Thursday, November 13, 2008

Dari Singapore Ke Batam (Indonesia)

Selepas habis seminar Millionaire Mind Intensive, saya meneruskan pengembaraan ke Pulau Batam, Indonesia. Manakala Rafhan terpaksa balik ke KL disebabkan oleh ada beberapa urusan bisnis yang terpaksa beliau siapkan. Jadi terpaksalah saya mengembara secara solo, ni bukannya pertama kali, bagi saya bergerak secara solo lagi best sebab boleh buat apa saja yang nak buat, kena kata lain ada lebih 'freedom'. Jadi kami berpecah kat stesen MRT Tanah Merah, dia menuju ke stesen bas berdekatan yang sediakan khidmat bas dari Singapore ke stesen bas Larkin Johor Bharu, saya meneruskan perjalanan ke Harbour Front dengan MRT.
Sebelum saya meneruskan cerita perjalanan ke Batam, baik saya cerita tentang Singapore dari pandangan saya dan juga berkenaan seminar Millionaire tu. Apa yang dapat saya lihat, Singapore memang banyak berbeza dengan Malaysia, memanglah saiznya yang kecik adalah perbezaan utama. Singapore telah mencapai status negara maju setanding USA, UK, Jepun, Jerman dan lain2 disebabkan oleh pentadbiran dan pengurusan kerajaan yang cekap dan amanah. Amalan rasuah dan salah guna kuasa amat kurang berbanding Malaysia.
Jadi negara ini sangat kompetitif, menggunakan semua kelebihan yang ada untuk mencapai status negara maju. Dengan kedudukan yang amat strategik, banyak syarikat2 besar antarabangsa yang menjadikan Singapore sebagai pejabat serantau bahagia Asia. Tambahan pula pelabuhan di Singapore adalah antara pelabuhan yang terbesar di rantau Asian menjadikan Singapore sebagai sebuah hub pengedaran produk2 ke seluruh Asia termasuk Malaysia. Para pemimpin Malaysia sepatutnya belajar dari pengalaman Singapore menguruskan negara mereka, ada yang mereka capai sekarang ini telah jauh meninggalkan Malaysia. Saya amat hairan dengan negara kita yang mempunyai sumber2 semulajadi yang amat banyak tetapi gagal bersaing dengan sebuah negara kecil yang tiada sebarang sumber semulajadi.
Selain itu, negara Singapore amat terkenal dengan sistem pengangkutan awamnya yang cekap dan mantap. MRT, bas dan teksi amat bagus sekali. Jalan raya pun jarang sesak (jammed) , susunan bangunan pun teratur, bersih dan kemas. Sungai2 di tengah2 bandar pun masih ada ikan menunjukan tiada pencemaran yang serius berbanding Malaysia. Kemudian apa yang saya perhatikan orang melayu Singapore agak lebih berdaya saing dan mantap berbanding orang melayu kat Malaysia yang masih ketinggalan dari segala segi dan banyak mengharap bantuan kerajaan sahaja. Ini membuktikan kejayaan amalan meritokrasi di sana.
Ok, berbalik kepada seminar itu, secara keseluruhannya agak memuaskan. Cuma banyak masa yang digunakan oleh penceramah iaitu T Harv Eker dan Kreon untuk mempromosikan produk2 mereka (buku, dvd, sovenier) dan juga seminar2 mereka yang akan datang. T Harv Eker memang terkenal dalam mengambil peluang dalam seminarnya untuk menjual barang2 dalam harga yang tinggi menggunakan teknik paksaan mental. Nasib baik saya tak terpengaruh dengannya. Ramai juga para peserta yang berebut2 membeli selepas dipromosikan oleh beliau. Kandungan seminarnnya amat terang dan jelas. Memang sebelum ini saya masih lagi kurang paham berkaitan "millionaire mindset". Jadi selepas menghadiri seminar ini baru la lebih terang dan jelas. Secara ringkasnya kebanyakan orang yang hidup pada zaman ni tidak mempunyai minda jutawan. Mereka tidak paham konsep duit, kaya, bebas dan pelaburan. Majoriti kerja untuk dapatkan duit (gaji), kemudian belanja prabis. Teknik mudah yang disyorkan dalam seminar ini ialah bahagikan pendapatan anda kepada beberapa bahagian (akaun). Contohnya 1 akaun untuk sara hidup (50%) yang digunakan untuk makanan, tempat tinggal, kenderaan, bayar bil2 dan lain2. Akaun ke 2 untuk pelaburan - 20%, akaun ke 3 untuk kecemasan 10%, ke 4 untuk main (play) gunakan untuk enjoy, dan selebihnya untuk amal jariah dan cukai.
Sebenarnya semua orang blh jadi kaya sama ada kerja makan gaji atau buat bisnis. Cuma adalah lebih cepat dan senang untuk jadi kaya dalam bisnis. Ini kerana bisnis menggunakan banyak leverage berbanding kerja makan gaji yang hanya menjual masa serta menjadikan majikan anda kaya. Kebanyakkan kandungan seminarnya diambil dari bukunya yang best seller iaitu "The Secret of Millionaire Mind" boleh didapati di kedai2 buku utama pada harga sekitar rm 30. Konsep duit juga dijelaskan dengan teliti iaitu kita akan dapat duit kalau kita dapat selesaikan masalah2 orang dan bagi atau tambah nilai (value) pada mereka.
Sesiapa yang ada soalan boleh tanya menerusi komen dalam blog ni. Gambar2 sekitar kota Singapore boleh di lihat di bawah. Kisah seterusnya perjalanan saya ke Batam dan kembali ke Malaysia akan saya masukan dalam catitan blog seterusnya.











No comments: