< Tren yang saya naiki bertolak dari KL Sentral ke Singapore hampir pukul 10 mlm (5/11/08), lewat hampir 1 jam mungkin ada apa2 masalah teknikal. Sebenarnya tujuan utama saya ke Singapore adalah untuk menghadiri seminar T Harv Eker bertajuk "Millionaire Mindset" bertempat di Singapore Expo selama 3 hari dari 7/11/08 hingga ke 9/11/08. Saya pergi bersama Rafhan, junior & ex-roommate kat US dulu, oppsss silap USM la. Perjalanan menaiki tren KTM ke Singapore agak membosankan kerna biasa la kan train bergerak slow macam kura2, boring tak dapat nak bagi tau la, saya ni biasanya travel naik flight, cepat dan selamat.
Ni semua idea Rafhan la yang kata naik train ke Singpore lebih best dari naik flight, bas atau drive sendiri. Nak dijadikan cerita dia terjumpa dengan ex-mak we dulu, apa lagi tinggal la saya dok sorang2. Lepas baca buku T Harv Eker 8 muka surat terus saya tidor la. Lebih kurang pukul 530 train dah sampai JB, saya dikejutkan oleh pak cik staf ktm tu nak check passport. Dia cuma nak pastikan semua penumpang yang nak ke SIngapore ada passport, kalau tak de kena la turun kat JB.
Lepas berhenti selama hampir 1 jam lebih , train pun bergerak ke Woodland, Singapore. Lebih kurang pukul 6.45 smpai la ke Woodland, tempat pemeriksaan imegresen dan kastam Singapore. Semua penumpang di kehendaki turun sekali bawa brg2 untuk pemeriksaan, cop passport dan scan brg2 (bag). Ramai juga penumpang yang nak ke Singapore, ada rombongan dari India lebih kurang 20 orang, mat2 salleh, dan juga rakyat2 Malaysia yang berulang alik kerja kat SIngapore.
Selepas 1 1/2 jam baru la semuanya selesai, tren seterusnya menyambung perjalanan ke Tanjong Pagar, Singapore. Ini adalah destinasi terakhir train KTM kat Singapore. Di sini terletaknya satu2nya stesen keretapi kat SIngapore. Ramai pelancong luar negera yang sering menggunakan keretapi sebagai medium pengangkutan utama untuk melancong dari SIngapore, ke Malaysia dan seterusya ke Thailand.
Samapai ke stesen Tanjong Pagar hampir pukul 8 pagi, kami pun terus breakfast dulu kat cafe kat stesen itu. Makanan lebih kurang mcm biasa harga pun agak murah berbanding kat stesen Arau, bagaimanapun duit SGD, memang la secara perbandingan terus agak mahal, tetapi bagi saya kos sara hidup kat Singapore lebih rendang berbanding Malaysia, Thailand dan Indonesia. Lepas breakfast hujan mula turun dengan lebat, kami pun lepak2 la dulu kat stesen tu. Dalam pukul 11 kami pun mula bergerak ke destinasi yang seterusnya iaitu sebuah hotel, oppss silap lgm sebuah hostel yang bernama Frankel Hostel yang terletak berdekatan Changi. Saya telah membuat tempahan secara online 2 minggu yang lepas. Saya telah memberikan arahan kepada Rafhan untuk membeli peta Singapore dan bagi tugasan kat dia untuk cari kedudukan hostel tu.
Dalam perjalanan ke situ, kami singgah kat sebuah mesjid berdekatan area stesen keretapi, rilek2, mandi dan skali solat zohor. Orang2 melayu SIngapore yang kami jumpa kat mesjid tu agak baik dan ramah. Baik lelaki mahupun pompuan, tua ataupun muda. kebanyakan bertanya kami dari mana dan hendak ke mana, ada apa2 masalah dan siap bagi air kotak sekali. Lepas selesai solat zohor, kat mesjid tu ada kuliah zohor, kami dah tak sempat terus la beredar dulu untuk ke destinasi seterusnya. Ramai juga para jemaah yang datang solat kat mesjid tu, hampir penuh. Tapi sebenarnya mesjid tu kecik saja, patut pun hampir penuh.
Kami bergerak ke stesen MRT berhampiran iaitu stesen Tanjong Pagar, terletak tak begitu jauh dari mesjid tadi. Dari stesen tu kami bergerak ke stesen Kembangan, dimana Frankel Hostel terletak tak jauh dari situ. Apa yang saya rasa menarik kat Singapore ialah susunan bangunan agak teratur, desin bangunan yang cantik, persekitaran yang bersih dan tidak begitu sibuk macam bandar lain seperti KL, Jakarta dan Bangkok. Dan kualiti sistem pengangkutan awam khasnya MRT memang bagus (laju, selesa, moden) berbanding sistem LRT/monorel kat KL. Harga tambang pun murah, stesen yang canggih.
Apabila sampai ke hostel tu kami berjumpa dengan 2 orang lagi tetamu yang menginap kat dorm yang sama iaitu Mr Rob dari New Zealand yang baru sebulan bekerja kat Singapore dan sorang lagi Mr Gopali dari Chennai, India yang datang cari kerja kat Singapore. Kami pun ambik peluang berkenalan dan bersembang dgn depa. Ni yang best dok kat hostel berbanding hotel, kat hostel kita boleh jumpa ramai orang, dalam dorm tu ada 6 katil, 2 lagi kosong.
Kat stesen MRT Tanjong Pagar
Kat Area Changi
Stesen KTM Tanjong Pagar, Singapore
Tukar duit dulu - SGD 100 = RM 245
-
No comments:
Post a Comment