-
Friday, November 7, 2008
Welcome to "Millionaire Mind Intensive" seminar
Pendaftaran dibuka pukul 830 pagi, saya sampai agak lewat iaitu pada pukul 930 kerana terbangun lewat, lagi pun perjalanan dari Frakel Hostel (tempat menginap) mengambil masa lebih kurang 30 minit, naik mrt dari stesen Kembangan ke Tanah Merah, transit dari situ ke stesen Expo. Tambang lebih kurang SGD 2.00 sahaja untuk perjalanan sehala. Lokasi seminar iaitu Singapore Expo sungguh besar, menempatkan dewan2 pameran, bilik2 seminar yang amat besar. Seminar ini diadakan di Hall 2, yang bersaiz lebih kurang 4 padang bola yang mampu memuatkan hadirin lebih 10 ribu orang. Seminar millionaire mind intensive ini dihadiri oleh lebih kurang 5 ribu orang yang majoriti dari Singapore dan Malaysia, juga sedikit dari Indonesia, Filipina, Thailand. Ada 2-3 orang dari Australia, Venuzuela dan lain2. Sungguh menakjubkan, ramai pengunjung, tempat yang luas serta persembahan yang professional bertaraf antarabangsa. Ini ada satu pengalaman yang sungguh unik bagi diri saya yang rasa amat bertuah kerana dapat berkenalan dengan ramai orang2 yang sungguh komited untuk menjadi kaya raya. Pada hari yang pertama ini penyampai utama iaitu Mr T Harv Eker menerangkan konsep2 asas wang, kaya, kaya raya, pelaburan dan bisnis. Interaksi beliau dengan hadirin agak mantap, pelbagai jenis aktiviti individu serta berkumpulan diadakan. Saya akan terangkan dengan lebih lengkap berkenaan kandungan seminar pada malam esok dengan mengabungkan hari pertama dan kedua. Berikut adalah gambar2 berkaitan dengan seminar tersebut.
Laluan dari stesen MRT Expo ke Singapore Expo
Kat Stesen MRT Tanah Merah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Salam Bro,
Sorry sbb comment disini. Drop me a line at shuhaimisaidin@gmail.com.
Believe that you are my classmate SMPN 87-89. If not, don't bother.
Chiao
Post a Comment