas, ram 512 mb , monitor lcd 17” acer. Kemudian sy balik ke hotel tengok tv sekejap kemudian tidor smpai pkl 5 ptg waktu aceh. Pada sebelah petang sy keluar jalan2 sekitar hotel untuk mencari juadah berbuka, sy beli nasi padang lauk daging sapi, sayur pucuk ubi rebus dan kuah kari special. Kemudian sy beli air es campur special, kuih2 tradisional aceh. Sy berbuka kat bilik hotel, sedap juga nasi padang dgn es campur. Lepas solat terawih sy kluar cari makanan untuk sahur, jumpa satay sapi padang dengan kuah kacang special, memang sedap, lain dari satay kat Malaysia. Kuahnya memang sedap giler.
Pada hari ke-3 kat Aceh, sy check out pkl 11 pagi dan bergerak ke pelabuhan Ulee Olee menaiki labi-labi dengan tambang 30 ribu rupiah. Pelabuhan ataupun jeti Ulee Olee dibinakan dengan bantuan kerajaan Australia selepas bencanan tsunami 2004 yg telah membenamkan pelabuhan lama. Semasa dalam perjalanan ke pelabuhan saya singgah melihat kapal nelayan tsunami, kapal api tsunami, monument tsunami dan tempat2 bersejarah kat aceh. Sampai kat pelabuhan sy beli tiket kapal atau feri laju dengan harga 65 ribu rupiah utk 2nd class ada aircond. Pada pkl 3.30 ptg kapal bertolak ke pelabuhan balohan kat pulau weh, selepas hampir 1 jam , kapal berlabuh kat pulau weh. Belum sempat sy kluar dari kapal, telah ada pemandu angkut yang datang tanya nak ke mana, sy pun bg tau nak ke kota cabang, saya tanya brapa ribu, dia bg tau 20 ribu saja. Perjalanan dari jeti atau pelabuhan menuju kota cabang mengambil masa 15 minit, jalan agak berbukit bukau dan bengkang bengkok. Patut la pulau weh terselamat dari bencana tsunami 2004 kerana kedudukan yang tinggi atas bukit. Sampai kat kota cabang pkl 5 ptg, driver angkut htr kat hotel PJ yg terletak di tengah2 kota cabang yang agak kecil dan ketinggalan. Kadar harga 180 ribu rupiah, bilik hotel agak biasa , ada aircond dan tv sesuai dgn harga yg murah. Lepas check in sy kluar ronda2 sekitar kota cabang sambil mencari makanan untuk berbuka. Saya beli nasi bebeh lauk ikan goreng. Nasi bebeh dgn nasi gurih adalah makanan tradisi terkenal rakyat aceh. Air pula sy pilih air kepala muda, dan es campur pulau weh, kemudian murtabak telur cabang. Semua skali 50 ribu rupiah. Sy berbuka kat bilik saja, sedap juga nasi bebeh dgn air2 tu. Lepas solat magrib kat bilik, sy kluar menuju ke mesjid berdekatan utk solat isyak dgn terawih. Berdekatan hotel ada mesjid kecil bernama nurul huda, jemaah tak berapa ramai. Lepas solat sy jalan2 sekitar kota cabang sambil mencari makanan untuk sahur.
Pada hari ke-2 kat pulau weh sy gerak ke Iboih, sebuah kawasan tumpuan pelancong luar negeri dengan menaiki angkut dgn tambang 40 ribu rupiah. Perjalanan dari kota cabang ke iboih mengambil masa hampir 1 jam. Sampai kat Iboih dalam pkl 12 tgh , kemudian jalan2 cari chalet yg sesuai, akhir sekali sy pilih iboih inn yang baru beroperasi, chaletnya agak luas dan terletak betol2 mengadap lautan hindi, di depannya ada sebuah pulau yg bernama rubiah. Kadar sewanya 250 ribu rupiah, ada bilik air kat dalam, kipas angin, tiada aircon dgn tv. Airnya agak sedikit masin dan payau kerana menggunakan air telaga yg digali berdekatan chalet. Secara keseluruhannya pantai iboih kurang menarik dan cantik jika disbandingkan dgn pantai kat pulau perhentian dan sipadan. Air lautnya agak jernih, coralnya biasa saja, ikan2 pun tak berapa banyak. Bagaimanapun lautan sekeliling pulau weh telah menjadi tumpuan penyelam scuba seluruh dunia pada musim tertentu. Dalam bulan puasa ni tak ramai pelancong yang datang ke sini, yg ada hanya mat salleh 20-30 orang. Kedai2, restoran pun tak banyak. Diving shop ada 1 saja yg menawarkan kursus scuba diving , sewaan diving gear dan anjuran diving trip.
Lepas check in sy kluar jalan2 sekitar pantai iboih sampai ambil gambar yg menarik. Pada sebelah petang sy melakukan snorkeling berdekatan chalet, apa yg dapat sy lihat ada banyak landak laut, tapak sulaiman, beberapa ekor ikan nemo berwarna merah dan biru. Yang lainnya kadang2 jumpa ikan panjang, ikan bilis, ikan kerapu, jelly fish dan lain2. Corelnya juga tidak banyak dan cantik seperti kat pulau perhentian. Mungkin telah dibantai oleh ombak tsunami pada tahun 2004. Sy snorkeling lebih 2 jam, air agak sejuk, arus dan ombak agak kuat. Selepas masuk magrib sy balik chalet untuk mandi dan kemudian keluar mencari makanan untuk buka puasa. Malangnya hanya ada 2 biji saja café yg dibuka, tu pun kena order tunggu lama sebab banyak mat salleh tengah order makanan kat situ. Jadi saya minum coke dulu untuk buka puasa, lepas 45 minit baru la makanan siap. Sy order nasi koseng dgn ayam goreng. Inilah kali pertama sy buka puasa paling lewat, kalau nak ikutkan waktu Malaysia pada pkl 830 malam.
Lepas makan sy balik ke chalet rilek2. Suasan malam kat situ agak sunyi dan gelap. Lampu tak banyak, nak jalan balik chalet kena pakai lampu handphone. Sebelah malamnya tiada apa yg blh dilakukan kecuali lepak kat hammock kat luar sambil dengar mp3 sambil dilibas oleh angin lautan hindi. Keadaan pemandang kat lautan gelap gelita, yang dapat dengar hanyalah bunyi desiran angin dan ombak yg menghempas pantai. Pkl 11 malam sy terus tidor lepas puas makan angin dianjung chalet.
Pada hari ke-3 kat pulau weh, saya bangun awal pkl 630 waktu aceh, bersiap sedia untuk ke pelabuhan kerana feri akan bertolak pada pkl 830 pagi. Tengah malam tadi hujan turun agak lebat sepanjang malam, sedapnya tidor. Perjalanan dari pantai iboih ke pelabuhan menaiki taksi Toyota unser mengambil masa hampir 1 jam, dengan tambang 50 ribu rupiah, sampai kat pelabuhan pada pkl 8 pagi , terus beli tiket kapal laju berharga 60 ribu rupiah untuk kelas executive. Pada pkl 830 kapal bertolak ke banda aceh , perjalanan mengambil masa hampir 1 jam. Dari pelabuhan Olee Uleng sy menaiki labi-labi ke kota banda aceh dengan tambang 30 ribu rupiah. Saya memilih untuk menginap kat hotel kartika yg terletak di jalan kartini, hotel ini disyorkan oleh pemandu labi-labi yang membawa saya ke kota banda aceh. Biliknya biasa saja, ada tv, aircond, towel dan blanket dengan harga 165 ribu semalam. Lepas check in sy keluar ronda2 sekitar hotel sampai mengambil gambar2 menarik. Pada sebelah petang lepas bangun tidor sy kluar mencari makanan untuk berbuka puasa, sy beli ais campur, kuih2 tradisional aceh, dan satay sapi kuah kacang. Pada pkl 10 mlm sy kluar menuju ke café pp untuk guna internet wifi sambil makan mee ayam dgn fresh oren.
Pada hari terakhir kat Aceh sy bangun awal untuk ke Bandara (airport), gerak pkl 9 waktu tempatan menaiki bechak dan singgah melawat universitas aceh di darulsalam, beli rokok kretek 4 kotak untuk dijadikan cenderahati melawat Indonesia. Sampai kat airport pkl 10.30 pg, terus check-in utk flight pkl 11.30 pg. Penerbangan antarabangsa di airport sultan iskandar muda aceh mengenakan airport tax sebanyak 100 ribu rupiah. Semasa hendak membayar airport tax baru sy sedar yg tersilap bg kat driver bechak 150 ribu rupiah, sepatutnya sy bg 60 ribu sahaja, ini disebabkan oleh duit Indonesia 10 ribu dgn 100 ribu hampir sama warna, jadi sy tersilap. Jadi sy kekurangan duit utk byr airport tax, baki duit indo nada 30 ribu rupiah saja, maka terpaksalah bayar guna rm 50 (rugi rm 15) kerana kat airport tu tak ada money changer. Penerbangan ke penang berlepas pkl 11.30 pg dan sampai ke penang pada pkl 1.45 ptg waktu Malaysia. Selamat…
-
No comments:
Post a Comment