Selepas check in saya jalan ronda2 sekitar pusat beli belah Nagoya, ramai orang kat situ terutamanya pelancong2 dari Singapore datang sering datang shopping kat situ. Banyak juga barang2 kat situ dan harga pun ok jugak, saya cuma windows shopping saja, kalau beli nanti susah pula nak bawa balik, baik pi shopping kat Tesco Alor Star naik kereta sendiri. Sebenarnya Batam adalah sebuah pusat perindustrian yang terkenal di Indonesia. Banyak kilang2 syarikat antarabangsa di buka disitu. Kedudukannya strategik berhampiran Singapore serta kos buruh yang murah serta banyak merupakan kelebihan yang jelas bagi Batam.
Secaranya amnya tiada apa yang menarik kat Batam, bandar pun kecik saja, tempat2 menarik pun tak banyak. Keadaan jalan raya agak tidak terurus, keadaan bandar pun tidak teratur. Kalau kita bandingkan dengan Langkawi memang jelas Batam agak ketinggalan. Mungkin kerajaan Indonesia belum nampak potensi Batam sebagai sebuah pulau pelancongan.
Keesokan harinya saya check out dlm pkl 12 waktu Indonesia, naik teksi ke Batam Centre, ambik feri Penguin kembali ke Harbour Front Singapore. Dari Harbour front MRT saya ke Outram Park, transit ke Woodland MRT. Dari Woodland naik bas SMRT ke JB. Lebih kurang pukul 5 waktu Malaysia saya smpai ke Bandar JB. Penat juga travel ni, tapi dapat dicover dengan pengalaman melihat tempat orang yang agak unik berbanding tempat kita. Mengembara ibarat membaca buku, banyak perkara yang dapat kita belajar kat tempat orang. Gambar2 sekitar Batam saya akan upload kat bawah kemudian.
No comments:
Post a Comment