Saturday, September 27, 2008

Pengembaraan Ibnu Batutah

Siapa Ibnu Batutah? Beliau adalah seorang pengembara yang hebat.. Lahir di Tangier 17 Rajab 703 H/ 25 Februari 1304. Nama lengkapnya ialah Muhammad bin Abdullah bin Muhammad bin Ibrahim At-Tanji, bergelar Syamsuddin bin Battutah. Sejak kecil, Ibnu Batutah dibesarkan dalam keluarga Islam yang taat beragama. Ibnu Batutah begitu tertarik untuk mendalami ilmu-ilmu fikih, sastera dan syair Arab. Semasa remajanya, ketika itu dunia Islam terpecah-pecah kepada beberapa kerajaan dan dinasti.


Namun beliau sempat mengalami zaman kejayaan Bani Marrin yang berkuasa di Moroko pada abad ke-13 dan 14 M. Latar belakang Ibnu Batutah begitu jauh berbeza bila dibandingkan Marco Polo seorang peniaga dan Columbus yang juga pengembara. Di samping memiliki sifat-sifat begitu, Ibnu Batutah juga adalah seorang teologis, sasterawan puisi dan cendekiawan, serta humanis, ertinya melebihi kehebatan dua sejarawan tadi. Dikatakan juga hasil pencapaian Ibnu Batutah yang luar biasa itu, konon telah dirampas dan disembunyikan Kerajaan Perancis semasa menjajah benua Afrika dulu.


‘Kehebatan Ibnu Batutah hanya dapat dibandingkan dengan pelancong terkemuka Eropah, Marcopolo (1254 M -1324 M)..” Demikian ujar sejarawan Brockelmann mengagumi ketangguhan pengembara Muslim itu.


‘Aku tinggalkan Tangier, kampung halamanku, pada Khamis 2 Rajab 725 H/ 14 Jun 1325 M. Saat itu usiaku baru 21 tahun empat bulan. Tujuanku adalah menunaikan ibadah haji ke Tanah Suci di Makkah dan berziarah ke makam Rasulullah SAW di Madinah.’ Antara tulisan dalam buku catatannya ‘Rihlah’.


Di situlah mulanya detik perjalanan beliau.


‘Selama hampir 30 tahun, dia telah mengunjungi tiga benua mulai dari Afrika Utara, Afrika Barat, Eropah Selatan, Eropah Timur, Timur Tengah, India, Asia Tengah, Asia Tenggara, dan Cina. Perjalanan panjang dan pengembaraannya mengelilingi dunia itu mencapai 73 ribu mil atau sejauh 117 ribu kilometer. Tak heran, bila kehebatannya mampu melampaui sejumlah penjelajah Eropah yang diagung-agungkan Barat seperti Christopher Columbus, Vasco de Gama, dan Magellan yang mulai berlayar 125 tahun setelah Ibnu Batutah.


Sejarawan Barat, George Sarton, mencatat jarak perjalanan yang ditempuh Ibnu Batutah melebihi pencapaian Marco Polo. Tak heran, bila Sarton geleng-geleng kepala dan mengkagumi ketangguhan seorang Ibnu Batutah yang mampu mengarungi lautan dan menjelajahi daratan sepanjang 73 ribu mil itu. Sebuah pencapaian yang tak ada duanya di masa itu.’ Lihat Republika oleh Heri Ruslan ‘Ibnu Batutah, Kisah Sang Pengembara’ yang disiarkan semula web. www.Kebun Hikmah.Com. Khamis, Mei15 2008.


Panjang ceritanya. Ringkasnya, mari kita lihat bagaimana beliau membuat liputan ketika terdampar di Samudera Pasai Asia Tenggara, semasa kerajaan Islam pertama di Nusantara pada abad ke-13M, iaitu di bumi Aceh Serambi Mekah selama 15 hari pada tahun 1345.


Ibnu Batutah melukiskan Samudera Pasai dengan begitu indah… ‘Negeri yang hijau dengan kota pelabuhannya yang besar dan indah.’


Beliau disambut oleh pemimpin Daulasah, Qadi Syarif Amir Sayyir al-Syirazi, Tajudin al-Ashbahani dan ahli fiqih kesultanan. Menurut Ibnu Batutah, masa itu Samudera Pasai telah menjelma sebagai pusat studi Islam di Asia Tenggara.


“Sultan Mahmud Malik Al-Zahir adalah seorang pemimpin yang sangat mengkedepankan hukum Islam. Peribadinya sangat rendah hati. Ia berangkat ke masjid untuk sholat Jumaat dengan berjalan kaki. Selesai sholat, sultan dan rombongan biasa berkeliling kota untuk melihat keadaan rakyatnya.” Cerita beliau.


Menurut Ibnu Batutah, penguasa Samudera Pasai itu memiliki ghirah belajar yang tinggi untuk menuntut ilmu-ilmu Islam kepada ulama. Dia juga mencatat, pusat studi Islam yang dibangun di lingkungan kerajaan menjadi tempat diskusi antara ulama dan elit kerajaan. Selama berpetualang mengelilingi dunia dan menjejakkan kakinya di 44 negara, dalam kitab yang berjudul ‘Tuhfat al-Nazhar’, Ibnu Batutah telah bertemu dengan tujuh raja yang memiliki kelebihan yang luar biasa.


Ketujuh raja yang dikagumi Ibnu Battuta itu antara lain..


i...Raja Iraq yang dinilainya berbudi bahasa;
ii..Raja Hindustani yang disebutnya sangat ramah;
iii.Raja Yaman yang dianggapnya berakhlak mulia;
iv.Raja Turki dikaguminya kerana gagah perkasa;
v..Raja Romawi yang sangat pemaaf;
vi.Raja Melayu Malik Al-Zahir yang dinilainya berilmu pengetahuan luas dan mendalam.
vii.Raja Turkistan.


Beliau mengakhiri catitan perjalanannya dengan sebuah kalimat, ''Akhirnya aku sampai juga di kota Fez (Moroko).'' Di situ dia menuliskan hasil pengembaraannya, dan meninggal dunia di Maroko pada pada tahun 1377 M. Ibnu Batutah telah memberitahu bahawa pada abad pertengahan, peradaban telah tumbuh dan berkembang di bumi Nusantara, sejajar dengan raja-raja lain di dunia.


Di situlah antara rahsia yang tersirat di sebalik banyak ayat-ayat Al-Quran memerintah umatnya mengembara dan menjelajah mukabumi seperti Ibnu Batutah itu. Antaranya Surah Ar-Rum: ayat 9, An-Nahl: Ayat 36 dan banyak lagi.

No comments: