Saturday, September 27, 2008

Kenapa Anda Lambat Dapat Jodoh?

Ramai diantara kita yang masih belum berkahwin dan masih tercari-cari. Mengapakah ini terjadi? Kenapakah tiada yang berminat dengan kita? Fakta-fakta yang akan dipaparkan dibawah agak brutal dan straight to the point. Sesiapa yang terasa dan tersinggung harap maaf. Tetapi inilah hakikatnya mengapa anda lambat JODOH, sama ada anda mahu terima atau tidak.

10 FAKTA BRUTAL KENAPA ANDA LAMBAT JODOH

- Anda ingat diri anda terlalu cun atau segak oleh itu anda selalu memilih dan menantikan kekasih hati dan teman yang cun dan menawan. Bila ada calon, tetapi tidak cun, anda menolak!!
- Anda sentiasa menunggu tanpa cuba berusaha memperluaskan lingkungan kenalan anda.
- Sikap anda yang prejudis terhadap golongan “opposite sex”
- Anda sudah putus harap kerana peristiwa silam yang lalu dan malas melayan kerenah lelaki atau perempuan lagi..fokus anda adalah pada karier anda sahaja!
- Jodoh anda sudah mati!
- Anda tersesat dalam hutan dan tiada siapa lagi di situ kecuali rakan anda yang sejenis dan anda bukanlah gay atau lesbian..hehe..
- Anda disihir supaya jodoh anda tidak lekat.
- Sikap anda yang kurang romantis dan membosankan.
- Badan anda berbau dan baju, rambut anda tidak terurus!
- Anda jarang keluar rumah dan terlalu malu untuk berkawan!
- Anda tak mau bermadu

Yang paling penting, jangan cuba-cuba mencari minyak pengasih, minyak dagu atau menggunakan ilmu hitam kerana semuanya itu adalah syirik.

p/s - dipetik dari syokkawin.com

No comments: