Tuesday, September 15, 2009

Catitan Ziarah Ramadan Ke SP & Penang

Mengikut perancangan awal , saya akan berbuka puasa di masjid Kubang Semang di kawasan parlimen Permatang Pauh. Bagaimanapun semasa dalam perjalanan dari Alor Star ke Permatang Pauh menaiki motor, saya berasa agak mengantuk maka perancangan ditukar ke Sungai Petani. Saya menginap kat hotel Northern Logde dekat hotel Park Avenue. Sampai kat hotel dah dekat pkl 5 petang, check in dan terus keluar beli juadah berbuka kat gerai2 berdekatan hotel. Saya beli char keow teow, nasi campur dan kuih-muih serba sedikit. Pada hari ini saya berbuka sorang2 kat bilik hotel. Sebenarnya berdekatan dengan hotel itu ada sebuah surau pas yang juga ada majlis berbuka puasa, saya rasa segan pula nak pi berbuka kat situ sebab tak kenal sapa dan juga tak masuk dalam perancangan. Lepas berbuka puasa dan solat magrib saya surf internet guna laptop kat dalam bilik tengok perkembangan pasaran saham global. Itulah kelebihan utama hotel ni ada sambungan wi-fi kat bilik secara percuma .
Lagipun tv pun ada astro –cinemax, lepas tengok cerita berkaitan askar2 jerman semasa perang dunia kedua, saya terus makan nasi sebagai supper yg mengantikan sahur. Dok sorang2 memang susah la nak bangun sahur. Pada keesokan harinya saya check out pkl 12 dan terus bergerak ke Kepala Batas. Kat Kepala Batas sy singgah kat Maybank ada urusan bank in check dan kemudiannya singgah kat sebuah kedai pc recon yg sy jumpa kat lelong.com.my . Saya melihat stok2 pc recon dan spare part sambil bertanya harga yang boleh dapat. Pkl 330 saya bergerak ke lapangan terbang antarabangsa kepala batas untuk menyimpan bag untuk trip ke Aceh pada keesokan harinya. Lepas ronda2 1 jam kat airport t uterus saya bergerak ke Georgetown, objektifnya ialah masjid Kapitan Keling untuk berbuka puasa dan solat sunat terawih. Ini kali pertama saya berbuka kat masjid ni, sebelum ni pernah datang 2-3 kali untuk solat jumaat. Apa yang menarik kat masjid ini khutbahnya dibaca dalam bahasa tamil seperti kat masjid india kat KL dan juga kebanyakan masjid kat India. Sampai kat masjid Kapitan Keling dalam pkl 6 petang, terus solat sunat , lepas tu ronda2 sekitar masjid sambil ambil gambar2 yang menarik.
Saya lihat kat keliling masjid tu dipenuhi oleh ramai peminta sedekah yang kemungkinannya orang rohingya dari Myanmar yang beragama islam. Ada juga orang melayu 4-5 orang. Masjid ini menjadi tumpuan pengemis pada bulan Ramadan kerana mereka mendapat makanan berbuka secara percuma dan juga orang ramai lebih banyak memberikan derma pada bulan Ramadan berbanding bulan2 yang lain. Lebih kurang pkl 720 mlm azan berkumandang menandakan masuknya waktu berbuka puasa. Ramai juga orang yang datang berbuka puasa , dalam anggaran 100 orang menurut seorang staf masjid yang juga berasal dari India. Makanan yang agak simple dan steady – bubuk lambuk, kurma, kuih2 muih dan air tea halia. Kat situ saya berkenalan dengan sorang anak muda yang juga anak jati Georgetown yang bernama Firdaus yang agak peramah, dia yg menegur saya sambil mempelawa murtabak yg dibawa olehnya. Dia bekerja di syarikat pelancongan, masih muda lagi, umur baru 19 tahun.
Lepas habis solat magrib sementara menunggu masuk waktu solat isyak, saya sambung bersembang dengan Firdaus berkaitan dengan pengalaman saya travel ke luar Negara. Dia juga minat travel, tapi hanya baru pernah travel ke Thailand dan India sahaja. Lepas solat trawih saya gerak balik ke airport. Dalam perjalanan sempat ronda2 sekitar Georgetown untuk lihat suasana malam di bandar itu. Malam ni saya nak stay kat airport saja, saja tak tidor hotel, nak tengok suasana kat airport malam2. Kalau kat LCCT airport malam2 memang meriah, setiap saat ramai orang, hidup 24 jam. Ini disebabkan oleh penerbangan Airasia yang menjadikan LCCT sebagai hub penerbangan tempatan dan rantau Asia serta seluruh dunia. Tetapi malangnya airport bayan lepas menjadi sunyi selepas pkl 12 malam. Flight last skali pkl 1130 malam, semua kedai2, restoran macdonald pun di tutup lepas pkl 11 malam. Maka saya pun kluar ronda2 kat gerai2 makan berdekatan sambil minum2, makan kulat goring serta tengok movie astro cerita Rambo 4 , Best juga filem ni, ni dah kali ke-2 saya tengok, kali pertama saya tengok kat panggung di jitra mall. Lepas lepak 2-3 jam kat gerai tu, saya balik ke airport menuju ke surau . Tak seperti surau kat KL Sentral yang dikunci lepas pkl 11 malam, surau kat airport bayan lepas tidak dikunci. Kat surau tu saya jumpa sorang student uum sintok yg tunggu flight pagi esok utk balik ke sabah. Dia nak tidor kat situ, lepas berkenalan dan sembang2 dia terus tidor. Saya pun rasa mengantok dan tidor dalam pkl 3 pagi. Pkl 6 bangun untuk solat subuh berjamaah dan sambung tidor sampai pkl 8 pagi dan bersiap sedia untuk flight ke Aceh.











No comments: