Saturday, November 15, 2008

Global Internet Summit 2008


Saya telah menghadiri sebuah seminar bertajuk " Global Internet Summit " bertemakan " The Evolution of Internet Wealth" yang bertempat di Wisma MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Dengan anggaran bilangan peserta sebanyak 300 orang yang terdiri daripada mereka yang berminat untuk memulakan perniagaan internet, veteran2 usahawan internet, professional dari pelbagai lapisan umur, dari budak 15 tahun hingga ke orang tua berumur 75 tahun. Juga pelbagai bangsa yang kebanyakan dari Malaysia, ada juga peserta dari Singapore, UK, USA dan lain2.
Seminar ini selama 3 hari bermula 15/11/2008 hingga 17/11/2008 menampilkan pakar2 pemasaran internet dan juga usahawan2 / jutawan2 internet dari seluruh dunia untuk berkongsi maklumat dan teknik terkini, pengalaman, pengetahuan, dan juga untuk mempromosikan produk2 dan servis2 mereka.
Antaranya ialah Stephen Pierce seorang pakar pengoptimuman bisnis internet. Kisah hidup silamnya amat memilukan, beliau berasal dari keluarga miskin, telah dibuang sekolah, terlibat dengan jenayah, pernah masuk penjara, pernah tiada tempat tinggal (homeless), muflis, kini merupakan antara usahawan internet yang terkenal diseluruh dunia. Dengan cara persembahannya yang amat meyakinkan, beliau mengutarakan idea2 baru pemasaran internet, membuat produk2 terkini, juga menyediakan latihan untuk mereka yang berminat menceburkan diri dalam dunia perniagaan internet yang sedang berkembang pesat di dunia ini.
Speaker kegemaran saya yang utama ialah Adam Ginsberg, seorang usahawan muda yang mempunyai pengalaman dalam bidang bisnis dan latihan keusahawanan yang cukup luas. Beliau merupakan pakar dalam bidang bisnis Ebay, menjadi jutawan Ebay, memegang rekod jualan yang cukup hebat dalam Ebay. Beliau telah menjual produk/servis lebih USD 20 juta dalam Ebay tahun lepas. Beliau menjadi rujukan utama seluruh dunia dalam perniagaan internet, pernah diwawancara oleh majalah Entrepreneur, CNBC, ABC dan juga ABC World News. Persembahan beliau juga agak menarik dan bersahaja. Beliau menceritakan pengalaman lampau semasa melibatkan diri dalam perniagaan internet. Beliau juga telah menulis sebuah buku yang laris dipasaran mengenai perniaagaan melalui Ebay.
Speaker lain yang terlibat ialah Mark Joyner (Godfather of Internet Marketing),Janet Switzer (How to build an empire), J.T Foxx (How to promote yourself to millions) dan Mark Vurnum (Renegade lead runner). Setiap speaker mempunyai keunikan masing-masing dalam mempromosikan produk dan servis mereka. Secara keseluruhannya semua berjalan lancar, banyak juga maklumat, ilmu dan teknik pemasaran internet terkini yang saya dapat pelajari. Disamping dapat kenalan baru seluruh dunia yang mempunyai minat yang sama tentunya akan dapat mengembangkan rangkaian saya dan juga dapat menjalinkan kerjasama bisnis JV dengan mereka. Semestinya akan saya gunakan untuk meningkatkan prestasi perniagaan internet saya yang baru setahun jagung tak termasuk perniagaan Ebay yang telah mejangkau 3 tahun.
A Journey to infinite awesome universe

updating...



No comments: