Disinilah Parameswara menubuhkan sebuah kerajaan melayu Melaka yang kuat dan berpengaruh. Bagaimanapun saya agak keliru dengan sejarah kerajaan melayu Melaku yang diasaskan oleh Parameswara seorang berbangsa Jawa yang lari dari kepulauan jawa. Mungkin dia berkahwin dengan orang2 tempatan kat Melaka ketika itu. Begitu juga dengan kisah Hang Tuah, Hang Jebat dan juga hang2 yang lain, pendekar 5 sekawan. Ada teori yang mengatakan Hang Tuah/Jebat/lain2 berasal dari negara China yang datang ke Melaka mengawal puteri Hang Li Po yang berkawin dengan sultan Melaka ketika itu. Untuk mengesahkan teori ini maka satu ujian DNA harus dijalankan ke atas rangka2 pendekar2 berkenaan. Juga nama asal mereka menurut teori ini ialan Hang Tu Ah, Hang Jee Bat, Hang Lee Kiew, dan lain2.
Banyak tempat yang menarik kat Melaka antaranya ialah Kubu Kota Melaka, ...
Saya menginap di Samudera Backpacker dengan kadar rm 25 semalam, murah memang la murah tapi tak ada wifi, tv, aircon, bilik air kat luar -sharing. Sekali sekala apa salahnya merasa dok tempat bajet macam ni. Boring juga dok kat hotel 5 bintang kalau datang sorang2. Lagi satu yang best stay kat backpackers hostel ialah dapat jumpa ramai pengembara2 dari seluruh dunia. Kat Singpore dapat jumpa Kamoto dari Jepun, Steve dari Australia, Nia dari Indonesia dan ramai lagi. Dapat la bertukar2 pandangan tentang isu2 semasa dan juga bertukar email.
Selepas dua hari malam kat Melaka saya bergerak ke Seremban menaiki bas ekspress. Memang ada niat nak stay 1 malam kat Seremban tapi tak jadi sebab nampak macam tak best saja. Ni first time saya sampai kat Seremban. Dari Seremban saya naik komuter ke KL Sentral. Sampai kat KL Sentral dalam pukul 4 petang terus check in kat Central Hotel.
No comments:
Post a Comment