Ketika Dunia Islam mengusai ilmu pengetahuan (ketika Daulah Khilafah masih wujud), orang Eropah belajar daripada orang Islam ilmu-ilmu Sains dan Matematik. Mereka belajar bahasa Arab, untuk memahami Sains dan Matematik dari orang Islam. Tetapi orang Eropah tidak menjadikan bahasa Arab sebagai bahasa ibunda mereka. Mereka mengalih bahasakan buku-buku Sains dan Matematik yang ditulis dalam bahasa Arab ke bahasa Latin.
Sehingga sekarang beberapa istilah bahasa Arab masih lagi dikekalkan dalam bahasa mereka seperti:
Chemistry (yang berasal dari Kimia),
Sugar (yang berasal dari sukkar)
Alkali (yang berasal dari alkali)
Alcohol (yang berasal dari alcohol)
Algebra (yang berasal dari aljabar)
Bahasa Inggeris hanyalah bahasa, dan bukannya suatu cabang dari ilmu Sains dan Matematik. Oleh itu, sekiranya seseorang ingin belajar membina atau mencipta kapal terbang, roket, kereta, motosikal dan komputer, beliau tidak perlu belajar bahasa Inggeris, kerana kebanyakan buku panduan bagaimana untuk mencipta kapal terbang, roket, kereta, motosikal dan komputer ada ditulis dalam bahasa Jepun, Rusia, Korea, Jerman, Perancis dan sebagainya. Malah ada Microsoft Windows versi Jepun dan Korea yang menggunakan sepenuhnya bahasa Jepun dan Korea.
Bahasa hanyalah suatu medium (perantaraan) untuk memahami ilmu Sains dan Matematik. Sekiranya seorang itu selesa untuk belajar ilmu sains dan Matematik dalam bahasa ibundanya dan bukan bahasa Inggeris, maka itulah yang paling baik baginya. Pengajaran Sains dan Matematik di Jepun dan Korea dilakukan dalam bahasa Jepun dan Korea, dan mereka lebih maju dalam Sains dan Matematik jika dibandingkan dengan negara ini di mana pengajaran Sains dan Matematik dilakukan dalam bahasa Inggeris sekarang.
Menjadikan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris tidak semestinya menjadikan pelajar-pelajar lebih faham tentang Sains dan Matematik, tetapi mungkin sebaliknya. Saya merasa amat yakin tentang penguasaan dan kefahaman tentang bahasa Inggeris pelajar-pelajar sekolah, matrikulasi dan universiti secara amnya masih rendah. Sekiranya penguasaan terhadap bahasa Inggeris masih rendah, maka adalah amat tidak wajar mengajarkan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, kerana langkah tersebut hanya menambahkan bebanan pelajar untuk memahami Sains dan Matematik, malah lebih buruk lagi, pemahaman menjadi semakin merosot. Sepetutnya pihak kerajaan perlu mengubah teknik dan cara pengajaran bahasa inggeris supaya para pelajar lebih seronok untuk belajar, berkomunikasi dan menggunakan bahasa itu secara lebih maksimum di sekolah dan juga dirumah. Para guru juga memainkan peranan yg amat penting dalam menentukan kejayaan pelajar menguasai bahasa inggeris tanpa perlu melihat kepada keputusan peperiksaan semata-mata yang selalunya gagal membuktikan pelajar yg cemerlang mendapat gred A mampu memahami dan menguasai bahasa antarabangsa itu.
Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa kebanyakan buku-buku rujukan dan research journals ditulis dalam bahasa Inggeris, maka oleh itu perlulah mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Memang benar, kebanyakan buku-buku rujukan dan research journals bagi Sains dan Matematik ditulis dalam bahasa Inggeris, namun hakikatnya, apakah guna mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris sekiranya penguasaan majoriti pelajar dalam bahasa Inggeris masih amat lemah. Adalah lebih sesuai sekiranya Sains dan Matematik diajar dalam bahasa yang lebih mudah difahami oleh pelajar-pelajar (tidak kira sama ada Bahasa Malaysia, Mandarin, Tamil atau Arab). Pada masa yang sama, pertingkatkan kualiti pengajaran subjek bahasa Inggereis, degan penambahan subjek bahasa Inggeris untuk Sains (English for Scientific purposes) sebagai matapelajaran yang berasingan, untuk membolehkan para pelajar membaca dan memahami sumber-sumber saintifik dalam bahasa Inggeris.
Sekiranya anda ke luar negara seperti Eropah ke negara-negara Jerman, Perancis, Sepanyol atau Itali, rata-rata mereka boleh berbahasa Inggeris, tetapi jarang mereka akan melayan anda dalam bahasa Inggeris. Mereka mungkin akan melayan anda sekiranya anda bercakap dalam bahasa mereka di negara mereka sendiri. Keadaan yang sama sekiranya anda pergi melawat Jepun dan Korea. Sekiranya anda dapat perhatikan profesor-profesor dari Jepun dan Korea memberikan syarahan dalam bahasa Inggeris, anda akan mendapati seorang pelajar sekolah menengah di Malaysia lebih fasih berbahasa Inggeris berbanding profesor-profesor ini. Adakah ini bermakna mereka gagal dalam mengajarkan Sains dan Matematik hanya kerana penguasaan bahasa Inggeris mereka lebih rendah dari pelajar sekolah menengah di Malaysia?
Hakikatnya, Bahasa Inggeris bukanlah satu-satunya Bahasa Sains dan Matematik. Bahasa, dalam konteks ini hanyalah 'container' atau 'bekas' untuk menyampaikan idea-idea Sains dan Matematik. Mana-mana bahasapun boleh digunakan sebagai 'container' bagi Sains dan Matematik selama mana idea-idea tersebut dapat difahami sebaik-baiknya oleh yang mengkajinya . Ini adalah kerana Sains dan Matematik bukanlah suatu bentuk 'hadharah' yang perlu disandarkan kepada bahasa Inggeris semata-mata. Ini berbeza dengan bahasa Arab. Tanpa bahasa Arab, banyak perkara di dalam Islam tidak dapat dipenuhi; ijtihad sebagai contoh. Bahasa Arab adalah sebahagian dari hadharah Islam. Kesinambungan dari itu, bahasa Arab, setelah Islam menguasai 1/3 dunia, telah menjadi bahasa elit – tamadun dunia itu sendiri disandarkan kepada bahasa Arab sehinggalah umat mula melalaikannya.
Hasil kajian UNESCO menunjukkan bahawa bidang teknikal memerlukan pengajaran dilakukan dengan menggunakan bahasa ibunda atau bahasa utama sesebuah negara berkenaan supaya konsep dan pemahaman dapat dimaksimumkan. Saya merasa kecewa dengan kenyataan menteri pendidikan yang mengatakan hasil keputusan UPSR tahun ini membuktikan kejayaan mengajar sains dan matematik dalam bahasa inggeris . Kalau kita melihat keputusan semata-mata mungkin kita tidak akan sedar yang majoriti pelajar yang menduduki peperiksaan itu menjawab soalan dalam bahasa malaysia. Sikap ahli politik yang tidak bertanggungjawab seperti beliau akan mendatangkan kesan yang buruk pada bangsa dan negara Malaysia di masa depan.
Apa yang dapat saya simpulkan disini ialah sekolah kita harus kembali mengajar sains dan matematik dalam bahasa inggeris untuk meningkatkan kefahaman dan penguasaan dalam bidang teknikal itu . Dan membuat perubahan kepada silibus, korikulum, teknik dan cara pengajaran bahasa Inggeris di sekolah-sekolah dan juga universiti.
-
No comments:
Post a Comment